Eh betul ker ikut saya ni?

Showing posts with label Feeling. Show all posts
Showing posts with label Feeling. Show all posts

Apr 20, 2011

Dia yang terbaik.....

Aku senang sekali berkawan dengan dia
walau hanya dalam alam maya
ia tetap mewujudkan satu persahabatan bukan?
tetap mewujudkan satu perasan kan?

DIA ADALAH YANG TERBAIK PERNAH BERLAKU KEPADA KU
ya...betul..dia yang terbaik pernah berlaku pada ku
walau hanya berbicara tanpa suara..tanpa bersua wajah...dia tetap istimewa..
hampir seluruh masa ku..masa kami..hanya untuk kami berdua...
pagi masuk kerja..wajib berbicara sblm pukul 10 pagi
tengahari juga wajib...menanyakan khabar ttg sudah makan atau belum..
petang juga wajib berbicara...untuk mengucapkan selamat tinggal kerana perlu pulang ke rumah..
malam selepas isyak juga sangat wajib berbicara..berbicara tentang lebih santai..kadang2 lebih bersifat peribadi..
kalau mengantuk tidur awal sblm jam 12..kemudian sambung pada jam 4 pagi sehingga subuh...dan sambung bila jengah ke opis jam 9 sehingga 10 pagi itu...
terlalu banyak berbicara...walau banyak 'kerepek' tetapi tetap manis...tetap tersentuh hal perasaan..hal hidup...makin hari makin cuba mengenali dan sememangnya kenal dia itu sapa..apatah dia juga mengenali siapa aku..dan lebih hebat dia telah melihat 'aku'..banyak kisah hidupku dia cuba 'korek' dan ternyata dia x kisah semua itu...dia sememangnya menerima diriku ini seadanya..
ITULAH YG MEMBUATKAN AKU TERTARIK PADANYA...

tipula aku cakap kalau aku tak simpan perasaan aku pada dia..
dan aku rasa dia juga simpan perasaannya pada aku..
mungkin dirasakan terlalu banyak halangan...hanya bahasa kiasan yang diberi...(mengharap untuk memahami)

dia membimbingku untuk jadi muslimah yang sejati..aku cukup senang dan aku cukup terharu..
dia mmg pilihan yang terbaik..
dia mmg insan terpilih...
dia mmg terbaik...

tp dia tetap pergi begitu saja..meninggalkan aku sejuta tanda tanya
seperti yang lain...
adakah aku tidak layak menemani dan menemani seseorang di dunia ini..
tidak layakkah aku untuk menyanyangi dan disayangi?

maka air mata menitik setiap hari hampir sebulan lamanya..
merintih kemana dirinya
merintih kerana balasan atau dugaan yang Allah berikan kepada ku..
hinakah aku sebagai hambaMu ya Allah?
kini lelaki baik jua Kau hilangkan ia dari penglihatanku..

aku hilang pedoman..
hilang panduan..
hilang pertimbangan..
amarahku kepadaMU tiada batasan..
aku mogok kepadaMU ya Allah..
kerana aku rasa tiada makna hidup..
tiada tahan dugaan yang datang bertimpa-timpa...

kenapa org lain tidak Kau berikan dugaan sedemikian....

Terima kasih yu...walau hanya sekejap...tetap ia satu kenangan manis..
walau apa tujuaanmu...walau hanya muncul untuk MEMPERMAINKAN....
terima kasih jua..sekurang-kurangnya ia tetap satu kenangan yang GEMBIRA....
satu kenangan yang MANIS...

kerana....

KAU ADALAH YANG TERBAIK PERNAH TERJADI DALAM HIDUPKU...

Mar 29, 2011

Kehilangan......



Ini bingkisan pertama aku dari Korea...setelah 5 hari berada disini...


Apa yg aku ingin titipkan bkn sbb perjalananku di Korea ttp lebih ingin bercerita ttg kehilangan...

