Eh betul ker ikut saya ni?

Sep 1, 2007

Muhasabah diri

Dulu aku pikir aku la manusia yang paling teruk di dunia ni..cepat marah..cepat merajuk....tak pandai komunikasi....dan macam2 la..
Tapi bila aku balik kerja kat kampung aku ni..baru aku tau ada manusia yang lebih teruk lagi.....yer la...hari2 asyik marah..marah lak tak bersebab..sampai ada org takut nak berdepan dgn dia...ada aura negatif lak...tgk bayang kereta pun org sekeliling dah kecut perut....ganas kan..?dan dia mmg terkenal dgn prestasi ala2 singa klon harimau....


Dan kadang2 aku terpikir gak..ada kah dia tau erti muhasabah diri? pikirkan balik apa yang telah dibuat pada hari ni..pikirkan balik apakah aku pernah menyakiti hati org lain....adakah aku membuat org lain menangis kerana aku..adakah aku buat org gembira kerana aku...dan kenapa ada org masih lagi tidak berkeperimanusian.langsung tidak takut akan caci maki hamun org..langsung tidak takut akan kebencian org lain..kenapa dia tidak pernah berubah...dan kerana itu aku terpaksa bayar atas sikap dia..betapa aku tersiksa kerana dia..hanya kerana niat baik aku mahu pulang ke kampung,bersama kedua ibubapaku....tp aku akhirnya tersiksa...dan sering kali terpikir apakah rahmat disebalik semua ini...?


hmm....aku syukur kerana aku masih boleh berfikir dan belajar dari kesilapan...dan aku harap dia juga begitu..kerana dia sememangnya keseorangan...dan juga diberi ujian oleh Allah..tetapi masih tiada keinsafan......

hmm....adakah anda sering bermuhasabah?

No comments: