Eh betul ker ikut saya ni?

Jul 30, 2008

No email today



Selamat Cuti Iskraj & Mikraj hari ini.....

yeaaaaaaaaaaa......

Jul 26, 2008

Musim buah kembali lagi....



Buah Dokong



Buah Rambutan


Buah Manggis dan Petai


Buah Kerkup

Alhamdullilah...berkat kesabaran ayah dan mak aku dalam 10 thn lebih ni hampir tiap2 tahun dapat la merasa buah-an tempatan sendiri yg dipetik dr belakang rumah. Banyak gak buah2 yg ada, aku tak sempat nak ambik gambaq...ptg tu tgk ada org kutip buah, ptg esok balik lak tgk tinggal separuh. Rezeki jiran2 dan sedara yg terdekat. 2 thn lepas abg ipar dgn kak aku buat jual buah rambutan...ratus ikat la jugak dpt tu. Thn ni buat 'jual' kat perut sendiri..hehe
Dan baru saja tadi abg dan family dia balik dr KL dan sempat la depa bawa balik semua buah-an tu...(mujur tak sempat kirim bubuh dlm kotak dlm bas) Merasa la jugak mak dan ayah aku makan pulut dgn durian dgn cucu2 depa...walau depa tak reti nak makan pulut..tp aku tgk hentam saja depa mkn pulut tu...
Dulu teringat kalau musim buah-an, aku dgn family sedara semua makan nasi kat dangau kat Kampung Kebun, Arau milik mak aku. Best jugak mkn sana.Dgn ada sungai kat belakang tu,pakat semua bawa makanan skit dan makan semua sekali dgn duk petik buah. Panjat pokok mmg selalu la...yg dok KL, semua pakat balik kampung sbb tau musim buah dah sampai. Aku syukur ada mak dan ayah yg berfikiran jauh ni...mmg hasil pada tanaman ni mmg menguntungkan. Aku saja yg kurang berminat.Kalau bab cucuk tanam ni, aku lebih suka tanam sayur saja. Tp kalau mintak petik buah aku tak kisah la...tp memandangkan aku dah semakin tua, ayah dan mak pun semakin uzur maka anak2 la yg akan ambik alih, so aku kena belajar skit2 bab tanaman ni..ulam-ulaman semua yg ada kat rumah.Skrg ni mak ada, mak yg urus semua, nnt dah tiada............
Sekarang ni dangau tu dah tak ada, tanah mak aku pun diambik kerajaan sbb nak buat tadahan utk elak banjir di Arau.Ayah lak di kerusi roda, mungkin payah skit nak makan2 lagi kat Dangau...kenangan yg abadi...:)





Dan ini bukan buah..tp aku kumpul magnet peti ais @ fridge magnet. Updated 27 Julai 2008. Aku kena ambik gambaq nnt leh tau mana yg hilang. Dan leh pesan kat bibik aku kalau ada yg patah jgn rajin p lak buang kat tong sampah, leh prepare lagi kalau ada yg pecah. Tadi pun anak sedara aku bg pecah kepala kaple Vietnam tu..aku gamkan balik.Harap2 pas ni riwayat kaple tu berpanjangan...huhu
Kalau ada member2 yg selalu p overc yg sudi belikan FM utk aku..sila la..sila la...aku amat berharap leh kumpul koleksi ni..jgn bimbang, aku tak akan order dgn ayaq liuq ada bayaran la leh kasi....kalau bagi free pun aku lagi sukaaaaaaaaaaaaa....hehe

Jul 25, 2008

My SE W910i.......



Baru beli kemarin. Sbb rasa 'jemu' lak pakai jenis lama ni, nokia. Hset kak pun sama lak jenis (saja abg aku nak bg aku geram..eee).Lagipun mmg dah teringin nak tukar hset baru, so beli la yg jenis SE ni. 1st time pakai, ok la jugak. Walaupun ak user friendly mc nokia, tp la susah jugak nak godek2 apa yg ada kat hest jenis SE ni. Muzik mmg power, mmg leh puas hati kalau dengaq lagu. Tapi aku beli pun bukan sbb nak dengar lagu dan kamera dia yg cuma 2 megapixel tapi mmg rasa teringinnn sgt nak tukar hset baru, dan aku nak cari yg jenis tolak. Bukan pakai yg jenis caddy bar ni. Sekali sekala nak ada perubahan apa salah kan..

Beli waktu tu, miss comunication lak dgn sales cina ni.nnt kalau p kedai kalau buat perjanjian mulut dgn sales cina/india harus la buat nota. Bila 1st time tanya dia bg harga2 sekian,siap dgn aku leh budget sekali nak tolak hset lama. Bila p second time lak bertambah lak harga dia..walhal aku jumpa org yg sama, terlebih budget dekat 300 pastu dgn kedai tu tiba2 lak tak leh terima hset lama aku. Banyak sangat songeh aku tak jadi tolak hset lama aku. Waktu mula2 nak lepas tu rasa sayang lak, yer la hset tu kalau leh bercakap mmg dah jadi saksi percintaan,perpisahan,peperangan dan mcm2 per lagi la sbb hset ni kan dah jd sebahagian hidup kita. Semua yg buat gunakan hset..kalau la hset leh bercakap............hmmm

So memandangkan aku dah nekad angkut sebijik hset ni, maka aku mungkin akan 'posa' lunch dan shopping selama beberapa minggu. Nak tungu duit OT dgn claim pun tak lepas2 lagi..mcm hare lak boss aku ni...

Jul 24, 2008

Tujuh Ayat Munijat

Dipetik dari email Opis
Tujuh ayat al-Quran yang digabungkan dengan diberikan nama sebagai Ayat Munijat telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. dan orang terdahulu yang alim serta warak sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai sesusahan dan kesulitan . Bacalah pagi dan petang. Insya Allah anda akan mendapat pertolongan Allah apabila menghadapi sebarang kesulitan atau masalah dalam menangani tugas-tugas seharian bagi menjana kehidupan ini.

AYAT TUJUH DAN MAKNA

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٥١)

Ayat Pertama. Petikan dari Surah At-Taubah Ayat 51 yang maksudnya: Katakanlah (wahai Muhamad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.


وَإِن يَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ۬ فَلَا ڪَاشِفَ لَهُ ۥۤ إِلَّا هُوَ‌ۖ وَإِن يُرِدۡكَ بِخَيۡرٍ۬ فَلَا رَآدَّ لِفَضۡلِهِۦ‌ۚ يُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ‌ۚ وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (١٠٧)

Ayat Kedua. Petikan dari Yunus Ayat 107 yang maksudnya : Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


۞ وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَا‌ۚ كُلٌّ۬ فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٦)

Ayat Ketiga. Petikan dari Surah Hud Ayat 6 yang maksudnya : Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).


إِنِّى تَوَكَّلۡتُ عَلَى ٱللَّهِ رَبِّى وَرَبِّكُم‌ۚ مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلَّا هُوَ ءَاخِذُۢ بِنَاصِيَتِہَآ‌ۚ إِنَّ رَبِّى عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٥٦)
Ayat Keempat. Petikan dari Surah Hud Ayat 56 yang bermaksudnya : Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.


وَڪَأَيِّن مِّن دَآبَّةٍ۬ لَّا تَحۡمِلُ رِزۡقَهَا ٱللَّهُ يَرۡزُقُهَا وَإِيَّاكُمۡ‌ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٦٠)

Ayat Kelima. Petikan dari Surah An Kabut Ayat 60 yang bermaksudnya : Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


مَّا يَفۡتَحِ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحۡمَةٍ۬ فَلَا مُمۡسِكَ لَهَاۖ وَمَا يُمۡسِكۡ فَلَا مُرۡسِلَ لَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۚۦ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢)

Ayat Enam. Petikan dari Surah Fatir Ayat 2 yang bermaksudnya : Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ قُلۡ أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ إِنۡ أَرَادَنِىَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ هَلۡ هُنَّ كَـٰشِفَـٰتُ ضُرِّهِۦۤ أَوۡ أَرَادَنِى بِرَحۡمَةٍ هَلۡ هُنَّ مُمۡسِكَـٰتُ رَحۡمَتِهِۦ‌ۚ قُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ‌ۖ عَلَيۡهِ يَتَوَڪَّلُ ٱلۡمُتَوَكِّلُونَ (٣٨)

Ayat Ketujuh. Petikan Surah Az - Zumar Ayat 38 yang maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhamad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu?
Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.

Di baca ayat tersebut diatas sebanyak tiga kali berturut .Amalkan dengan penuh keyakinan dan istiqamah, anda akan rasakan manfaatnya InsyaAllah. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan.

Jul 23, 2008

Jom Makan : Apple Pie, Nasi Goreng Tomyan dan Ayam Bakar Sos Lada Hitam




Saja masak 2 minggu lepas...Apple Pie ingat nak buat mcm Mcd punya..tp tak jd pulak..kalau Mcd inti dia lembut,ni keras skit, tp ok la 1st time try..
Pastu buat nasi goreng tomyam and then buat ayam masak sos lada hitam tu. Bila jamu semua tanya beli mana,walhal masak sendiri tauuuu..guna perencah sedia ada...yg depa tanya mungkin sbb ada aluminium oil tu, huhu......
apa2 pun mcm biasa yg penting habissssssssssssss..
nak resipi ker...kalau nak nnt tempek..mcm malas la pulak...ngeh ngeh ngeh

Jul 17, 2008

Dari Email : Sepuluh tip mengurangkan tekanan

Dapat dr email opis...panduan utk semua org dan juga aku secara amnya....