Bg aku hilang sesuatu..hilang seseorang sudah biasa bagi aku...aku sudah hilang separuh nyawaku iaitu ayahanda dan bonda...hilang kawan lelaki tanpa sebab...hilang maruah diri...hilang sebahagian harta kerana mudah percaya pd orang dan kesiankan orang....dan hilang jiwa dan raga..hilang keseronokan dalam hidup...hilang kawan baik...hilang tempat utk mengadu..hilang segala-galanya...


sbb tu bila aku hilang beg duit aku..aku rasa mcm jiwa kosong...hilang duit dan segala kad2 dlm tu buat aku rasa mcm 'biasa'..Ya..mmg la aku marah sbb lepas tu aku nak kena menapak tangga nak buat lesen..nak buat ic la...hilang duit..hilang gambar 'pakwe'..(nasib baik pasport ada)..aku rasa mmg betul mcm jiwa kosong..

aku rasa Tuhan mmg tak nak bg aku happy...Dia saja nak aku rasa tak bahagia...nak aku rasa hopeless...hmm betul ker?

hmm..aku dah rasa mcm langli nak terima segala dugaan yg Kau berikan..hidup bg aku mmg tak ada makna kepada sesiapapun...jadi utk aku hidup lagi???

Kau berikan aku ruang utk mengenal si dia...dan si dia tp Kau berikan aku harapan palsu...kau berikan aku harapan utk bekerja bersama dgn si dia dan si dia..tp Kau temukan aku sekali lagi aku dgn mereka...Kau berikan aku rasa bersalah yg sangat2 kerana tak daya menjaga mereka...sehingga skrg aku menyalahkan diriku kerana kehilangan mereka...segalanya2 Kau berikan aku harapan palsu....aku rasa mcm tak layak utk berbuat apa2 dlm hidup ni...tak layak utk hidup..ak layak utk bahagia...sedangkan org lain Kau berikan segala-galanya....utk aku?

hanya air mata setiap hari...itu saja yg mampu ku luahkan...


tiada makna kehadiran ku kepada sesiapa...kenapa aku yg Kau tidak 'hilangkan' dimuka bumi ni?

Mar 18, 2011

Apabila hati ini ditipu.....


Sedihnya apabila rasa diri ini ditipu....apalah dosa masa lampau yang buat diri ini sentiasa ditipu...tak layan salah..bila dah layan jadi mcm ni,senang saja ditipu,senang saja nak mengelak dr aku...tak tau la apa badi yg ada kat aku ni...


awat org lain senang2 saja ada pegganti..senang berkawan?senang berpasangan?aku ni teruk sangat ka?nak kata aku berkawan dgn org2 yg teruk x ada la pulak..ada lagi yg teruk dr tu...ada gak yg ala2 mcm ustaz yg aku berkawan..tp tetap gak hilangkan diri..


bila aku tak cari ada yg muncul..bila aku cari tak juga muncul2....malu2 kucen ka?


sakit hati sangat bila pikiaq sesenang diri nak hilangkan diri...dah rasa mcm2...dah bagi mcm2...mcm tu saja hilang...apakah tiada makna sepanjang kita berkawan tu?apakah saja suka suki nak bersembang sampai ke pagi...saja suka-suki selalu duduk depan pc tunggu kita ni online...saja suka-suki khatam blog kita...saja suka-suki cari maklumat pasal kita...saja suka-suki ka semua tu...??????


Ya Allah...aku dah tak daya menerima segala dugaanmu..cukupla dugaan berat Kau berikan kepadaku dengan Kau mengambil kedua-dua nyawaku...Ya Allah...apakah yg ingin Kau tunjukkan kepadaku..adakah aku akan bersendirian sehingga ke akhir hayat?

Ya Allah...aku redha..jika itu yg Kau sudah tetapkan di azali....aku terima sedayanya.....
ps: ai dont know klu yu masih HIDUP...kalau yu masih boleh SKODENG blog ai...kalau yu masih ingat pada ai..klu yu masih ingin tegur kalau ai terbabas solat subuh...ajak membaca Yassin dimalam jumaat untuk kedua2 arwah Ibu bapa kita...kalau yu masih ada perasaan...tolonglah bgtau apa yg sebenranya yg terjadi...jgn buat ai mcm ni...atleast jgn tipu ai....kalau tak bg ai..yu sudah MATI....

