Eh betul ker ikut saya ni?

Feb 11, 2010

Dari berita : Apa dosa bayi perempuan ini?



Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my


KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL

--------------------------------------------------------------------------------

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

============================================================================

geram aku dgn spesies manusia mcm ni...dah la pandai buat projek tp tak pandai nak tanggung salah sendiri...waktu sedap hang pa dok 'jolok' sana sinun hangpa tak pikiaq nooo..mmg c e l a k a betui manusia mcm ni..kalau aku leh menjatuhkan hukuman pada 'haiwan' ni mau saja suruh p ke tali gantung...awat hangpa ingat hangpa letak kat rumah org..hangpa biaq bg mati bayi tu hangpa akan lepas la????pikiaq skit la..benda ni akan hantui hangpa sampai ke akhirat tau dak???otak duk kat kepala lutut ka?bangang punya betina...sundal punya jantan...tak tau ka ada org yg berkhawin bertahun2 tp tak ada anak..susah nak dpt anak hangpa senang2 saja nak buang no..igt kain buruk ka..dah la tinggal mcm tu bg semut harung lak..buat betul mcm bangkai haiwan..apa yg dah buat kira membubuh tau dak??walau hangpa tak hunus dgn pisau..tak lepaskan tembakan ka tp apa yg buat ni sama saja dgn membunuh..patut di bicarakan sama dgn kes pembunuhan!patut tanggung kesalahan yg besaqqq...pikir la tak semua org akan condem apa yg tlh hangpa buat..salah tetap salah tp masih ada la terbuka pintu taubat tu..semua manusia buat salah.dah salah melakukan zina..lagi nak tambah salah sbb buang bayi..atau lebih tepat lagi MEMBUNUH bayi!jangan la berfikir sempit sangat...ingat la skit..lebih baik hangpa kena pukul dgn mak ayah ka..kena buang keluarga ka..dapat jantan yg tak pandai nak tanggung salah sendiri cuma tau 'jolok' harta org saja..biaq pi la semua tuu jangan tambah lagi kesalahan lagi..tolong la jangan buang bayi tu..walau dia masih hidup ka waktu hangpa buang tp kalau org lain tak jumpa beberapa hari pun akan mati jugak...kalau dah sampai saat2 nak bersalin tu..bersalin la cara yg normal jangan paksa diri bersalin sendiri dgn niat nak bunuh...kesian la kat bayi tu...itu benda bernyawa..amanah ALLAH dr kita...makhluk ALLAh jugak..sama juga dgn diri kita ni sendiri..adoiiiii apa la yg hangpa ni pikiaq...

kalau sapa2 yg kat luar tu ada masalah mcm ni...tolong la jgn buat mcm ni la...ingat ALLAH tu maha pemaaf...jgn tambah lagi masalah..benda ni akan menghantui diri kita sampai ke mati..ingat la..cuba la hangpa pikir nnt budak2 tu besar nnt mcm mana...mak ayah dah tak tau sapa..pastu kena buang la tepi jalan...sedih tau...baik kita susah di dunia..jgn susah di akhirat...rezeki tak ada kat sini tp rezeki kita ada di tempat lain..biaq p la org nak condem pun sbb kita ada anak luar nikah...berani buat berani tanggung la nyerrr

-peace-

3 comments:

tunbegia said...

sungguh insaf,

salamm,

MsCinderella said...

Salam Tun..

Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini.

MsCinderella said...

Salam Tun..

Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini.