Eh betul ker ikut saya ni?

Jul 15, 2010

Jika itu takdirnya...........~

aku sebenarnya sedang mencari seribu kekuatan untuk menulis entry kali ini. Memang aku jarang mengupdate blog..kalau ada nak update idea tiba2 hilang..kalau ada pun malas lak melanda..kali ini entry ini adalah seuatu yang tak ku sangka akan menulis dalam masa ini..walau ia tetap akan terjadi..namun aku gagahinya jugak...kerana aku perlu meluahkan sesuatu...sesuatu yang sering aku monolog sendirian dalam tempoh dua bulan ini...


aku rasakan tahun ini adalah tahun yang malang bagi aku..bermula dari awal tahun, sampai pertengahan tahun aku rasakan malang bertimpa2 melanda aku...dan yg paling tragik dan tragis adalah pada pertengahan tahun ini..Mei dan Jun atau lebih tepat lagi pada 6 Mei dan 9 Jun 2010...tarikh pemergian kedua-dua arwah ibu dan ayahku. Ibu ku terlebih dahulu mengadap ilahi pada 6 Mei dan disusuli pemergian arwah ayah aku 33 hari selepas itu pada 9 Jun 2010. Tak habis tumpah airmataku ini kerana pemergian arwah mak, kini airmata ku bersambung pulak ke atas arwah ayahku. Sudah dua bulan permergian mereka, hati dan perasaan ini masih belum dapat menerima kenyataan yang aku telah hilang tempat bergantung. Iyer...aku memang sudah dewasa, ada kerja tetap ada kereta sendiri tapi aku masih berseorangan. Hidupku hanyalah kepada kedua2 arwah...



Arwah ibu ku meninggal ketika aku bertugas di World Expo Shanghai...sebelum aku ke Shanghai aku akan balik ke kampung dan mcm biasa cuaca di kampung terlalu panas. Maka aku mintak pada arwah mak untuk tidur dalam bilik dia sbb bilik arwah mak dan ayah ada penghawa dingin. Sempat aku tidur sana dalam dua malam. Tapi aku rasa pelik yg arwah mak dapat cari tempat yg elok utk aku tidur. Sebelum ini payah aku nak tidur dalam keadaan yang tidak menganggu arwah mak kerana arwah mak kerap bangun pada waktu pagi sbb nak tolong arwah ayah yang terjaga utk buang air kecil. Aku tidur dalam kesejukan dan rasa yang sungguh nyaman. Dan waktu aku balik kali terakhir hr tu, arwah mak sering memuji dan barangkali bersyukur kerana aku balik waktu tu. Adanya aku dapat la menolong dia menjaga ayah. Aku ini anak yg bongsu kan..so senangla kalau depa nak mintak tolong apa2. Kalau kudrat ku kuat sudah tentu senang aku nak mengangkat arwah ayah bangun dr katil atau naik ke kereta. Setakat menyorong kerusi roda ayah ke bilik, buka econ bilik sblm ayah masuk dan paling best aku tolong masak apa saja menu yang aku ingin masak dan pergi ke kedai membeli makanan yang diminta oleh kedua2 arwah. Walau kadang2 rasa mcm bebanan lebih pada aku, tp aku rasa biasa dan cemuhan tu hanya datang sekejap di hati kerana orang yang aku tolong ini, orang yang aku susah payah menjaga adalah ayah dan ibu sendiri...darah daging sendiri..orang yang melahirkan kita di dunia..jadi apa lagi nak dirungutkan...bukanlah satu pahala dan kewajipan menolong mereka.?



aku mula2 terima sms dari abang aku mengatakan yang mak dimasukkan ke hospital sbb sakit perut, tp abg kata sakit mak tak serius dan akan menjalani pembedahan keesokan harinya. Abg bgtau lagi mak suruh jgn bgtau kat aku sbb ini hanyalah masalah kecik saja. Tp abg aku bgtau jugak.Dan aku yang kejauhan ini, yg anak manja mestilah risau sangat sampai aku menangis semahu-mahunya dalam sebuah bilik. Hampir sejam gak terkurung dalam bilik menangis. Sambil menangis tu aku mintak mak pada abng aku suruh mak telefon aku sebelum masuk pembedahan. aku mintak2 jugak sbb hset aku tak ada roaming. Nasib baik la sempat beli no china kat sana. Dan aku gak pertolongan kawan aku untuk sama-sama mendoakan supaya mak aku sihat menjalani pembedahan. Nah! kawan aku siap pergi email pasal ni kat satu opis aku..satu dunia tau pasal ni. Aku terkejut gak tapi terharu.