Mar 7, 2011

Mencari Mohd Aazad Mukriz B Sufyan


Ada sapa2 kenal tak mamat yg nama kat atas tu?

Aku x ada gambo dia..cuma tau nama penuh dia...tempat dia kerja iaitu kat PJ..full address x ada...no phone tak ada...dia kerja as Mechanical Drafsman..boss dia pompuan cina...

sapa2 yg ada TERkenal dia bgtau eh...dia ada 'HUTANG' dengan aku ni...






ps:i hate mylife...hate hate hate!!!!!!!
and hate U who always keep me in tears. what point keep me alive!!!!!

Feb 2, 2011

ku mencintaimu lebih dari apapun meskipun tiada satu orang pun yg tahu...TP mengapa kau jua yg kurindu walau sdh ku tahu payah bersatu hidup denganmu.




Kekasih Gelapku

* ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yg kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yg panjang dalam hidupku

repeat *

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

kekasih gelapku






Kemelut Di Muara Kasih

Seandainya dapat kau selam
Sambil mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang di permukaan
Dan di dasarnya bergelora

Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
Tidak ku temu jawapan

Seandainya dapat ku lari
Jauh ku pergi membawa diri
Sebenarnya langkah terkunci
Antara kasih dan juga budi

Mengapa kau jua yang kurindu
Walau sudah ku tahu
Payah bersatu
Hidup denganmu

Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku
Tak pernah walau dalam sekali pun
Kau pinta ku membalas
Semuanya itu lambang kesetiaan mu
Bukannya mengaburi mata ini
Atau sebaliknya

Kita bagaikan pertaruhan
Pada yang menyaksikan
Jauh manakah kita bertahan

Jika ku tersilap
Pastinya di pandang hina
Terlalu banyak sungguh halangan
Terpaksa ku terjah
Aku pun tidak tahu
Apa yang ingin Tuhan tunjukkan
Adakah ini dugaannya
Hanyalah sekadar untuk menguji setiamu

Seandainya hajat tak sampai
Tanah dan badan pasti berkecai
Terkubur harapan di liang cinta
Kasih ini kita semadikan


=======================================================================================

rindunyerrrr aku pada sidia....dahla jauh nun disana tiba2 ada peristiwa pulak berlaku di sana...menyebabkan aku dan dia terputus hubungan hampir seminggu..risau sangat cakapla...sedih aku bila teringat last perbualan aku dan dia berakhir dengan pergaduhan...aku sedih..tp sebenarnya aku takut...takut kecewa..takut dipermainkan lagi...ya aku tahu hubungan aku dgn dia mmg 'complicated', sesuatu yg tak disangka tapi sbnrnya meninggalkan kenangan manis pada aku...aku tahu dia sudah berpunya tp hati ini hmmm..ntah la....adakah aku sendiri yg mencari masalah, adakah aku mementingkan diri sendiri?
Ya Allah, berilah aku petunjuk...tidak layakkah aku mengecapi kebahagiaan?

Dec 22, 2010

Hancur....hancur hatikuuuuu....



hayatilah lirik lagu ni................










ps: serius....hatiku mmg sedih sgt2 hari ni :(

Dec 15, 2010

Mawi - Ayah Aku Rindu Padamu




Ayah..aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini

Ayah..aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak daya ku membalas jasa dan budimu
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapat ku membalas jasamu di dunia ini
Di pagi raya
ku pohonkan kemaafan, keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...
[ Ayah Aku Rindu Padamu lyric found on www.lirik.my ]
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku
tetap redha apa yang mendatang
Di pagi raya ku pohonkan kemaafan, keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...

Ayah..aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini
Ayah..aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merinduimu...

Dec 6, 2010

Salam...