SEPULUH TIPS MENGURANGKAN TEKANAN

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja dalam kehidupan seharian kita Antaranya ialah PERTAMA - Biasakan diri berada dalam keadaan berwudu - Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudu sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wudu sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

KEDUA - Perbanyakkan membaca Al-Quran - Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

KETIGA - Banyakkan Solat Sunat - Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

KEEMPAT - Selalu Berdoa Kepada Allah - Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

KELIMA - Bersangka Baik Dengan Allah - Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

KEENAM - Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah - orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

KETUJUH - Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat - Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis atau penyakit tiga serangkai.

KELAPAN - Menangis Dengan Sepuas Hati - Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja secara kebetulan penulis saksikan sendiri.

KESEMBILAN - Hargai Kebolehan Diri Sendiri - Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

KESEPULUH - Cintai Diri Sendiri - Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya - Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya, InsyaAllah
.

Jul 6, 2008

Sakit Kepala ku..

Hari ni potong rambut..

Dah nekad sangat dah...

Sakit kepala semua ada...sejak akhir2 ni kalau terjaga dari tidur mesti rasa berpinar mata saja...rasa pusing2..cuma tak pengsan saja...Semalaman puas muntah2..pening,langsung tak leh tido..

bangun td bgtau kat mak dgn kak, depa suruh minum air asam keping, pahittttt..
Ayah lak kata aku selalu tido lewat....hmmm
pastu suruh mak potong rambut sampai habis pendek rambut aku ni, cuma tak botak terus saja...Banyak jugak tgk rambut aku tu..sayangnyerrrr....tp terpaksa,Kadang rimas kalau simpan rambut panjang sgt ni...
Pastu cek tekanan darah kat rumah, kak kata ok..normal la kan...

Harap2 pasni ok la sakit kepala ni,kalau sakit pun tak pa kan..leh MC lama2 skit. Huhu...

Jul 3, 2008

Disaat2 MC hari ini...

Hari ni aku kat rumah...
MC..tp sempat lagi tu update blog dgn masuk forum..hehe
lagipun aku sakit perut pastu nak rehatkan kepala otak dan jiwaku..
so mc la....tu pun sempat lagi aku dengaq khutbah dr makcik tu sblm balik rumah..hampeh gas betulla..

dan balik rumah tgk ada lak parcel yg aku tunggu2..
syoknyerrr...




ni buku yg dpt kemarin...terima kasih Juju @ CariForum yg sudi tolong belikan..mmg payah nak dpt buku ni..aku p KL hr tu payah nak jumpa..best seller la katakan...
semalam baca sampai ke bab 5..mmg best...dpt tau kisah kehidupan org Mesir mcm mana...samping tu leh la belajaq skit bhs arab dll..mmg banyak ilmu yg leh dpt,terutama ilmu tgg Agama...setidak-tidaknya novel2 cintan cintun skrg ni tak la terlalu fokus pd kisah uda dan dara yang terlalu over, ada gak isi2 yg logik dan bernas leh dpt. Cuma kena pandai cari pengarang yg betul2 berwibawa saja la.Dan buku ni lahirnya filem ayat-ayat cinta yang tgh tunjuk kat wayang skrg, mai tang aku buku tak habis baca lagi,wayang pun tak tgk lagi..so tak leh nak review mana2 pun..nnt dah habis baca baru leh stori mori kat sini skit...



pastu hari ni dpt lagi 3 buku dr JemariSeni...baru saja sampai...so tak belek2 lagi....
paling teruja nak baca kisah gurindam jiwa tu...karya hlovate...pasti gempak...



pastu ni FM yg aku baru beli.....cantik tak? comel sgt yg kucin2 tu...yg gambo KLCC tu dpt free sbb opis yg buat.... tu cuma sebahagian saja dr koleksi FM aku..best jugak kumpul FM2 ni...tak la mahal sgt..dan hanya memerlukan peti ais utk menampal koleksi2 anda itu semua....


pastu beli benda hiasan ni kat wanitamelayu.com. Link dia ada kat menu bawah tajuk FORUM sebelah kiri blog ni. Yg panjang2 tu aku panggil cucuk2 pokok. Tak tau kat mana nak letak,nmpk gaya mcm nak kena beli pasu dgn bunga baru pulak. Tunggu bulan depan saja la,budget dah terlebih sudahh.

So hari ni aku nak masak, baca novel dan tidur skjp..masih lagi rasa sakit nyut nyut ni...tidur mesti best sbb hujan...fuhh..

so selamat berMC kepada yg MC hari ini..
ngeh ngeh ngeh