Dan esoknya aku bekerja macam biasa, dan awal pagi aku kerja aku dapat panggilan telefon,rupanya mak yang telefon. Hanya sekejap saja mak bercakap dgn aku. Tp aku rasa puas...dan aku tak sangka itu yang terakhir..Petang tu setelah habis bekerja shift pagi, aku dan rakan sempat lagi menjamah makanan china di kedai dan kami balik awal gak hr tu, tak p shopping pun. Aku masih ingat time tu di apartment kamu, aku sempat jenguk FB dan sambil dengar lagu Nobody, mula2 aku dapat panggilan dr Abg sulung katanya mak masuk ICU..somtehing like that..pastu aku rasa cuak dah aku terus call kawan yg kerja opis kat sana kata aku nak balik tgk arwah mak (waktu tu aku xtau mak dah jd arwah)..dalam masa yg sama dalam hatiku aku mintak arwah mak bertahan dan tunggu sampai aku balik...aku mendoakan kan agar keadaan arwah mak tak serius...pastu selang beberapa saat saja aku dpt panggilan dr kawan aku yg lain yg kerja kat sana gak bgtau perihal arwah mak..menangis aku ketika itu dan perasaan aku memang bercelaru dan tak boleh nak pkir apa dah.Yang aku tau pejabat sana sedang menguruskan kepulangan aku ke Malaysia.Aku pun blur nak pack barang, nasib baik ada kawan yg sudi tolong...dan aku cuma pack barang utk hand carry saja..aku tak nak masuk barang dalam kargo sbb aku tau mesti aku kena tunggu lama. Dan waktu tu aku sms semua ahli keluarga aku suruh depa tunggu aku jangan kebumikan jenazah arwah mak sebelum aku sampai. Abg aku kata dia akan tunggu cuma aku kena sampai di rumah sebelum kul 12 esoknya. Dan aku janji aku akan sampai sebelum kul 12...dan akhirnya penerbangan yang aku dapat adalah pada jam 12.00 tengahmalam menaiki Singapore Airline terus ke Penang. Aku transit di Singapore.



Sepanjang menaiki kapal terbang...tunggu di airport jangan cakaplah beberapa kali derai airmata ni turun. Aku menangis dengan bertemankan baju sejuk pemberian arwah mak sebelum aku ke Shanghai. Aku menangis sampai ditegur oleh Pramugari SIA..terima kasih sbb dia sudi meneman aku seketika, membawa beberapa helai tisu dan memberitahu dimana surau terletak. Terima kasih dik! Aku mmg tak boleh tidur dan tangisan tika itu hanyalah penguat aku. Aku rasa mcm mimpi...aku masih tak percaya yg arwah dah tak ada.



Akhirnya aku sampai ke Penang dalam jam 9.30 pagi. Kawan aku dari pejabat lama tolong jemput aku dr Penang Airport. Alhamdullilah, timing flight aku tak delay pun maka cukup2 masa aku sampai ke rumah. Dalam perjalanan dr Penang-Perlis yang boleh mengjangkau 2 jam leh menjadi 1 1/2 jam sahaja..alhamdullilah sekali lagi aku selamat sampai ke rumah. Bila aku sampai ke rumah, aku dah lihat banyak orang..aku masih tak percaya di hadapan rumah ku terbentang jasad mak..aku melangkah longlai dan aku tak ingat sapa yg berjalan beriringan bersamaku..aku berhenti di satu sudut sebelum melangkah melihat jasad ibuku...aku masih tak percaya..aku menangis..aku lihat semua adik beradikku, sedara ku dan arwah ayah ku berdiri diseblah jasad arwah mak..sedih melihat aku menangis kerana akula anak mak yang terakhir datang melihat mak. Aku masih tak percaya..apa la daya yg ku buat waktu tu hanya mampu menangis...aku nak meraung..menangis..menjerit tp tanpa kusedar aku dimintak oleh kawan kakak ku supaya bersabar dan pergi membersihkan diri...dan tolong mandikan arwah mak bersama...ya itulah kali pertama aku mandikan jenazah...aku berpisah dengan mak hanya dua minggu dan kali terakhir aku melihat mak..mak sudah tak bernyawa... Aku masih ingat kata2 arwah ayah waktu tu, 'Adik...sabarlah...baguslah adik dapat tidur dgn mak 2 malam'..

