Eh betul ker ikut saya ni?

Sep 28, 2007

Kosong

tak tau apa nak tulis kat sini....
rasa mcm lost lak...rasa kosong..
jiwa aku kosong..kehidupan aku pun kosong..
no more spirit in my life...
x tau mcm mana nak luahkan..
aku rasa sapa2 yg ada situasi aku skrg ni...mau nak jd gila...kalau yg tak ada agama dan iblis menguasai diri....mau rasa nak mati saja...
tp tu la..aku mmg rasa kosong...
walau aku telah dibohongi..dikhianati..dipermainkan oleh sesorang...
aku tetap leh terima...
mmg hati aku sakit...mmg aku sedih..mmg aku marah..
sbb aku rasa aku tak patut dilakukan begini..
mana silap aku aku pun x tahu..
beberapa kali aku cuba nak putuskan hubungan dgn dia...dia merayu..
mmg merayu...dan aku tewas...
beberapa kali dia mintak aku percaya pada kesetiaan dia..percaya pada hati dia...
dan aku percaya..mmg selama aku kenal dia...tak pernah ada lelaki yg layan aku mcm dia layan aku...dan sebab tu la aku percaya bahawa dia mmg ikhlas dgn aku...
tp semalam baru ku tahu...semua tu dusta semata-mata...
aku dijadikan mangsa utk ubati kesunyian dia..mangsa permainan dia...dan mcm2 mangsa lagi...
mmg aku sedih...dan mmg aku menangis utk kesekian kalinyer....
tp ntah...x tau mcm mana nak luahkan...
dulu aku pikir kalau aku tak bersungguh2 dlm perhubungan ini..aku akan hilang oryg y benar2 menghargai aku...dan sebab tu la aku bertahan..walau aku banyak 'tertindas' dalam hubungan ini...tp akhirnya aku jugak yg dipermainkan...
aduhhh..beberapa kali aku harus diperdayakan....sehingga aku tak percaya lagi pada perasaan kasih dan sayang ini...pada manusia yg bergelar lelaki..pada kejujuran....pada keikhlasan....
aku benar2 buntu...tak tahu dimana silapnyer....
adakah aku dilahirkan hanya utk menolong org...hanya utk dijadikan persinggahan...dan bila mereka bahagia...senang..aku dilupakan....
arghhhhhhhh berat sungguh kepala nak pikirkan....
biarlah....bairlah Tuhan saja yg balas perbuatan dia pada aku..kalau tak kena pada dia..mungkin pada 'isteri' dia...anak2 dia...dan sapa saja yg rapat dgn dia..
aku mmg tak akan maafkan dia...terlalu sukar nak maafkan setelah aku pikir 'layanan' dia pada aku...terlalu sukarrr..

terlalu banyak peristiwa terjadi dlm hidupku...sehingga aku rasa kosong....
sehingga aku rasa tiada makna apa2 lagi.....


mungkin ini takdir......dan aku terima saja....

Sep 21, 2007


Meh kita menilik sat...tp jangan terlalu percaya sangatnyer....ini utk suka2 saja.....



1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
tgk kat tangan aku nmp mcm panjang......



2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.
ni mmg panjang kat tangan aku...tp.........?



3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
kat tangan aku ada cabang-cabang..mmg betul banyak kali frust...so adakah cinta sejati utk aku di luar tu....ahaks....!


4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.
Ada...........


5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
Insyallah...........:)



6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.
X dak la pulokkkkk




7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya...
:(



8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.
:(



9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.
Pun x dak gak....



10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.
hmmm.........




11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?
hmmm.......no komen...sememangnya ajal dan maut di tangan Tuhan

Sep 17, 2007

Bahagia di sekelilingku...

apabila melihat kesibukan sepupuku menghitung hari bahagia di Disember nanti...


apabila kakak ku juga menghitung hari kelahiran anak sulungnya setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga


apabila mendapat tahu hampir semua sahabat ku di kelilingi oleh suami dan anak masing2 setiap hari


apabila melihat sahabatku saban hari bermain sms dan bertelefon setiap masa dengan orang yang tersayang


apabila melihat pasangan disana sini..kiri kananku..depan belakangku dikepit oleh insan yang istimewa


apabila melihat di tv dan majalah si gadis yang ramping dan wajah yang cantik akhirnya disunting menjadi suri dalam hidup sang lelaki......


dan aku hanya mampu memerhati,melihat dan senyum..walau bahagia itu bukan milikku.....

Sep 10, 2007

Salam Ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukan hal-hal yang berikut:*

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);*

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;*

Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuatkesalahan,baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapatmenjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati AllahS.W.T,insyaallah.





Salam Ramadan utk sahabat2 semua...Diharap tahun ini kita semua akan dapat mengikuti ibadah puasa dengan sebaik-baiknya....Amin

Sep 7, 2007

Menu apa hari ini...


hehehe..actually bukan menu hari ni..tp menu minggu lepas..kempunan nak makan nasi kerabu di tambah lagi dengan suasana ramadhan yang bakal tiba maka aku pun buat la nasi kerabu...habis beb....dan yg paling banyak makan aku la...heheheh...fav ni..!


Pastu try lak buat blueberry cheesecake..ni 1st time buat...cari bahan2 dia kat perlih ni sampai 3 minggu kaedahnya...:) Buat la..nmpk mcm senang....tp tu la based on gambo tu...mcm tak menarik saja...dia punya cheese tak tebal mcm cheesecake yang lain..nipis saja....rasa nak tempek gambo kat sini pun segan....hehehe...mungkin sbb kacau bahan2 tu dgn tangan...pastu sukatan pun main hentam saja...so dia punya penampilan jd mcm tak menarik...:( btw...dah jamu kat family dgn member...boleh dikatakan yg makan tu 98% puji sedap...yg lain..mak dgn ayah pulak pesan jgn buat selalu..jaga sikit badan tu yg mmg sudah tersedia tak terjaga..kolesterol banyak lagi..and so on....apa2 pun..janji cheesecake tu dah habissss.....semua makan dgn sihat saja.......



insyallah......weekends ni nak buat lak kek coklat lempab....nyum...nyum......







jemput makan semua...........!!!!

Sep 5, 2007

Blur jap......

tp rasa nak update blog...so letak saja gambo2 ni..nice kan...:)



Sep 3, 2007

Perkataan baru ya murid2...:)




hehehe..amacam...? ni kata2 boss aku yg dok ucap hampir setiap hari pada semua staff dan org luar...dan paling banyak kena kutuk aku la...bg dia biasa la tu nak ucap benda tu...dan ntah kenapa hari ni walau aku kena kutuk dgn perkataan2 tu aku rasa mcm 'happy' lak...ntah kenapa..mungkin sbb aku rasa aku nak declare 'war' dgn dia...wakakaka.....

bagi aku dia tu nothing...no more respect...dan aku mmg tak akan halalkan apa yang aku tolong dia walau bukan pasal kerja...dan kalau dia nak kutuk giler2 pun kutuk lak..bg aku biasa saja...dah lali..sama lali dgn dia yg walau dah umur sama mcm umur malaysia merdeka dok ucap benda2 tu....

walau batin aku terseksa...dan aku tertekan dgn situasi ni..sbb bagi kesan pd rakan sekerja aku dan org sekeliling....aku yakin yg dia akhirnya akan mengalah..dan ada yg lebih berkuasa dr dia iaitu Allah....dan waktu tu akan ku gandakan 'war' aku dgn dia....biar apa nak jadi jadi la....bak kata pepatah...'berat mata memandang berat lagi bahu memikul..'

Sep 2, 2007

Balasan cinta-Nya


Dapat dari majalah Nur bulan ni. Harap dapat memberi petunjuk dan panduan kepada semua..terutama kepada ku...

Allah berfirman yang bermaksud. "Aku selalu mengikut sangkaan hamba-Ku. Dan Aku sentiasa bersama-samanya. Ketika itu mengingati-Ku dalam diri-Nya, Aku pun akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-Ku sepanjang sejengka, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari
.
(Hadis Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


Kehidupan di dunia tidak lepas daripada ujian Allah. Tetapi percayalah, seberat mana pun orang Islam diuji, mereka tetap disayangi Allah, tetap dilindungi dan dipelihara. Hidup mereka tetap dilimpahi rahmat dan jalan kenaikan tetap terbuka.
Syaratnya sangat mudah! Andai kita mengingati Allah, maka Dia juga mengingati kita. Andai kita tidak jemu beribadat pada-Nya, Dia juga pasti tida kjemu pada kita. Andai kita cintai Dia, Dia juga pasti mencintai kita semula. Itulah janji Allah yang tidak pernah mungkir.



Bisikkan ke Hati,
'Ya Allah, padamu aku curahkan kasih sayang dan kesetiaan ini. Engkau tempatku mengadu. tempatku meminta dan berharap. Engkau satu-satu penghibur hatiku, penyelamatku kala kedukaan dan penenteram, hatiku dalam kedukaan. Engkau segala-galanya bagiku.



Kredit : Majalah Nur September 2007

Sep 1, 2007

Kegemaran ku....

Rancangan2 TV....
Ni yang memang aku dok layan selalu..
Memang tak pernah miss..
Dan aku memang gila tgk tv....

:)











dan rasanya ada lagi kot yg tak list kat sini....
tu tak termasuk movie lagi....
kalau tgk tv tu remote mmg tak lepas punya la...
hehehehe

Kalau sudah jodoh


Dapat email dr sahabatku....(miss u Jijah...)

Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersamamasalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahilpula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan.Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.

Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.Semua benda,pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu

.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat.Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Muhasabah diri

Dulu aku pikir aku la manusia yang paling teruk di dunia ni..cepat marah..cepat merajuk....tak pandai komunikasi....dan macam2 la..
Tapi bila aku balik kerja kat kampung aku ni..baru aku tau ada manusia yang lebih teruk lagi.....yer la...hari2 asyik marah..marah lak tak bersebab..sampai ada org takut nak berdepan dgn dia...ada aura negatif lak...tgk bayang kereta pun org sekeliling dah kecut perut....ganas kan..?dan dia mmg terkenal dgn prestasi ala2 singa klon harimau....


Dan kadang2 aku terpikir gak..ada kah dia tau erti muhasabah diri? pikirkan balik apa yang telah dibuat pada hari ni..pikirkan balik apakah aku pernah menyakiti hati org lain....adakah aku membuat org lain menangis kerana aku..adakah aku buat org gembira kerana aku...dan kenapa ada org masih lagi tidak berkeperimanusian.langsung tidak takut akan caci maki hamun org..langsung tidak takut akan kebencian org lain..kenapa dia tidak pernah berubah...dan kerana itu aku terpaksa bayar atas sikap dia..betapa aku tersiksa kerana dia..hanya kerana niat baik aku mahu pulang ke kampung,bersama kedua ibubapaku....tp aku akhirnya tersiksa...dan sering kali terpikir apakah rahmat disebalik semua ini...?


hmm....aku syukur kerana aku masih boleh berfikir dan belajar dari kesilapan...dan aku harap dia juga begitu..kerana dia sememangnya keseorangan...dan juga diberi ujian oleh Allah..tetapi masih tiada keinsafan......

hmm....adakah anda sering bermuhasabah?

Baru start

Permulaan untuk 1st entry

So tak ada idea lagi

Bila dah ada idea baru leh posting banyak2

Sekian harap maklum

:)