Eh betul ker ikut saya ni?

Jun 29, 2008

Akhirnya....

Sejak akhir2 ini dia merasakan tersisih...
tiada sapa yang mampu memahami dirinya..
tiada sapa yg cuba untuk memahami dan mengerti perasaannyer....
ntah dimana silapnyer...saban hari dia rasa tertekan ddgn dirinya..
ada saja yg serba tak kena..ada saja masalah yang menimpa..ada saja halangan yg dia rasakan cuba meragut kebahagian dirinya...dia tak pernah merasa bahagia...malah dia mula mempersoalkan apakah ertinya kewujudan dirinya di dunia ini jika hanya menambah luka..

berbagai cara untuk dia menghilang dibalik ruang2 kesedihan dirinya...
berdoa...saban hari dia berdoa...namun Yang Maha Esa tidak pernah mahu mengabulkan doanya...sebaliknya menghampakan dirinya...tidak pernah ada ruang ketenagan dlm dirinya...hanya menambah kekusutan...
berusaha secara fizikal...semuanya dia dah buat...tp tidak ada sapa dan jalan untuk beliau bertindak...hanya buntu yg mencari dirinya...dan dia semakin buntu dan malah kadang kala kaku..

apakah ini takdir dirinya?
apakah ini yg hanya mampu menjadi peneman dirinya...duka dan sengsara...
kenapa dia tidak boleh merasa kebahagian...?
apakah diri dia tersalut dosa yang tidak boleh hilang lagi..maka Allah tidak tunjukkan jalan yg tenang dan kebahagiaan pd dirinya...

kenapa ini terjadi......
kenapa ia harus terjadi pada dirinya....
apakah salah dirinya..
adakah dia selalu menyakiti hati org lain....
apakah kehadiran diri dia hanya mneyusahkan org lain...
kenapa??

maka...saban hari beliau merasakan suara sedihnya tidak didengari...
org lain makin menjauhkan diri....
dia masih merasa keseorangan...
tidak ada org yg cuba memahami dirinya...
makin lama makin beliau merasakan jauh dr semuanya..
dan susah utk beliau mencari org kepercayaannya...
dan inilah beliau merasakan apa yg perlu dibuat olehnya..
maka ini lah penamat kepada kepada segala permasalahannya...
penamat kepada segala kesengsaraan....
dan mungkin kegembiraan kepada sesetengah org..
dan....


~tamatlah riwayat kepada kehidupan yang tragis~

selamat tinggal semua..
maafkan bonda dan ayahanda....
ini jalan yg terpaksa ku ambil...
aku tidak mahu menangis lagi...
biarlah aku menjadi kenangan...
kenangan yang tidak memberi apa2 erti....

Jun 28, 2008

MAHASABAH DIRI



' Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalunya tidak sempurna sebagaimana yang kita lalui sekarang '……
Pandangan mata selalu menipu,Pandangan akal selalu tersalah,Pandangan nafsu selalu melulu,Dan pandangan hatilah yang hakiki,kalau hati itu bersih..Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...
Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.Tetapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T
Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang-ulang ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad - Petikan Hadis Al-Ghazali.
" Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."Kalau kita berada di alam tabi yang indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tetapi jiwa kitalah yang tidak indah..Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu,Mati ilmu kerana tiada amalDan mati amal kerana tiada istiqomah.Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.

Agama menjadi sendi. Pengaruh menjadi penjaganya.Kalau tidak bersendi runtuhlah hidupDan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat.Kerana orang yang terhormat itu,..Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.
Inginkan mutiara selamilah lautan,Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan........
" People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."Live needs sacrifice, Sacrifice needs fight, Fight needs courage, Courage needs confidence, Confidence determine success, Success lead us to happiness...
Hidup memerlukan pengorbanan,Pengorbanan memerlukan perjuangan,Perjuangan memerlukan kekuatan,Kekuatan memerlukan keyakinan,Keyakinan menentukan kejayaan,Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah matiCita-cita tanpa usaha adalah mimpiIlmu penyuluh hati yang bersih,Pengorbanan memerlukan usaha yang gigih,Natijahnya kejayaan bakal diraih,Kutuman senyuman akan tersurih,Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...
Diam merupakan sebuah keputusan hukumSebaik baik perkataan adalah yang sedikitNamun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannyaSiapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannyaYang lahir dari hati adalah keikhlasanYang datang dari akal adalah kewarasanBersatulah hati dan akalMelawan nafsu yang bakal memusnahkan


Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk
Malu daripada lelaki adalah baikTetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baikTetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baikTetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baikTetapi daripada orang miskin lagi baik"
Tunjangkan resah mu di dada solat, himpunkan peritmu di genggaman doa, tutupi kekecewaan dengan taqwa, dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati ". Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan...

Bunuh diri......


Pengenalan

Bunuh diri adalah perbuatan dengan niat untuk menamatkan riwayat /nyawa. Apabila perbuatan itu gagal, ianya dipanggil cubaan membunuh diri.
Kadar membunuh diri berbeza mengikut negara bangsa dan budaya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun
Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan.
Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.


Bagaimana mengenal pasti seseorang yang berisiko membunuh diri?
Semua percubaan membunuh diri perlu diberi perhatian!

-Seseorang yang bercakap tentang idea atau hasrat untuk membunuh diri.
-Seseorang yang pernah mencuba membunuh diri.
-Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga bunuh diri.
-Mempunyai tanda-tanda kemurungan seperti tidak mempunyai harapan
-Penyalahgunaan dadah
-Seseorang membuat rancangan untuk membunuh diri seperti mula mengagihkan harta dan menulis 'suicide note'

Komplikasi
Mereka yang membuat cubaan membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ia mungkin menimbulkan perasaan bersalah dan marah. Ia boleh mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan, penyakit mental yang teruk seperti kemurungan dan penyalahgunaan dadah dan sebagainya

Rawatan
Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan ingin membunuh diri?

-Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.
-Simpan ubatan di tempat yang susah di capai sekiranya anda berniat untuk mengambil dos yang berlebihan.
-Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.
-Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan
-Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda.
-Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon
-Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya


Bagaimana anda boleh membantu seseorang yang ingin membunuh diri?
-Ambil berat/serius luahan/aduan
-Jangan mengkritik
-Jangan berjanji tentang kerahsiaan
-Dapatkan bantuan profesional
-Pelajari tanda-tanda awal
-Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri
-alternatif lain untuk mengatasi masalah
-Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.



Jun 21, 2008

Link You Or Not

Ada sesapa yang ingin blog/fp/wp dan mcm2 p lagi....
yang ingin dilink atau dah ada dilink disini
untuk diadd atau dibuang...
sila bgtau...




thanks...

Jun 12, 2008

I hate you!!!

i hate my boss...
i hate my environment at work..
i hate everything when it comes to my boss..
even her so egois car...so egois room...so egois chair...
everything...


she is the worst human being that ever been born in this world...
even her family said so..
why? why?
what i do wrong to have her in my life..
to know her...to serve her....
whyyyyyyyyyyyyyyy?????


so many people talk..
so many people disguised her..
but not so many action..
she and her egois is gone by gone...
gone by the wind...


for me...is enough 2 years with her..
2 years miserable time...
not so happy moment....
much sad ending...


maybe..maybe i will step out...
step out from eveything...
even my heart doesnt said so...


its easy for people to hear..
but not easy for me that have to carry the burden...
they said they understand...
but they doesnt do anything....
and so on these people...
i hate my boss and i also hate youuuuu!!!

Jun 11, 2008

out of blues...

rasa nak tulis sesuatu..
tp tak tau nak tulis apa..
rasa mcm writer block lak...
huhu
semalam dpt FM dr holmes.....tq so much..
pastu hr ni dpt dua buah novel dr jemari seni...
ada gak benda yg aku leh buat masa2 lapang ni...
hidup makin membosankan..
makin membosankan bila pikir masalah yang tak sudah2 ni..
aku gak tension..
semua benda menyusahkan aku...
aiyarkk....
argghhhhh....i am in the monday blues every day..
arghh..layan csi vegas la...

