Eh betul ker ikut saya ni?

Jun 23, 2010

Dari Rencana : Meninggal Dunia Selang 15 minit

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin.



--------------------------------------------------------------------------------


JASIN - Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.

Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.

Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.

Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.

Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.

"Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.

"Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Kesang Jaya di sini semalam.

Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.

"Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.

Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.

"Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.

"Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya

===========================================================================

Sebak baca berita ini pagi ini..terus teringat arwak mak dan ayah aku (walhal mmg hari2 aku selalu teringatkan mereka ). Kisah mereka sama saja...sehidup semati..arwak mak aku yang agak sihat pergi dulu tanpa sebarang pesan kemudian diikuti arwah ayah aku yang memang sakit 33 hari selepas itu....sekejap mmg sekejap..ayah mmg nampak kesunyian dan aku tahu dia pendam dalam hati..terlalu memendamsehingga dia pergi pun tanpa pesanan...kami sangkakan dia sihat setelah keluar dr hospital tapi cinta dan rindu ayah terhadap mak bawanya pergi meninggalkan kami...

ohhhh..aku dipejabat sekarang...cuba mencari seuatu utk aku hilangkan keresahan hati ni..kerja aku kemana..fokus ku hilang...aku cuba menyibukkan diri tapi hasilnya tetap tidak ada..kosong jiwa aku...aku tak terdaya lagi menulis catatan ini...biarlah aku simpan sedikit demi sedikit coretan dan akan aku kumpulkan disini...

maaf nyer....

Jun 16, 2010

Maaf....

Maaf kawan2 ku semua...juga kepada mereka yang baru menjenguk ke blog ku...
blogku masih kosong untuk berbicara panjang...lidahku memang kelu..jariku membeku..otakku buntu...jiwa aku beku...
jika sebulan lepas aku terkapai2 kerana kehilangan seseorang yang berharga kepada ku...kini genap seminggu aku kehilangan lagi sebelah nyawaku...menjadi dua..'nyawa' ku umpama melayang......





















hibanya hidupku..kerana aku kini anak yatim piatu.....

Jun 1, 2010

Berapa lama............

diperlukan untuk hilangkan kesedihan kerana kehilangan orang tercinta..............................


seminggu.............?


sebulan.................?


setahun..............................?


selama-lamanya................................?


May 31, 2010

aku ingin sembunyi....

Alangkah bagusnya kalau aku dapat menyembunyikan isi hati aku..riak sedih wajahku dari tatapan orang lain...

aku mahu menangis..menangis semahu-mahunya..
aku mahu menangis..menangis luar dan dalam...menangis sampai bengkak mataku..sehingga menitis air mata darah...asalkan aku dapat mengembalikan semula ketenangan jiwaa......asalakan aku dapat menerima kenyataan hidup yg makin menyisakkan hati ku..buat ku rasa lemah...hari ke hari tiada gembira..tiada ketenangan...hanya kesedihan menyinggah hidupku....
hari ini masuk office pun aku tak daya nak buat kerja...punya la semangat berangan nak siapkan semua ekrja hari ni..tp mmg dah terdaya....hati dan mindaku teringat ayah dan arwah mak...teringat dan takut yg aku tak boleh berada di sana bila tiba masa...........
aku mmg dah tak ada gembira tinggal di sini...
bila di kampung.....'keseronokan' di Shanghai tiada makna..tidak leh lawan dgn keselesaan ku dikampung...ya kampung....walau hanya kampung itulah damai di hati ku........
aku rindu kat arwah Mak...sungguh rinduuuuuuuuuuuuuu

Dugaan lagi.....

Semalam..kul 11 malam aku balik ke KL naik bas...tidur terus dlm bas sambil nangis2 lagi ( biasa la tak cukup lagi sebulan..sedih kehilangan arwah ibu masih lagi terasa )...pastu kul 6 pg tiba2 saja terjaga..abg aku lak call yg ayah masuk wad...semalam sblm keluar dr rumah aku tgk ayah mcm tu biasa saja..sakit kaki..kebas....pening...sakit belakang....mcm tu gak..tp tak sangka lak ayah sakit, penat sampai kena masuk hospital....aku dah mula cuak ni..teringat yg aku tak ada disisi arwah mak...malah aku berada di luar negara waktu tu...kini aku berjauhan lagi dgn ayah..aku msg abg aku nak balik malam ni...tp abg kata tak payah....aku rasa mcm tak mau ikut cakap dia saja....mcm la hr tu dia sms aku bgtau pasal keadaan arwah mak..tup tup...hmmmmm


nak balik jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!!!

May 17, 2010

aku tak mampu.....

Ya Allah..!

aku rasa nak lari dari sini..lari dr semua orang2 yg mengucapkan salam kepada ku..
aku rasa nak mati...utk bersama arwah..
aku rasa nak lariiiiiiiiii..

aku tak terdaya..aku tak mampu.........

aku..aku anggap ini hanyalah mimpi...

ya mimpi..Arwah akan kembali..kembali ke alam nyata................

Mar 4, 2010

Pindah rumah............

hohoho.....


aku pindah rumah dgn abg,kakak ipar dgn 4 org anak depa...
alkisahnya pasla rumah ni...
rumah yg abg dan kakak ipar aku beli nak belum siap lagi...belum siap nyer mcm kat bawah tu masih lagi tak bubuh simen...dinding pun tak habis cat lagi...rangka dapur jd rangka saja...tingkap dgn pintu belum pasang lagi..bilik air pun tak siap...cuma bahagian atas bilik kami semua saja yg siap.itupun dlm 70% saja..so apa korang rasa kalau kena keluar rumah yg duk skrg kalau rumah baru jd mcm tu?


abg aku dah cakap kat tuan rumah (yg org melayu beragama islam) yg kami sewa tu..mintak extend sebulan ka...tp dia tak nak sbb budak2 yg br nak masuk tu nak keluar dr asrama...kena keluar atau dipaksa keluar ka...atau kena halau tak leh duk asrama aku tak check lak pokoknya mmg depa nak keluar dr asrama la...so sbb dia 'budak2' tu dia bg la depa masuk gak..tp dia tak kesian kat kami yg mmg terpaksa nak merempat la...nasib baik abg aku ada jumpa hotel budget yg betul2 dekat dgn rumah...so kami semua tidur kat situ la...aku waktu nak pindah tu punya la pening nak duk mana..nak cr yg budget penginapan kat KL..yg dekat2 dgn tempat kerja payah la...pening dgn tension time tu...lagi satu korang tau tak...dlm masa kurang seminggu saja tuan rumah bg kami pindah...dah la abg aku ni ada anak2 kecik..paling besaq budak darjah 4..yg kecik umo 3 tahun tak ker bagi masalah..walau rumah makpak merya abg aku kat area tu gak...tp kalau kami semua pakat duduk lagi la susah..kurang selesa..bukan nak kata apa la..klu rumah sebesar istana..bilik kosong banyak..tak ada masalah la..tp takkan nak susahkan depa pasal ni kan..tolong simpan brg berharga dgn tolong masakkan nasi utk kami makan malan dah kira ok dah..syukur sangat2...



so dah 4 malam kami semua lepak kat hotel tu..ok la selesa skit...tp,rasa ralat la dgn kontraktor yg aku rasa mmg lembap gak la buat kerja..bila bg kerja kat org sebangsa kita jd mcm ni lak..bila bg kerja kat bangsa lain kata tak nak tolong bangsa sendiri so nak buat mcm mana....dulu sblm raya aku tgk dapur dgn sinki jd rangka..ni aku p tgk hr sabtu tu (minggu lepas) rangka tetap jd rangka...hmmm punya nak jimat bg dua org bangla saja yg buat kerja...adoiiii apa nak jadi ni......
pastu...duk hotel budget harusla mlm2 aku nak tgk FB ka..main tenet la harus tak ada..hotel aku duk ni separuh bintang...mana la free wifi ker...tp tak per la mcm la ada org nak rindu kat aku kalau aku tak masuk FB lama kan..? haha...



sblm nak pindah tu dan tau ada htl murah leh duduk..ada la anak sedara cakap nak duk rumah mem besar tu...huhuhuhu aku kata kat dia


no way!maksu sanggup duk merempat drpd duk rumah dia...plzzzzzzzzzzzzzzz


dia diam..


ok la..nnt gambo aku tempek la...



ps: ralat la ada sorang budak tu kot la nak tolong aku pindah rumah hr tu...kot2 nak tanya perkembangan aku pindah rumah ni...ntah la...sedih sangat...

