Eh betul ker ikut saya ni?

Apr 27, 2008

Jom Masak : Triffle


Triffle


Bahan-

1 paket Agar2
3 sudu gula
1 tin Susu cair
1 tin Fruit cokctail dlm tin
4 cawan tepung kastard
1 biji Kek gulung


Cara-cara

Potong kek gulung..letakkan dlm acuan
Masak tepung kastard bersama gula dan susu cair pastu tuang atas kek gulung tadi..
masukkan fruit cocktail tu atas curahan tepung tadi..
masakkan serbuk agar2 dan air sehingga mendidih tuang atas adunan tadi...
kemudian sejukkan..kemudian...apa lagi makan la....hehe

Apr 15, 2008

Dari Email : Maksud Nama.Huruf Pertama

Dapat dr email ni....
pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.


M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri


O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.


Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Ntah betul ke tidak tak pasti la..tp yg nama aku tu....ada yg betul ada yg tidak...hehe

have fun!

Apr 14, 2008

oh kucing2 ku....

haiya...
apa nak jadi kucing2 ku ini..
tak leh duduk sekali..
ada saja nak gaduh..

ni kucin yg baru abg aku ambik kat market..
lagi la kesian..
asyik kena kurung dlm bilik saja..
aku lak tak larat nak jaga dia..
huhu..

hangpa x leh nak berbaik ka....??
uwaaaaaa

Apr 12, 2008

Jom Masak : Pizza Tak Reti

Wkeends lepas aku buat piza..
Ni mak aku yg suruh ni..
yer la aku duk masak yg manis2..dia lak tak leh mkn banyak..
suurh aku masak yg pedas2 mcm pizza, pai itu semua..
so aku pun buat la..
walhal haram tak reti satu pun nak buat..
yg paling malas nak menguli2 ni semua..
penat beb!
tp mcm biasa..pizza ku habis dimakan...semua org leh makan..
tak ada apa2 effect kesan dr pizza tu semua..
sedap tak sedap tu belakang kira..janji leh makan dan habis...ngeh ngeh ngeh
so resipi ni aku amik de semua blog/fp makanan yg aku jumpa...
yg penting bhn doh tu..kalau lembik habis la..
toping tu sendiri punya suka..
so sesuai la aku namakan sebagai pizza tak reti...:)

Bahan-bahan doh
500 gm tepung roti
sedikit garam
10 gm yis
250ml air
sedikit minyak (minyak zaitun lagi ok)

bahan-bahan toping
Sosej
sayur campur
parmesan cheese
cheddar cheese
sos cili/tomato puri
(dan bahan2 lain yang difikirkan sesuai)

Cara buat:
Gaul semua bahan doh..dan uli jd leper...
pastu letak sos cili/tomato puri tu..
kemudian letak bahan2 toping mcm sosej,sayu campur dan akhir sekali keju..
dan bakar dalam 15-20 minit

siap!





ini la rupa pizza yg aku buat hr tu..
x menarik la sangat...
tp ok la utk 1st time...
:)

pastu kan..
it menu petang dan merangkap malam
pagi tu aku perkena laksa goreng...yg ni mmg dah terer la masak..hehe



pastu ptg semalam perkena cucur goreng jagung..ni mmg fav aku..
resipi? tak yah la...
aku nak tempek gambo saja...
:)



selamat masak...!

Apr 9, 2008

Kat ofis ni....

hehehe...
1st time update blog kat ofis...
boss tak ada...ambik kesempatan la...
dengan kerja yang tak banyak...relax saja
tapi tak ada idea yg best nak post kat sini..
idea merapu saja la...


mender nak copy paste pun tak ader..
cuma ingat nak update pasal masak2 wkeends hari tu saja la.
banyak gak masak....dan opkos la makan.....:P


dan 2 malam lepas ada buat kenduri kesyukuran depan rumah aku..
dapat la juga beramah mesra dgn MB baru Perlis...siap2 perli aku lagi tu...sabo saja la...tp best..mmg best dpt MB baru ni...mmg down to earth dan mmmg kenal rapat dgn family aku..maklumlan bekas second boss dia dulu..seperti yg dia ucap dlm ucapan dia mlm tu la...banyak gak juga yg hadir...gambar ada la skit2..aku pun rasa mcm segan nak ambik gambaq..sbb aku tgk yg lain tak ada pun nak ambik gambaq..cuma aku dgn sorang wartawan tu..yg lain semua duk terpaku kat kerusi...aku ambik pun ala kadar2 saja...gambaq makanan pun tak ambik sangat...nnt aku upload kat sini...

dan mlm tu aku balik kul 12...kul 1 baru leh tidur..mmg letih..lepas kenyang makan..kena penat lak menyimpan..nasib baik la esok tu kerja..ada la jugak alasan leh balik awal... aku nak kena tukaq kamera ni..pakai yg mcm photographer guna tu..
ada thrill skit nak ambik gambaq...org lain pun pandang kita semacam..mcm bangga skit..ye ker?mmg hr tu sempat guna kamera kawan...mmg best ambik gambaq guna kamera jenis DSLR ni..tp tu la kena kumpul dulu..rasanya thn depan kot baru leh beli :(
banyak sgt perancangan aku thn ni yg melibatkan duit..
apa2 pun rezeki itu di tangan tuhan...insyallah kalau berusaha lebih..mungkin dpt lebih....amin...


dan sebelum aku habis ni...
aku rasa nak mintak pindah pejabat ni..
posting tempat lain..
mungkin balik kerja KL..
:(

Apr 6, 2008

Aku kena tag for 1st time


Aish..malu sih....kena tag dr Ebok..pasal beg la pulak....dah la aku ni jenis tak suka bawa beg...tp dah kena, terpaksa buat la...apa2 pun sebelum aku tunjuk isi beg aku, dengan ini dimaklumkan bahawa aku ni jenis tak suka bawa handbag..suka bawa beg besaq.yg leh muat satu fail..mcm beg aku sekarang ni...kadang2 rasa segan lak nak keluaq p mana2...tp aku redah saja...yg penting leh bawa beg duit dan hset aku..opkos kat tangan kena ada gak kunci kereta tu..kalau tak mau meroyan satu perlis kalau tak ada kunci kereta walhal aku bawa kereta kalau p mana2...

ok ni isi beg aku....hangpa jangan gelak na.....




1. beg hitam tu..tu yg aku bawa merata..
2.dalam beg hitam tu ada beg duit, kunci ofis, hest kesayangan aku,name card dan beg mekap
3.dalam beg mekap lak ada lisptick,bedak miyami,minyak wangi murah,pelembap muka,ubat mata (aku guna buat apa tah),pastu ubat penat aku inhaler (nyawa aku tu)

itu saja la....sekian terima kasih...

hehe