Jun 8, 2008

EURO 2008








Jom layan EURO....
aku pilih itali sbb England tak masuk...huhu....
so ni jadual euro ikut time mesia...

Sun 8 June [00:00] ~ Switzerland v Czech Republic (Basle) 0-1
Sun 8 June [02:45] ~ Portugal v Turkey (Geneva) 2-0



Mon 9 June [00:00] ~ Austria v Croatia (Vienna)
Mon 9 June [02:45] ~ Germany v Poland (Klagenfurt)



Tues 10 June [02:45] ~ Netherlands v Italy (Zurich)
Tues 10 June [00:00] ~ Romania v France (Berne)



Wed 11 June [02:45] ~ Greece v Sweden (Innsbruck)
Wed 11 June [00:00] ~ Spain v Russia (Salzburg)



Thu 12 June [00:00] ~ Czech Republic v Portugal (Geneva)
Thu 12 June [02:45] ~ Switzerland v Turkey (Basle)



Fri 13 June [00:00] ~ Croatia v Germany (Klagenfurt)
Fri 13 June [02:45] ~ Austria v Poland (Vienna)



Sat 14 June [00:00] ~ Italy v Romania (Zurich)
Sat 14 June [02:45] ~ Netherlands v France (Berne)



Sun 15 June [00:00] ~ Sweden v Spain (Innsbruck)
Sun 15 June [02:45] ~ Greece v Russia (Salzburg)



Mon 16 June [02:45] ~ Switzerland v Portugal (Basle)
Mon 16 June [02:45] ~ Czech Republic v Turkey (Geneva)



Tues 17 June [02:45] ~ Croatia v Poland (Klagenfurt)
Tues 17 June [02:45] ~ Austria v Germany (Vienna)



Wed 18 June [02:45] ~ Netherlands v Romania (Berne)
Wed 18 June [02:45] ~ Italy v France (Zurich)



Thurs 19 June [02:45] ~ Greece v Spain (Salzburg)
Thurs 19 June [02:45] ~ Sweden v Russia (Innsbruck)


Fri 20 June [02:45] ~ Quarterfinal A1 vs B2 (Basle)
Sat 21 June [02:45] ~ Quarterfinal B1 vs A2 (Vienna)
Sun 22 June [02:45] ~ Quarterfinal C1 vs D2 (Basle)
Mon 23 June [02:45] ~ Quarterfinal D1 vs C2 (Vienna)


Thurs 26 June [02:45] ~ Winner QF1 v Winner QF2 (Basle)
Fri 27 June [02:45] ~ Winner QF3 v Winner QF4 (Vienna)


Mon 30 June [02:45] ~ Winner SF1 v Winner SF2 (Vienna)

Jun 5, 2008

Menu wkends lepas....

Spageti goreng...



Ayam masak merah...(1st time buat sendiri tauuu..tp opkos la dgn bantuan ibu tercinta..hehe)


Nasi tomato..(pun 1st time buat sendiri...hehe)


mcm biasa....semuanya sedap dan semuanya habis di makan..
alhamdullilah....
Resipi tak payah la...benda senang saja...:)

wkends ni nak p cuci rambut dgn member opis...yg sowang tu nak p berurut,pastu kalau terajin mungkin buat pai epal ala mcd tu..dah jumpa resipi nyer....tunggu ajer la nyer...

Jun 3, 2008

Relax sat...

Boss cuti dua hari...relax skit nak buat kerja...dah la awal bulan ni kena siap report kewangan..tak ada la aku nak dengaq tempik2 dia..tp esok lak dia masuk opis...
tp cuti2 pun mai jugak opis waktu petang..haru betu...
hmm..nak buat gena kan org tak dal life mcm tu la..huhu

btw...org tu balik kat kpg dia..
mcm biasa....jd mcm anak dara nak tunggu pinangan lagi kot..

so..bulan 7 ni aku nak cuti 3 hari sekali dgn israk mikraj...
nak melancong kat KL...ngeh ngeh ngeh
harap tak ada apa2 la yg ganggu plan aku waktu tu,....
nak beli mcm2 jenis fridge magnet ni...
yeahaaa......

-adios-