Feb 22, 2010

Dari Berita : Perancis beli memoir Casanova


PARIS 21 Feb. - Perpustakaan Negara Perancis membeli memoir kaki perempuan terkenal kurun ke-18, Giacomo Casanova yang pada mulanya disangka telah musnah ketika Perang Dunia Kedua berakhir.

Memoir Casanova yang mengandungi 3,700 muka surat yang pudar dan kekuningan berjudul Histoire de ma Vie (Kisah Hidupku) itu ditemui terbungkus di dalam berpuluh-puluh kotak yang telah dipindahkan ke kawasan yang selamat beberapa hari sebelum Jerman dibom pada tahun 1945.

"Semasa Perang Dunia Kedua tercetus, Leipzig telah dibom tetapi kotak tersebut ditemui di tingkat bawah tanah sebuah bank di mana ia telah disimpan.

"Semuanya berada dalam keadaan yang baik," kata kurator perpustakaan tersebut, Marie-Laure Prevost kepada TV Reuters.

"Semua orang ketika itu sangat terharu apabila manuskrip itu ditemui. Malah, Churchill turut bertanya sama ada memoir itu terselamat daripada pengeboman tersebut," katanya.

Pihak perpustakaan negara Perancis membayar kira-kira 7 juta euro (RM32.3 juta) untuk memoir tersebut, yang ditulis oleh Casanova semasa bekerja sebagai pustakawan pada tahun 1789.

"Manuskrip Casanova itu merupakan pembelian yang sangat penting yang dibuat oleh pihak perpustakaan... Dan pastinya ia adalah sebuah sejarah hebat dari sudut pandangan warisan dan kebudayaan," kata ketua perpustakaan, Bruno Racine.

Casanova menceritakan kisah asmaranya dalam memoirnya itu, yang diubah secara berturutan sehingga kematiannya pada tahun 1798.

"Ia merupakan antara teks yang diterbitkan di dunia dengan ratusan penerbitan dan... ia seringkali diperbaiki, dipinda dan dipalsukan.

"Jadi, apa yang penting untuk kami ialah untuk mencari yang tulen," kata Racine.

Pembelian itu dibiayai oleh sumbangan peribadi dan pihak perpustakaan berharap pameran manuskrip itu dapat diadakan pada musim luruh 2011.

Casanova atau nama penuhnya, Giacomo Girolamo Casanova de Seingalt lahir pada 2 April 1725 dan meningkat pada 4 Jun 1798 pada usia 73 tahun.

Memoir tulisannya itu disifatkan sumber paling sahih yang menggambarkan mengenai adat resam dan nilai yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Eropah pada kurun ke-18.

Casanova juga sangat terkenal sebagai seorang kaki perempuan, sehinggakan namanya kekal sinonim dengan perlakuan seumpamanya ke hari ini. - Reuters
sumber : Utusan Malaysia 22 Feb 2010
=====================================================================================

Aku teruja baca berita ini..Sebabnya pertama mereka2 yang mengabdikan diri dalam Sejarah telah berjumpa dengan memior yang hebat yang ditulis oleh seorang yang 'hebat. Yang kedua, aku mmg percaya memoir ini yang ditemui semasa perang Dunia ke dua itu telah ditangisi oleh mereka pecinta sejarah kerana.....ahhh hasil sejarah ini tidak boleh diungkapkan dengan kata..speechless..dan yang ketiga memoir ini dikatakan menerangkan dengan tepat sejarah peradaba, sosial, cara hidup masayarakt Eropah pada abad ke 18. Banyangkan memior ini mengandungi hampir 3,700 muka surat sudah tentu ia menceritakan secara terperinci luahan hati sang penulis. Lupakan yg beliau adalah seorang kaki perempuan atau lebih tepat lagi Casanova yang penting hasil tulisannya memberikan imaginasi kepada kita tentang masa lampau..