Lamanyer tak menulis kat sini...idea ada banyak tp tangan lambat nak menari2 di keyboard...fikiran masih keliru...cuba nak sibukkan diri dengan bekerja...








Insyallah nnt akan aktifkan kembali....

Aug 9, 2010

Jika itu takdirnya....ayah...

sambungan.................

aku ambik masa lagi untuk tulis n3 kali ini. dan aku masih tak percaya yg aku akan menulis n3 sebegini pada tahun ini..tidak kali ini......ohh hati..hanya airmata pengubat kerinduanku, hanya airmata menemaniku...hanya airmata kekuatanku..hanya airmata luahan perasaanku....


hari ini 9 Ogos 2010 genap 2 bulan pemergian arwah ayah aku...masih belum aku dapat menerima takdir ini walau ayah sudah lama menderita sakit..tp sakit ayah, ayah masih boleh bekerja..mencari duit hanya duduk dikerusi rodanya..hanya berpandukan dengan panggilan telefon ayah masih mencari rezseki..ayah juga masih mempunyai pengaruh dlm politik dia..ayah masih tetap sorang ayah dan seorang suami...

setelah pemergian mak...aku lihat ayah cuba bertahan..bertahan menahan airmata dia...cuba menjadi kuat..dan cuba menhjalani kehidupan dia sebagai seorang ayah,suami dan juga seorang lelaki.ayah cuba bertahan...cuma kadang2 air mata ayah jatuh jugak apabila berbicara tentang mak. ayah memuji mak...menyanjungi mak..ayah rindukan mak..tp ayah cuba bertahan...ayah redha...ayah selalu kata Allah lebih sayangkan mak...mak terlalu baik sebagai seorang manusia..seorang hamba allah dan juga sebagai seorang isteri. ayah ceritakan semua perihal wasiat mereka,semua cerita yg ayah dan mak hanya berkongsi berdua...ayah ceritakan pada kami semua...

selepas mak meninggal aku cuti selama seminggu dikampung..utk meneman ayah..utk berkongsi kesedihan dengan keluargaku..dan pemergianku di shanghai juga tidak disambung..aku tak kisah..aku masih ingat yg kak aku tak mengizinkan aku pergi sbb takut apa2 terjadi pada ayah..aku pasrah..dr malam pertama mak pergi aku tidur sebelah ayah, aku perlu jaga kencing ayah..aku perlu bangun utk bantu ayah..sama seperti apa yg mak buat dulu..kadang2 dlm satu pagi tu ayah akan kejut 4-5 kali utk buang air kecil (kdg2 tak paham knp kurang minum tp kerap sgt buang air kecil)..lelap ke tak tidur tu jgn cakap la..mmg akan sambung tidur lagi siangnyer..nasib baik la aku jenis tak tidur mati...ayah kejut aku terus bangun...dan tak lupa jugak kakak aku dan anak dia meneman gak ayah tidur dibawah,kami buat sbb nak bagi ramai dlm bilik ayah, tak nak ayah sunyi sangat. dan ayah akan bangun utk sembahyang subuh..rutin ayah waktu mak masih ada..kul 9 pagi baru keluar dr bilik..dan lepas subuh tu mak akan buka tv utk ayah dengar apa yg dia leh dengar...ekon tutup...kipas bunyi..ayah akan stay dlm bilik dlm kul 9 pastu makan ubat, sarapan,baca suratkhabar, baca buku, telefon org itu org ini, lunch, mkn ubat,solat zohor pastu masuk balik bilik.kul 6 ayah keluar balik dr bilik, solat zohor..pastu rehat sat..solat maghrib..tgk berita...layan oprg kalau dtg pastu solat isyak..pastu masuk bilik balik..itu rutin ayah bila mak ada. bila mak tak ada, rutin ayah berubah....kadang2 makan tengahari lewat..lepas solat baru masuk bilik dan aku pun terpaksa jugak lewat makan sbb nak teman ayah...semua ni kami buat nak bagi ayah tak rasa sunyi...ayah bukan mcm org lain yg boleh berjalan ke sana sini..ayah hanya mampu bergerak dr bilik ke ruang tamu dan sebaliknya...dunia ayah terlalu kecil bila dia sakit sbb tu kami berusaha sebaik mungkin utk tidak bg ayah sunyi....sebab tu jugak maklang aku (adik ayah yg hanya duk di depan rumah selalu datang waktu siang..dan sebelah malam dia dtg dgn makngah dan pakngah (adik ayah sowang lagi) selepas balik dr masjid..sembang la apa2 saja yg leh disembang...kesian ayah..aku sungguh kesian...kami lak anak2 tak berapa nak rapat dgn ayah kalau bab bercerita..luah perasaan ni semua..lebih pada mak..tp kami cuba gak...kami betul2 cuba...ayah juga jarang aku tgk berlawak dgn cucu dia...anak sedara aku faris..kalau dulu mak ada selalu jd bahan lawak ayah..main tunjuk tumbuk, ganggu ayah sembahyang dgn duk atas sejadah...aku tgk ayah jarang dah nak buat semua tu...faris pun mcm tau ayah sedang bersedih....

