Embun pagi masih menitik.Aku masih terawang-awang dibuai lena.Cuti hari ini buat aku malas nak berada jauh dari katil dan bantalku.Rasa macam nak bawa kemana saja dua benda ni.Aduhh...bebanan kerja semalam masih menghimpit kepalaku.Dan hari ni walau aku bercuti masalah kerja masih lagi berewang di otakku.Arghh..cuti adalah cuti.Jadi hal kerja ku tolak ketepi.Aku bingkas bergerak ke bilik air.Buat apa yang patut.Tunaikan kewajipan.Kemudian terus ke dapur.Kat dapur ku lihat teman serumahku dah terlebih awal siapkan sarapan.
'Eh....nasi goreng kunyit lagi ke cik kak?'.Aku soal Fis tanda gurau."Oi...syukurla sikit.Ni besar rahmat aku tolong masak kat hang.Banyak songeh lak!'.Fis selamba membalas kata-kataku.Aku hanya mampu tersenyum.Antara aku dengan Fis sudah memang begitu.Tiada batasan gurauan antara kami.Persahabatan aku dengan dia selama 10 tahun cukup untuk kami kenal diri masing-masing.Dan sehingga aku dan dia habis belajar dan mendapat rezeki di KL ni, kami masih rapat dan sudah tentu tinggal serumah.
'Sha...malam ni aku ada dinner dengan Mr Han.Nak ikut tak?' 'Tak nak arr...apa kess aku nak ikut hangpa dua p makan.Baik aku tiduq dari aku tgk muka Fong Sai Yuk tu!' Aku bingkas menolak.Sememangnya aku tak gemar dengan Mr Han.Riak muka dia buat aku geram saja.Ada saja jelingan dari dia.'Wey..bukan aku dengan dia saja la.Satu opis aku.Kami nak celebrate boss baru nak sampai.Mr Han nak buat makan-makan skit.Nak terima orang baru.Semua geng opis aku ada partner.Aku takkan nak p sorang saja kot.Hang teman la aku.Ok?...leh arr.....lehhh arrr..'Fis pantas merayu.Kesian lak aku tengok muka sardin separuh masak dia tu.Terkenang lak akan kisah putus cinta dia dengan Shafi dulu buat aku terfikir yang dia memang keseorangan.'Hmm...ok la...aku ikut...tapi kalau aku nak balik..hang mesti balik gak!Ada paham?!'Aku jengilkan mataku pada Fis.Fis terus peluk aku tanda gembira.
Perkarangan hotel The Seri Pan Pacific agak sibuk.Mana datang orang yang ramai ni pun aku tak pasti.Macam-macam corak pakaian dan jenis rambut dan ditambah dengan jenis haruman mula buat aku pening.Inilah yang buat aku malas kalau keluar dari rumah.Sememangnya KL memang penuh dengan watak-watak warganya. Fis menguis aku.Suruh aku masuk ke cafe.Katanya dia ada hal sekejap.Mintak aku tunggu dia disana.Aku dengan muka alang-alang macam rusa baru masuk kandang terus ke cafe.Lantas labuh tubuhku di meja yang kosong.Aku hanya membuat kerja kusendiri dengan membelek hset ku yang sudah beratus kali sudah ku belek.Sebab keseorangan ni la modal nak kaver keboringan aku kat sini.Tiba-tiba aku rasa ada seorang datang hampiri aku.Aku buat-buat tak perasan.Terus tengok hset aku.Rasa dekat lagi..dan lagi..."Oii jom...' Fis tarik tangan aku.Salam apa ke tak terus terpa aku.Terkejut sekejap aku.Nasib baik kat tempat orang.Kalau tak mau kena selekah minah ni.
'Hai..Sha....datang jugak u nyer.I ingat u tak nak datang dah tengok muka kung-fu i ni.Rindu ker?'Uwekkk...mau nak termuntah aku dengar pepatah dari mulut cina bukit ni.Macam perasan bagus.Ingat kaya semua pompuan nak tergedik-gedik kat dia ka?Bukan aku la...Perempuan lain leh la..tapi yang pasti bukan aku.
'Hai....It's you....Dah lama kan..?' Ya Allah...suara tu...wajah itu...tubuh itu...seolah-olah kembalikan kenangan lama.Aku terpaku.Betul-betul rasa macam kaki kena paku.Mulut pun sama.Dalam masa yang sama aku sempat tengok muka Fis yang tersengih-sengih sebelah Mr Han.Mr Han nampak hairan lak aku tengok gelagat aku dengan Fis.Dan jejaka depan aku ni masih berdiri didepan aku.Tertungu-tunggu.Aku diam.Cuma dalam hati aku...Fissssssssss..........!!!!!!Jaga kau........!!!!!!
ini hanyalah cubaan dan khayalan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup dan mati dan tidak ada kena mengena dengan kesenian aku yang tumpul ini.Ini hanyalah cubaan semata-mata.Harap maklum.
ngeh ngeh ngeh
sila la kritik..jangan malu2...
:)