Dan aku adalah seorang peminat masa2 lampau ini...kehidupan pada abad 15,16,17,18 dan 19 memang mengasyikkan aku..malah banyak koleksi DVD aku berkisar mengenai zaman lampau jadi pilihan utama. Dan aku plan dalam masa 5 tahun akan datang aku akan ke Scotland/England/Ireland/Vienna untuk melihat istana-istana lama dan meninjau tinggalan sejarah di sana...itu matlamat aku....ada sapa2 nak ikut???

So meh layan gambo Casanova ni...



Ni gambo dikatakan Giacomo Casanova tu..hamsem dak?



Yg ni...hansem?



Klu yg ni...opkos la maintain hansem..hehehe

Feb 11, 2010

Dari berita : Apa dosa bayi perempuan ini?



Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my


KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL

--------------------------------------------------------------------------------

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

============================================================================

geram aku dgn spesies manusia mcm ni...dah la pandai buat projek tp tak pandai nak tanggung salah sendiri...waktu sedap hang pa dok 'jolok' sana sinun hangpa tak pikiaq nooo..mmg c e l a k a betui manusia mcm ni..kalau aku leh menjatuhkan hukuman pada 'haiwan' ni mau saja suruh p ke tali gantung...awat hangpa ingat hangpa letak kat rumah org..hangpa biaq bg mati bayi tu hangpa akan lepas la????pikiaq skit la..benda ni akan hantui hangpa sampai ke akhirat tau dak???otak duk kat kepala lutut ka?bangang punya betina...sundal punya jantan...tak tau ka ada org yg berkhawin bertahun2 tp tak ada anak..susah nak dpt anak hangpa senang2 saja nak buang no..igt kain buruk ka..dah la tinggal mcm tu bg semut harung lak..buat betul mcm bangkai haiwan..apa yg dah buat kira membubuh tau dak??walau hangpa tak hunus dgn pisau..tak lepaskan tembakan ka tp apa yg buat ni sama saja dgn membunuh..patut di bicarakan sama dgn kes pembunuhan!patut tanggung kesalahan yg besaqqq...pikir la tak semua org akan condem apa yg tlh hangpa buat..salah tetap salah tp masih ada la terbuka pintu taubat tu..semua manusia buat salah.dah salah melakukan zina..lagi nak tambah salah sbb buang bayi..atau lebih tepat lagi MEMBUNUH bayi!jangan la berfikir sempit sangat...ingat la skit..lebih baik hangpa kena pukul dgn mak ayah ka..kena buang keluarga ka..dapat jantan yg tak pandai nak tanggung salah sendiri cuma tau 'jolok' harta org saja..biaq pi la semua tuu jangan tambah lagi kesalahan lagi..tolong la jangan buang bayi tu..walau dia masih hidup ka waktu hangpa buang tp kalau org lain tak jumpa beberapa hari pun akan mati jugak...kalau dah sampai saat2 nak bersalin tu..bersalin la cara yg normal jangan paksa diri bersalin sendiri dgn niat nak bunuh...kesian la kat bayi tu...itu benda bernyawa..amanah ALLAH dr kita...makhluk ALLAh jugak..sama juga dgn diri kita ni sendiri..adoiiiii apa la yg hangpa ni pikiaq...

kalau sapa2 yg kat luar tu ada masalah mcm ni...tolong la jgn buat mcm ni la...ingat ALLAH tu maha pemaaf...jgn tambah lagi masalah..benda ni akan menghantui diri kita sampai ke mati..ingat la..cuba la hangpa pikir nnt budak2 tu besar nnt mcm mana...mak ayah dah tak tau sapa..pastu kena buang la tepi jalan...sedih tau...baik kita susah di dunia..jgn susah di akhirat...rezeki tak ada kat sini tp rezeki kita ada di tempat lain..biaq p la org nak condem pun sbb kita ada anak luar nikah...berani buat berani tanggung la nyerrr

-peace-

Feb 7, 2010

Separuh jiwaku pergi KERANA aku hanya wanita biasa....




Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

(*)
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

(Ulang *)

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua









Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadangku kuat setegar karang
Kadangku rapuh lemah liar merana..

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku.