Jan 26, 2009

Laksamana Sunan....

ikut susunan.....Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta


Akhirnya...tercapai gak hasrat aku nak baca trilogi karya marveles Ramlee Awang Murshid ni.3-4 bulan lepas aku boleh p pinjam trilogi yg kedua iaitu Cinta Sang Ratu, tgk2 rupanya ada novel sebelum tu iaitu tajuk Bagaikan Puteri. Jenuh la cari cerita tu dr Perlis sampai ke KL. Kalau KL payah nak jumpa apatah lagi kat Perlis ni dah la waktu tu aku masih kat Perlis lagi. Bila aku start kerja kat sini baru la aku jumpa buku ni, akhirnya...............apa lagi pulun la baca...tak sampai seminggu habis aku baca ketiga2 trilogi tu. Mg marveles karya ni...banyak gak unsur2 mistik dan agama dlm karya ni. Awal2 lagi minda pembaca dah disogok dgn pertanyaan..kenapa Laksamana Sunan tidak diceritakan dalam sejarah melayu, walhal beliau pernah menjadi buruan Sultan Melaka dan pernah bertarung dengan Hang Tuah. Itu satu yang harus dipikirkan dengan lebih mendalam. Tapi tu la ni hanyalah sebuah novel, mungkin hanya rekaan mungkin juga ada kisah yang sebenar disebaliknya. Kalau korang boleh minat karya LOTR (lord of the rings) dan Harry Potter aku pasti korang leh juga menjadi peminat trilogi ini. Tak salahkan menyokong karya2 penulis tempatan? Lagipun cerita ini ada juga terselit kisah2 percintaan tak la a serius semata-mata. Banyak gak ilmu agama2 mengenai sihir dan cara hidup org2 melayu pada zaman kegemilangan Melaka dulu leh diambil panduan. Tak rugi membaca karya trilogi ini. Bacalah nyer..tak rugi...percayalah...

sedikit cerita mengenai karya ini...

Saifuddin telah difitnah oleh org kampung lalu dihukum oleh ayahnya yg merupakan penghulu di kampungnya lalu beliau pergi merantau sehingga ke Acheh. Disana beliau dikenali sebagai Laksamana Sunan(LS) mendalami ilmu persilatan dan ilmu agama dan sangat dikagumi oleh lawan dan musuh. Banyak musuh beliau terdiri daripada mereka yang mengamalkan ilmu hitam dan menjadi hamba kepada taghut (syaitan). Namun salah seorang dari musuh ini Sang Ratu akhirnya jatuh cinta kepada LS kerana kebaikan beliau dan kata-kata LS kepada beliau...sebagai manusia aku sayang kepadamu
Sebelum itu LS diketemukan dgn gadis dr zaman kini iaitu Haryani dan juga jatuh cinta kepada LS namun kerana Haryani perlu kembali kepada zaman asalnya maka cinta mereka 'habis'begitu saja. Wbgmnp, Haryani diketemukan sekali lagi dgn LS tp LS kini berada di zaman Haryani. Menarikkan?


Nak tau lebih lanjut lagi...belilah trilogi ini....Aku bila baca trilogi ni mmg tangkap cintan la dgn LS. Mmg tangkap syiok la...terawang2 baca. Hehe

24 comments:

  1. hmmm... dah lama fox tak baca novel-novel bahasa melayu... macam menarik je bunyinya nih... nanti nak pinjam blek punya laa... tapi dia ada satu je...

    ReplyDelete
  2. Fox : nak pinjam yg cin pun boleh jugak...bg cin mmg best la..karya ramlee awang murshid ni mmg thriller skit..ada suspend skit..tembak..culik...semua ada....

    ReplyDelete
  3. eh ni buku org tua2...Ana leh baca buku barney and friends dah la....:P

    ReplyDelete
  4. salam...

    cter nie mmg best pn...
    rase cm laksamana sunan 2 btl2 wujud...

    :)

    ReplyDelete
  5. hidayah...kan rasa mcm nak p melaka ni cari jejak Sunan..hehe

    ReplyDelete
  6. da byk kali ak bce nvel2 tu....
    still mngalir air mte ni...
    indahnye mnusia cptaan allah 2...
    tp lksmna sunan tu mmg btol2 wujud...
    yeah he did EXIST *arkib indonesia*

    ReplyDelete
  7. lagi best klu leh difilemkan lebih hebat dr apa yg tertulis dlm buku..imaginasi pembaca buku ni terlalu tinggi hehe

    ReplyDelete
  8. sy mmg minat btul la dgn semua novel Ramlee Awang Mursyid..
    terutama 3 siri ini dan terbaru skrg nie Cinta Sufi.
    mmg penuh dgn nilai agama dan budi bahasa...

    ReplyDelete
  9. skang nie dah keluar sambungan buku yang ke-4 laksamana sunan taw....
    saya tak ingat tajuknya....tapi cerita berkisar selepas laksamana sunan kembali dari dunia Haryani.....

    ReplyDelete
  10. mieza...tajuknya cinta sufi..
    saya baru habis baca..ending dia sungguh marveles...

    ReplyDelete
  11. email : saya setuju dgn awak..antara trilogi yang paling best pernah saya baca

    ReplyDelete
  12. dh bce trilogi yg seterusnye???
    cinta sufi...

    ReplyDelete
  13. Ada smbng tbaru kh ttng laksaman sunan tu ?.. selepas buku yg ke -3 tu ?.. pa tajuk nya ?..

    ReplyDelete
  14. ya kh ?.. ada smbng br selepas buku ke-3 tu ?.. apa tajuk nya ?..

    ReplyDelete
  15. dah bce bgaikan puteri, cinta sang ratu n cinta sufi.. cuma hijab sang pencinta lum bace.. tp kan.. pas cinta sufi agak2 ade x sequel pas tu? huhu... cam xleh stop bace kisah LS

    ReplyDelete
  16. BAGAIKAN PUTERI
    CINTA SANG RATUS
    HIJAB SANG PENCINTA
    CINTA SUFI
    SUTERA BIDADARI



    semua ni sambungan....best

    ReplyDelete
  17. bagaikan puteri,cinta sang ratu,hijab sang pencinta, dan cinta sufi...dah bca keempat2 buku ni mmg best sgt...tgh tggu smbungan dr sblm ni SUTERA BIDADARI...

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya buke ke lima telah diterbitkan...iaitu Sutera Bidadariku....best gila...belilah kat popular ke , kedai buku ke atau kat mana-mana yang ada jual buku buku ini...dan saya tengah tunggu sambungan buku yang ke enam...haha

    ReplyDelete
  19. sutera bidadari sgt best....ada sambungan lagi ker??

    ReplyDelete
  20. ala..... baru baca SATU ja..... hat mana tatau, tak ingat. tapi ingat la LS ngan haryani tu..... tu pun puas meraung. ati tisu.....

    miscin, nak pinjam SEMUA!! he he....

    ReplyDelete
  21. tengah baca hijab sang pencinta..asalnya tak minat pun baca novel..tapi my gurl suggest bace..last2 dh ketagih..memang best ar..

    ReplyDelete