lepas aku sampai rumah...semua siap2 kan mandikan jenazah mak...aku mandikan bersama...aku gengam erat kaki dan tangan mak..belai rambut mak..seperti yang aku selalu buat bila mak suruh aku urutkan kaki dia..sapukan ubat di badan dia..aku menangis lagi...aku lihat badan mak bengak besar..tak kusangka begitu berat sakit mak yg dia tanggung..tp dia diamkan saja sbb tak mau susahkan kami sekeluarga tambah lagi ayah...mak tak mau tak ada org yg jaga ayah nnt kalau mak kena masuk hospital..itulah pengorbanan mak...

setelah selesai mandi...dikapankan pulak mak..ohhh inilah suasana yg paling sedih..satu persatu kain putih menutupi badan mak dan akhirnya kami semua mengucup mak untuk kali terakhir..wajah mak yang bersih dan suci kami semua tatap buat kali terakhir....kami takkan tatap lagi wajah mak lagi..takkan dengar lagi suara mak yg selalu menelefon anak2 nya setiap hari..tiada lagi panggilan 'Mak' dr ku utk seseorang wanita yang bergelar Ibu Kandung...itulah penderitaan dan kehibaan yang boleh di ragut daripada seorang anak...

dan kemudian...kami semua anak2 bersembahyang jenazah....penghormatan terakhir dari seorang anak kepada seorang ibu..

aku kemudian menaiki van jenazah bersama bibik dewi dan anak sedara ku...tiba2 hati bertambah pilu walau hanya melihat papan keranda...oh sungguh sayu hati aku...terasa mcm nak peluk saja walau hanya papan keranda pun.....

jenazah mak akhirnya dikebumikan di bahagian dalam tanah perkuburan kampung aku pada jam 3.00 petang hari Jumaat, 7 Mei 2010. Setelah selesai tahlil dibacakan, aku masih lagi rasa sebak dan berat hati nak tinggalkan mak seseorang di tanah sana...

Mak...ampunkan adik mak selama 32 tahun menjadi anak mak..adik masih rasa tak puas berbakti pada mak..selama ini hidup adik hanya utk mak dan ayah...mana2 adik pergi mesti ingatkan mak...beli makan itu ini semua hanya utk mak..lepas ni mak dah tak ada nak tanya adik nak makan apa..adik pun dah tak ada orang yang adik sanjung nak tunjuk skil adik masak..mak pun dah tak ada nak telephone adik selalu tanya adik dah sampai ker kat KL..tanya adik kat mana waktu adik bawa kereta dr KL-Perlis-KL, adik dah tak ada orang nak suruh buat laksa, makan pulut dan durian....semuanya mak...adik rindu saat2 itu..kenapa Allah tarik itu semua dari adik...adik anak yg jahat ker Mak?

Mak...berbahagialah mak disana..adik mendoakan mak agar sentiasa tersenyum di sana..mak berhak dapat semua itu..pengorbanan mak menjaga ayah selama 10 tahun tanpa mengeluh adalah pintu ke syurga utk mak...mak..adik rindu..rindu sangattt...adik keseorangan..adik akan cuba menjadi anak yang solehah untuk mak...........


mak..adik tunggu mak nanti.............


~BERSAMBUNG.........................................~

3 comments:

dilaOHdila said...

MOD chin...
sesungguhnya kita dilahirkan sama dan waktu ketika ini nasib kita juga serupa. tiada ayah dan mak disamping kita. tapi kita masih punya abang kakak yang masih mengasihin kita. Mmg berbeza dgn adanya mak abah disisi. namun kesedihan ini dapat diubati andainya kita saling mengingati bahawa ini janji nallah. dimana kita datangnya dan kembalinya juga pada DIA. sabar mod cin, mak abah ada disisi kita biarpun dari kejauhan dia melihat. doakan kebahagiaan mereka disana....
Jangan sedeh2 erk MOD cin. aku doakan yang terbaek buat diri hang.......

absy said...

sedihnya baca...banyak2 bersabar yer kak. doa byk2 semoga roh kedua-dua arwah dicucuri rahmat & akak leh jadi anak yang soleh, yg sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa.

tabahkan hati & terus cekal menempuh masa akan datang.

MsCinderella said...

dila : makasih...tak sangka lak nasib kita sama..aku oun tak tahu...D ambik masa gak utk aku terima kenyataan ini.selama ni hidup aku hanya utk arwah mak dan ayah..sekarang aku tak tahu pada sapa aku nak mengadu domba ni

BG : makasih...BG masih ada mak :)