dan seminggu aku dapat menjaga ayah...makan minum dia..kencing dia..tidur sebelah dia...itu saja la yg aku rasa ayah sedar aku berada disamping dia...pastu aku balik ke kl semula..kerja mcm biasa...tp hati menderita kesedihan...aku cuba menelefon ayah setiap hari bertanyakan khabar dia..tanya pasla cucu ayah yg semapt bagi kegembiraan mak dan ayah selama dua tahun..dan aku dpt tau gak maklang dan makngah pakngah selalu datang melawat ayah....aku rasa sedikit lega..dan hampir setiap minggu aku akan balik kampung..mmg ditakdirkan aku akan balik...so aku balik walau letih dan hati sedih...tp demi ayah aku balik jugak..

selepas tu aku balik pulak ke perlis waktu cuti wesak day..abg aku pun balik semua dgn keluarga dia sbb time tu cuti sekolah..aku balik 6 june 2010 selepas aku habis kerja di putrajaya..dan sebelum tu aku balik ke kl 30hb..aku masih ingat kul 6 pg aku dpt sms dr abg yg ayah masuk hospital..ayah penat dan pg tu abg aku bw ayah ke hospital dan dia dimasukkan ke wad.aku rasa mcm nak balik saja ke perlis tp abg kata ayah tak apa2 sangat cuma penat skit..dan aku berbelah bagi sbb aku dah janji komitmen aku dgn boss kat opis utk kerja pada 5 june tu...so sejak tu hari2 aku call kampung tanya perihal ayah..aku risau..hanya mampu berdoa dan aku terus mohon cuti minggu depan tu...aku balik ke kampung 6 june..abg aku kat kl ni dah balik awal...depa semua bergilir2 jaga ayah...ya allah penatnya menjaga org sakit...dan waktu tu kami tu tau beban mak menjaga ayah..beban mak mengangkat ayah sampai bagi kesan bg perut dia..abg aku yg badan agak besar pun leh rasa kesakitan apatah kudrat tua mak...dan aku sampai terus ke hospital 6 hb tu...ayah meraung..itu saja yg ayah selalu buat bila masuk ke hospital..meraung bising sampai satu wad leh dengar...kadnag2 bg gak kesan pada kami..kadang2 malu..tp nasib baik di hospital..sapa la nak marah kalau meraung kesakitan kan?aku jaga ayah ikut shift pagi...petang..pada 7hb...8hb...ayah sedar dgn tak sedar org2 disekeliling dia...kadang kami semua kena bg ayah duduk berdiri skit bg dia sedar sapa disekeliling dia...pastu ayah tak larat...ayah nak kena tidur balik..pastu dia meraung...dan 8hb tu...aku jaga shift petang dgn abg sulung aku dan alia anak sedara aku..ayah meraung lagi...sempat gak kami berlawak suruh dia bg sihat..tidur...nnt sihat leh tgk bola piala dunia..kadang2 ayah sedar..ayah kadang sedar kalau kami skit terkasar angkat fia..ayah kadang2 tegur...bagi kami itu lawak ayah..yasin kursi semua dibaca ke telinga ayah tp ayah masih meraung...ayah pada awal minggu di hospitla selalu sebut nama arwah mak pastu dia sedar balik kenapa dia masih mak sbb dia tau mak dah tak ada..tp sedar dia hanya sekejap saja..nama mak masih lagi disebut...dan hari2 akhir ayah di hospital ayah sebut nama mak dan dia tak heran dah..dia sebut nak balik..dia nak balik gak rumah...dan selepas berkira dgn doktor..doktor bg ayah balik 8hb tu petang..aku settlekan apa yg patut..ambik ubat ayah punya la banyak..dan ayah balik dlm kul 6.30 lebih sampai di rumah dalam kul 7 malam...ayah tak sedar...ayah tertidur dikerusi roda dia dgn mulut skit terbuka...kami sangkakan ayah letih sbb tak cukup tidur..ayah tak bercakap sepatah pun...masih tidur...


