PARIS 21 Feb. - Perpustakaan Negara Perancis membeli memoir kaki perempuan terkenal kurun ke-18, Giacomo Casanova yang pada mulanya disangka telah musnah ketika Perang Dunia Kedua berakhir.
Memoir Casanova yang mengandungi 3,700 muka surat yang pudar dan kekuningan berjudul Histoire de ma Vie (Kisah Hidupku) itu ditemui terbungkus di dalam berpuluh-puluh kotak yang telah dipindahkan ke kawasan yang selamat beberapa hari sebelum Jerman dibom pada tahun 1945.
"Semasa Perang Dunia Kedua tercetus, Leipzig telah dibom tetapi kotak tersebut ditemui di tingkat bawah tanah sebuah bank di mana ia telah disimpan.
"Semuanya berada dalam keadaan yang baik," kata kurator perpustakaan tersebut, Marie-Laure Prevost kepada TV Reuters.
"Semua orang ketika itu sangat terharu apabila manuskrip itu ditemui. Malah, Churchill turut bertanya sama ada memoir itu terselamat daripada pengeboman tersebut," katanya.
Pihak perpustakaan negara Perancis membayar kira-kira 7 juta euro (RM32.3 juta) untuk memoir tersebut, yang ditulis oleh Casanova semasa bekerja sebagai pustakawan pada tahun 1789.
"Manuskrip Casanova itu merupakan pembelian yang sangat penting yang dibuat oleh pihak perpustakaan... Dan pastinya ia adalah sebuah sejarah hebat dari sudut pandangan warisan dan kebudayaan," kata ketua perpustakaan, Bruno Racine.
Casanova menceritakan kisah asmaranya dalam memoirnya itu, yang diubah secara berturutan sehingga kematiannya pada tahun 1798.
"Ia merupakan antara teks yang diterbitkan di dunia dengan ratusan penerbitan dan... ia seringkali diperbaiki, dipinda dan dipalsukan.
"Jadi, apa yang penting untuk kami ialah untuk mencari yang tulen," kata Racine.
Pembelian itu dibiayai oleh sumbangan peribadi dan pihak perpustakaan berharap pameran manuskrip itu dapat diadakan pada musim luruh 2011.
Casanova atau nama penuhnya, Giacomo Girolamo Casanova de Seingalt lahir pada 2 April 1725 dan meningkat pada 4 Jun 1798 pada usia 73 tahun.
Memoir tulisannya itu disifatkan sumber paling sahih yang menggambarkan mengenai adat resam dan nilai yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Eropah pada kurun ke-18.
Casanova juga sangat terkenal sebagai seorang kaki perempuan, sehinggakan namanya kekal sinonim dengan perlakuan seumpamanya ke hari ini. - Reuters
=====================================================================================
Aku teruja baca berita ini..Sebabnya pertama mereka2 yang mengabdikan diri dalam Sejarah telah berjumpa dengan memior yang hebat yang ditulis oleh seorang yang 'hebat. Yang kedua, aku mmg percaya memoir ini yang ditemui semasa perang Dunia ke dua itu telah ditangisi oleh mereka pecinta sejarah kerana.....ahhh hasil sejarah ini tidak boleh diungkapkan dengan kata..speechless..dan yang ketiga memoir ini dikatakan menerangkan dengan tepat sejarah peradaba, sosial, cara hidup masayarakt Eropah pada abad ke 18. Banyangkan memior ini mengandungi hampir 3,700 muka surat sudah tentu ia menceritakan secara terperinci luahan hati sang penulis. Lupakan yg beliau adalah seorang kaki perempuan atau lebih tepat lagi Casanova yang penting hasil tulisannya memberikan imaginasi kepada kita tentang masa lampau..
Dan aku adalah seorang peminat masa2 lampau ini...kehidupan pada abad 15,16,17,18 dan 19 memang mengasyikkan aku..malah banyak koleksi DVD aku berkisar mengenai zaman lampau jadi pilihan utama. Dan aku plan dalam masa 5 tahun akan datang aku akan ke Scotland/England/Ireland/Vienna untuk melihat istana-istana lama dan meninjau tinggalan sejarah di sana...itu matlamat aku....ada sapa2 nak ikut???
So meh layan gambo Casanova ni...
Ni gambo dikatakan Giacomo Casanova tu..hamsem dak?
Yg ni...hansem?
Klu yg ni...opkos la maintain hansem..hehehe