Eh betul ker ikut saya ni?

Jan 31, 2009

Fridge magnet terbaru

yang ini beli kat Desaru....







semua di atas beli kat KLCC




yang ini dr opis punya....











semua di atas dibeli drpd en zayed



yang ini beli pulak kat lips from Cari forum...


Jan 26, 2009

Laksamana Sunan....

ikut susunan.....Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta


Akhirnya...tercapai gak hasrat aku nak baca trilogi karya marveles Ramlee Awang Murshid ni.3-4 bulan lepas aku boleh p pinjam trilogi yg kedua iaitu Cinta Sang Ratu, tgk2 rupanya ada novel sebelum tu iaitu tajuk Bagaikan Puteri. Jenuh la cari cerita tu dr Perlis sampai ke KL. Kalau KL payah nak jumpa apatah lagi kat Perlis ni dah la waktu tu aku masih kat Perlis lagi. Bila aku start kerja kat sini baru la aku jumpa buku ni, akhirnya...............apa lagi pulun la baca...tak sampai seminggu habis aku baca ketiga2 trilogi tu. Mg marveles karya ni...banyak gak unsur2 mistik dan agama dlm karya ni. Awal2 lagi minda pembaca dah disogok dgn pertanyaan..kenapa Laksamana Sunan tidak diceritakan dalam sejarah melayu, walhal beliau pernah menjadi buruan Sultan Melaka dan pernah bertarung dengan Hang Tuah. Itu satu yang harus dipikirkan dengan lebih mendalam. Tapi tu la ni hanyalah sebuah novel, mungkin hanya rekaan mungkin juga ada kisah yang sebenar disebaliknya. Kalau korang boleh minat karya LOTR (lord of the rings) dan Harry Potter aku pasti korang leh juga menjadi peminat trilogi ini. Tak salahkan menyokong karya2 penulis tempatan? Lagipun cerita ini ada juga terselit kisah2 percintaan tak la a serius semata-mata. Banyak gak ilmu agama2 mengenai sihir dan cara hidup org2 melayu pada zaman kegemilangan Melaka dulu leh diambil panduan. Tak rugi membaca karya trilogi ini. Bacalah nyer..tak rugi...percayalah...

sedikit cerita mengenai karya ini...

Saifuddin telah difitnah oleh org kampung lalu dihukum oleh ayahnya yg merupakan penghulu di kampungnya lalu beliau pergi merantau sehingga ke Acheh. Disana beliau dikenali sebagai Laksamana Sunan(LS) mendalami ilmu persilatan dan ilmu agama dan sangat dikagumi oleh lawan dan musuh. Banyak musuh beliau terdiri daripada mereka yang mengamalkan ilmu hitam dan menjadi hamba kepada taghut (syaitan). Namun salah seorang dari musuh ini Sang Ratu akhirnya jatuh cinta kepada LS kerana kebaikan beliau dan kata-kata LS kepada beliau...sebagai manusia aku sayang kepadamu
Sebelum itu LS diketemukan dgn gadis dr zaman kini iaitu Haryani dan juga jatuh cinta kepada LS namun kerana Haryani perlu kembali kepada zaman asalnya maka cinta mereka 'habis'begitu saja. Wbgmnp, Haryani diketemukan sekali lagi dgn LS tp LS kini berada di zaman Haryani. Menarikkan?


Nak tau lebih lanjut lagi...belilah trilogi ini....Aku bila baca trilogi ni mmg tangkap cintan la dgn LS. Mmg tangkap syiok la...terawang2 baca. Hehe

My emo....







Jan 23, 2009

Bercutilah kamu sebelum kamu dicutikan...

Alhamdullilah..cuti aku diluluskan utk 28-30/2. Aku akan balik KL mungkin 2/2 ni...Lamanyer kat kampung..best best. Senang pulak bg en P** Y* sain surat cuti. Tanya skit terus sain. Tak mcm boss lama aku tu, sain nyer tak tapi berletiaq dr pg sampai ptg kalau nak cuti ker apa. Bg saja cuti pastu mengomel la tak ada kat opis banyak kerja la bla bla bla...

