Eh betul ker ikut saya ni?

Mar 30, 2008

Jom Masak : Puding Cendol

Akhirnya tercapai gak nak buat puding ni...setelah berpenat lelah nak mencari cendol ni..rupanya payah gak nak cari cendol ni..tp dpt gak..cendol ni beli kat area perumahan awam Kangar (RPA Kangar) dengan harga seringgit sebungkus....1st time buat rasa nya not bad la...tp lembik skit adunan dia...tak tahu la air lebih ker atau apa...tp ok la kan..1st time buat...dan cara dia senang saja..ni menu ambik dari blog Rinchan..thanks ya....





Bahan-bahan:
10gm serbuk agar2
1 liter air
180gm gula
1/4 cawan gula merah
1/4 cawan susu cair
1 bungkus cendol

Cara masak:
masak agar2 ngan air n gula hingga mendidih.
angkat, bahagi 3 bahagian.
masak semula 1 bahagian bersama gula merah. didihkan, angkat n tapis. masuk dalam acuan.
masak 2 bahagian lagi. mendidih, masukkan susu cair n cendol. tuang atas lapisan pertama tadi.
Masukkan dalam peti ais sehingga keras...
Hidangkan.....



Sebelum tu...tengahari Sabtu tu makan ikan bakar...ayah nak sangat..so order kat Mak Jang kat Kuala Perlis tu...Order ikan Jenahak dua ekor..harganya dalam RM 50.00 sahaja...dengan dua jenis air asam...kalau resipi tu kena tanya Mak Jang la..tak punya la forumer HANG kat forum cari...hehe...
puas jugak makan...tp mulut dan tekak aku ni...tetap favourite ikan temenung....huhu

Mar 29, 2008

Ilmu blogger

Aku ada jumpa satu blog ni..
Tp dr Indon.....blog Kang Rahman (ada kat list blogger aku)
Bila masuk nnt leh klik Blog tutorial...
Banyak pekara2 ttg blog ada kat sana..
Hmm....banyak ilmu sih jika mahu ngomong tentang blogger..
Jika para sobat yg baru kenal blog bisa rujuk blog situ...
Ada bahasa ngak paham2...tp bisa leh cuba paham..
kita kan serumpun..:P

so sila menjenguk........

:)

Mar 28, 2008

Renungan di hari Jumaat : Khasiat Surat Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran atau pembuka rezeki hambanya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya “. (Petikan dari Hadis Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Petikan dari Hadis riwayat Ibnu Ady).
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.
Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, telah menjadi amalan orang terdahulu yang alim lagi warak dalam menuntut keredhaan illahi yangmana terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.


Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi Muhamad S.A.W. sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.


Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Bagi yang sakit migrine bacakan surah Al-Waqiah Ayat 19 yang berbunyi
seperti berikut sebanyak tiga kali atau tujuh kali melalui air yang bersih lalu disapukan dibahagian kepala diulang selama tiga hari atau sehingga sakitnya hilang.

Maksudnya : [19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya zahir dan batin .Insyyallah………..Aminnn

Mar 16, 2008

Monday Blues~~Part 2

Mcm biasa...
Hari ahad rasa tak best..
sbb esok nak kena p kerja..
bukan bosan pasal kerja..
bosan sbb nak jumpa ratu ular..
arghhhhhhh...bosan!bosan!......
tp terpaksa gak hadapinya....
rasa tak sabar lak nak pencen ni...
huhu...

pasal blog ni...mcm tak ada idea lak nak update apa2...
cuma update link blog/FP masakan saja..(tgk kat menu DARI DAPUR)
semua blog/FP yg aku jumpa...aku buat link (harap tuan rumah blog/FP tersbt x marah nyer...sbb link tanpa pengetahuan..hehe)
tak sangka banyak lak blog2 yg menarik pasal masakan ni..
bila nak aktif masak mcm depa tu semua..
ada saja masakan br yg depa masak..
aku lak tak brapa boleh nak aktif masak..
satu nyer bahan tak ada...
duk perlis ni susah nak jumpa bahan2...lagi la kalau nak masak style western..
pastu nak masak lak tak leh manis..
ayah dgn mak dah tua..penyakit skit..
dgn aku yg badan sesedap mata memandang ni...hehe
mana leh sgt masak yg manis..
tp kalau sekali sekala boleh la kan...
hehe

rasa mcm best lak tgk blog/FP tu semua...
teruja betul tgk cara depa masak..
mcm2 jenis masakan yg aku jumpa..
so sapa2 yg tak reti nak masak...nak cri resipi..
leh la belajar dr depa2 yg pakar...
semua jenis resipi yg nak...mesti ada..
kena rajin la mencari....

hmm..
sejak balik dr KL hr tu..
rasa letih semacam saja..
penat..batuk....tak ada mood...
semuanya ada...
my life is so empty....
no more happines...
hm....asyik ingat kisah lama saja ni..
ntah la...
dalam hati siapa la yg tahu kan...
huhu
hmm.....

ok la...tido time...
selamat malam kepada anda semua...
dimana jua anda berada....
tata....

