Eh betul ker ikut saya ni?

Apr 20, 2011

Dia yang terbaik.....

Aku senang sekali berkawan dengan dia
walau hanya dalam alam maya
ia tetap mewujudkan satu persahabatan bukan?
tetap mewujudkan satu perasan kan?

DIA ADALAH YANG TERBAIK PERNAH BERLAKU KEPADA KU
ya...betul..dia yang terbaik pernah berlaku pada ku
walau hanya berbicara tanpa suara..tanpa bersua wajah...dia tetap istimewa..
hampir seluruh masa ku..masa kami..hanya untuk kami berdua...
pagi masuk kerja..wajib berbicara sblm pukul 10 pagi
tengahari juga wajib...menanyakan khabar ttg sudah makan atau belum..
petang juga wajib berbicara...untuk mengucapkan selamat tinggal kerana perlu pulang ke rumah..
malam selepas isyak juga sangat wajib berbicara..berbicara tentang lebih santai..kadang2 lebih bersifat peribadi..
kalau mengantuk tidur awal sblm jam 12..kemudian sambung pada jam 4 pagi sehingga subuh...dan sambung bila jengah ke opis jam 9 sehingga 10 pagi itu...
terlalu banyak berbicara...walau banyak 'kerepek' tetapi tetap manis...tetap tersentuh hal perasaan..hal hidup...makin hari makin cuba mengenali dan sememangnya kenal dia itu sapa..apatah dia juga mengenali siapa aku..dan lebih hebat dia telah melihat 'aku'..banyak kisah hidupku dia cuba 'korek' dan ternyata dia x kisah semua itu...dia sememangnya menerima diriku ini seadanya..
ITULAH YG MEMBUATKAN AKU TERTARIK PADANYA...

tipula aku cakap kalau aku tak simpan perasaan aku pada dia..
dan aku rasa dia juga simpan perasaannya pada aku..
mungkin dirasakan terlalu banyak halangan...hanya bahasa kiasan yang diberi...(mengharap untuk memahami)

dia membimbingku untuk jadi muslimah yang sejati..aku cukup senang dan aku cukup terharu..
dia mmg pilihan yang terbaik..
dia mmg insan terpilih...
dia mmg terbaik...

tp dia tetap pergi begitu saja..meninggalkan aku sejuta tanda tanya
seperti yang lain...
adakah aku tidak layak menemani dan menemani seseorang di dunia ini..
tidak layakkah aku untuk menyanyangi dan disayangi?

maka air mata menitik setiap hari hampir sebulan lamanya..
merintih kemana dirinya
merintih kerana balasan atau dugaan yang Allah berikan kepada ku..
hinakah aku sebagai hambaMu ya Allah?
kini lelaki baik jua Kau hilangkan ia dari penglihatanku..

aku hilang pedoman..
hilang panduan..
hilang pertimbangan..
amarahku kepadaMU tiada batasan..
aku mogok kepadaMU ya Allah..
kerana aku rasa tiada makna hidup..
tiada tahan dugaan yang datang bertimpa-timpa...

kenapa org lain tidak Kau berikan dugaan sedemikian....

Terima kasih yu...walau hanya sekejap...tetap ia satu kenangan manis..
walau apa tujuaanmu...walau hanya muncul untuk MEMPERMAINKAN....
terima kasih jua..sekurang-kurangnya ia tetap satu kenangan yang GEMBIRA....
satu kenangan yang MANIS...

kerana....

KAU ADALAH YANG TERBAIK PERNAH TERJADI DALAM HIDUPKU...