Adeii lambat pulak nak bertolak balik. Mesti jem gila ni nnt. Mmbr aku pun tak sampai lagi. Melepak la lagi kat opis. Boss aku ader semua tgh sibuk nak p Indon dgn Menteri lepas raya cina. Aku pun nak kena settle pemergian ku ke suatu destinasi ni. Erk...kat mana tunggu ajer la nnt cter. Nnt bila nak jumpa pintu flight baru aku senang nak cter kan...ni pun big boss tak sain lagi mana leh confirm leh p kan...
Tadi p The Mall pun ingat nak shopping barang, bila p sana jd blur lak. Hr tu mcm semangat nak beli byk brg nak bawa balik last2 aku beli tepung kek dgn sirap utk pancake saja. Ish mcm2 la..sblm p siap berangan nak angkut troli last2 hampeh...tapi tak per jimat duit kan....
Mak kol tadi ayah dah nak keluaq dr hospital. Ok la selamat gak operation ayah aku tu. Ramai la nnt kat rumah. "Datin Seri" pun balik..miahaha...Aku malas nak layan "Datin Seri" ni, diam dia 10 patah aku diam balik 100 patah...haha
Aku tak sabar nak balik rumah nnt....rindu kat kucing2 aku..rindu kat FM aku semua tu..mcm mana rupanya setelah ditingglakan selama 3 minggu...3 minggu ajer..tp aku punya emo mcm dah tinggal 3 bulan. Adei byk perubahan sejak balik ke KL ni balik. Masih lagi rasa bengong dan blur lagi lanjutan 'didera' 3 tahun waktu kat Perlis. Payah nak cter ni...Utk ni nnt cter kat n3 yg lain....leh buat luahan perasaan lagi kan....


arghhhhh nak balikkkkkkk...cepatla sampai...Jem jgnla kau jem lagiiiii....

Jan 22, 2009

Balik kampung hohoho balik kampung...........

Esok aku nak balik kampung..dah 3 minggu x jumpa family,kereta aku, kucing2 aku..wahhh rindu nyer...Rasa mcm 3 bulan saja.Waktu lunch esok nak p shopping skit kat The Mall,balik dgn kereta beli la apa yg patut ler..gaji pun baru dpt kan..harap la esok selamat pergi dan pulang....
pada siapa2 yg balik..selamat pulang ke kampung halaman masing2, drive carefully...and GONG XI FA CAI.....
ps: budak Hoo Chong Hang tu balik ka..?apa kabo mamat tu skrg....dah boroi ker aper...huhu

Jan 19, 2009

Hidup ini hanya sementara....

Takziah kuucapkan pada kawanku http://nofarazor.blogspot.com/ yang telah kematian ayahnya pada minggu lepas. Bila buka blog dia mmg dia asyik cter pasal ayah dia yg kena operate. Banyakkan bersabar nyer Nofa..

Tiba2 teringatlak kat ayah aku. Asyik sakit saja dia. Ni dah 3 minggu tak jumpa dia tak tau mcm mana keadaan dia. Tak pa ayah nnt adik balik seminggu lebih cuti raya ni nyer....tunggu....


ps: nak tulis panjang2 tiba rasa nak teriak pulak. Mudah sangat mengalir air mata ni. Dah la duk opis..ish

me and family......

Jan 14, 2009

I'm back

Aduh...baru hari ini aku dapat pc..tu pun atas pertolongan mmber kat BTM yg percepatkan proses ni,kalau tak minggu depan baru nak dapat. Jenuh arr mcm ni nak kena tunggu lama....nasib baik dpt gak...
nak surf tenet jgn harap la.tu pun jenuh pinjam pc orang.banyak benda nak update blog ni. Nnt la aku cter satu persatu semuanya.
so..blog ini tidak akan dibiarkan bersawang lagi....

*peace*