Mar 10, 2008

Virus M....

Aku baru lega skit dr demam ni...plus dgn lelah yg tiba2 menyerang..tambah lagi mc aku...dan aku tau mesti ratu ular tu meradang...marah2...mmg betul la..pg ni aku p opis...awal2 dah kena bahalul...balaci betul pompuan tu...huh!
nasib baik dia p KL seminggu ni...aman skit...keadaan opis kembali aman...member2 opis pun leh bergelak riang di opis..main2...happy2...makan2...tidur2...tp kerja kena buat gak...sbb time ni la best buat kerja kalau ratu ular tu tak ada...hahaha..

dah la pasal ular ni...apa kes aku cter byk2 dlm blog ni..stop!

jumpa kawan2 kat opis,YM dsbnya...banyak gak cter pasal PRU 12 ni..dan byk yg sokong pakatan BA..agaknya jiwa depa tak tenteram kot..rasa makan rasuah hari2...bersubahat maksiat dsb kalau sokong kerajaan kot..anak pun jd makan sumber haram kalau hantar anak p sekolah kerajaan...makan gaji kerajaan pun dah rasa perut penuh dgn ulat..pastu hari2 banyak bom la...malaysia kacau bilau...mcm2 la...pastu komplain minyak naik...barang naik...hmm....ntah la...aku no komen...bab2 politik ni kureng skit..aku tak aktif walau lahir dalam keluarga politik...pernah merasa jd anak org politik...tp aku sowang dlm keluarga mmg tak aktif..sembang gitu2 saja....tgk gitu2 ajer...perlu jugakkan tgk semua benda ni....nnt tak ambik tau jd mcm katak bawah tempurung lak...mmg la semua dlm parti kerajaan ni bukannya bagus2 sangat2...bukannya baik sgt....tp takkanlah semuanya jahat mcm tu...jgn la pulak sampai kita kata kerajaan skrg ni semuanya rosak....kerajaan BA ni semuanya baik2...bila tiba depa buat jahat,kita yg sokong ni pejam mata lak..anggap apa yg depa buat tu satu keperluan..satu yg harus..dan mcm2 la...aper2 la...hak masing2 nak bersuara...negara demokrasi...so aku rasa buat masa sekarang ni bukan masa nak memuji,membodek kerajaan BA ni..ni la masa kita nak tgk sejauh mana kehebatan depa nak mentadbir negeri...ada masa 5 thn lagi...masih panjang lagi....kalau rasa leh turunkan harga barang..harga minyak mmg aku salute la....!!yg penting kita malaysia kena bersatu...kalau ada negara luar buat kacau...kita mesti berada bersama2 di barisan depan...bukan aku duk belakang..hang dok depan.....!
bab BN menang di Perlis...aku happy dan tak happy...hanya kerama seorang calon di Perlis ni buat aku menyampah...seharusnya dia meletakkan jawatan...skrg ni nak pegang jwtn lama balik pun tercungap2 mcm aku kena serang lelah hr tu...langsung tak dpt perkenan..padan muka!

erk...ok la melalut lak pasal politik ni...jiwa kacau betul....makan ubat demam byk sgt kot...hehe

nite semua....
malam2 tgk bulan..
bulan sabit pun tak pa...
kalau tak nmpk naik roket nyer...
keke....


actually nak cerita bab malas nak update blog..tgk laptop ni..
tp melalut lak pasal politik d ratu ular...ni semua demam punya pasal...deman lain mcm lak ni...hmmm

Mar 6, 2008

Demam la pulak.........

Balik dr KL..mula2 rasa tangan mcm terseliuh...pastu sampai Perlis selsema lak..
melalut sampai nak deman,muntah,batuk dan so on...
aku nak tgk laptop pun x lalu....
apa lagi nak jengah blog dgn forum aku tu....
tangan pun rasa sakit lagi ni..
mcm2 lak pulak minggu ni..
dgn jiran a.k.a sedara aku meninggal agak terkejut...
dgn pilihnaraya lagi...(mcm la aku terlibat sgt)
dgn org itu tiba2 rasa boleh balik rumah mertua dia ni...
dan aku pulak mc hr ni...
nak mc pun rasa mcm susah...
ada2 saja hal opis mai tanya aku..
mmg betul la kot kan kalau aku cuti lama mmg opis tu kelam kabut...
tp kelam kabut pun boss aku leh bg SKT rendah lagi...huh!
dan mc hr ni aku habiskan dgn tidurrrr



so bersawang lagi la blog aku ni....
huhu