dan malam tu kami semua berkumpul dirumah...tgk ayah..ayah masih tidur..aku sempat gak bagi ayah makan skit dan ayah nampak leh telan makanan skit...dan pastu abg aku berkira2 nak bawa masuk ayah dalam bilik utk tidur..sbb ayah tak sedar agak susah kalau seorang nak bawa..dan mlm tu aku masih ingat abg aku yg sulung keluar utk beli makanan dan malam agak lewat abg aku yg nombor dia ambik inisiatif cukur jambang ayah...aku tgk ayah senyap dan masih tidur...dan ayah dimasukkan ke bilik..ditidurkan..tidur lak mengiring atau terlentang sbb kami dgr nafas ayah agak kuat...abg aku no 2 call sepupu kami yg di penang kerja sbg jururawat tanya mcm mana nak buat bg nafas ayah kurang bunyi..dia suurh tidur terlentang..abg aku bg ayah tidur terlentang..dan abg aku gak buang gigi palsu ayah..abg aku kata ayah mcm tak mau bg buang..akhirnya buang gak...nak bg ayah selesa...dan ayah pun tidur...dan aku tidur disebelah ayah...aku hanya mendergar bunyi nafas ayah..itu saja yg aku baut utk pikir ayah masih bernyawa..aku pegang bahu ayah utk bg ayah tahu yg aku disebelah ayah...aku pegang ayah lagi...

dlm 2.30 pagi abg aku no 2 masuk bilik nak tgk keadaan ayah...dia pegang..kata ayah peluk sejuk..dia check gula ayah..gula ayah turun lagi...dia telefon hospital..hospital suruh bg gula skit kat ayah...aku pun bagi..ayah leh telan air gula tu skit..abg cek lagi gula ayah..gula ayah masih menurun..abg risau..dia kata nak bawa ayah p hospital..dia call ambulans..ayah perlu masuk wad balik..dan aku kejut abg, kakak aku..call maklang.,maksu dan makngah bgtau ayah nak masuk hospital..aku ke laur rumah...abg call kwn dia suruh tunggu laur standby ambulan..aku tak dpt call maklang so aku ke rumah dia..nasib baik ada sepupu aku yg br balik dr mana tah...aku masih diluar..ayah dipangku abg..dan aku tgk kak sedang ambik nadi ayah..kami semua anak2 disamping ayah..bila kak nak ambik nadi ayah tu..aku diluar bilik tp aku mengadap ayah..aku didepan ayah..bila kak nak ambik nadi aku nampak ayah mcm kena tarik..dia tarik senafas dan terus senyap..aku kelaur balik rumah..aku tunggu ambulans..aku tgk ayah senyap..abg aku mcm dah tau ayah dah tak ada..aku rasa jantung ayah..aku cuba rasa nadi ayah..tp tak ada..abg aku kata kat aku..dah la lin..ayah dah tak ada..dan waktu ambulan dah sampai..dia pun ambik nadi ayah..dua kali..aku namapk hanya garisan datar saja..tp aku tak percaya ayah dah pergi..aku suruh dia buat CPR kat ayah..dia senyap tak terkata..cuma abg aku suruh aku sabar jgn bg aku nangis sbb aku asma...dan ayah mmg dah pergi jam 3.30 pagi dgn semua anak2 disamping dia...

ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

semua ahli kelaurga tau...aku call kawan2 dia..aku sms kawan2 awal pagi tu..apa lagi aku nak buat..nangis nangis nangis!dan aku sedar..pemergian arwah mak 33 hari sebelum tu sebenarnya menolong kami semua menguruskan kematian..semua dah tahu apa yg perlu dibuat..semua dah tahu tempat mana nak dimandikan ayah..arwah mak masih lagi menolong kami semua walaupun dia dah pergi....

arwah ayah rancang dikebumikan dlm kul 11 tp sbb tahu semua anak2 sedara dia di KL dan Ipoh nak balik jadi ayah dikebumikan selepas zohor..alhamdullilah semua sempat balik kecuali menantu PHD dia yg tak balik..ntah apa alasan bodoh dia bagi...bapak mertua kau meninggal tau..bukan org lain..yg lain duk KL pun sempat balik ko knp tak balik..dan saat itu aku isytihar perang kat dia..dan aku rasa mcm malas nak jawap soalan dr org lain knp dia tak balik..argh aku nak pikir ayah aku saja...

tempat terakhir ayah sama dgn tenpat arwah mak utk dikunjung...tempat mandi pun sama...cuma tempat utk dikapankan ayah dibahagian depan..aku dan keluarga dpt lagi pengalaman mandi dan kapankan org meninggal..mmg benar arwah mak menolong..terima kasih mak...sewaktu ayah meninggal tu aku dah cakap kat abg nak ayah dikebumikan sebelah arwah mak tp tengahari tu dpt tau tak ada tempat sebelah mak, sebelah mak dah ada kubur lain jadi ayah dikebumikan di sebelah jalan ke kubur tu...ayah selamat dikebumikan jam 2.30 ptg...

dan mlm tu..kami semua dpt tau ayah dikebumikan sebelah tiang lampu dikawasan perkuburan yang ayah usaha sendiri pasang dan bayar awal thn ni..dan mlm kubur ayah disenari lampu yg ayah pasang..seolah ayah tahu dia akan pergi thn ni....

ya allah...aku masih tak dpt terima kenyataan ini..dua2 meninggalkan kami hanpir serentak..walau ayah sakit lama tp aku masih yakin yg ayah masih boleh sihat...tp allah lebih sayangkan ayah...

ayah pergi 33 hari selepas mak pergi...menamatkan 43 tahun hidup bersama dimuka bumi..
Ya Allah..bahagiakanlah mereka disana...lapangkankah mereka disana..temukanlah mereka disana...

jika aku boleh undur masa....06052010 09062010









Aug 7, 2010

I wish i could........



live the house like this.......


sourounding with neighbour that also have beautiful antique cottage...


that i could visit them in the gloomy evening...



with beautiful scene and building....


or perhaps my wkends transit.... :p


after long day of working......


it's time for me to pemper my body with beautiful dresses.....


for my knight to see......

and carry me to a ball.....


or with romantic this.......


and then dance until the night....just two of us.....


oh of course everybody else to witness our romance......


and also with very VVIP VVIP distinguished guest.....


and of course after the dancing me with friend take some rest at beautiful garden....



and in the morning had a beautiful breakfast with my man.....



and visit market for me to cook to him....





oh so many things that i can cook.....



but iknow..what i do..what i say...what i give..he will happy.. :)


until the night.....


we have a beautiful walk....



so beautiful scene..sound..air that we breath.....



oh i wish i could live on that period....
i really love 17,18,19th century...
mostly in western place
all about that....all about the dress,scene,talk,building.............................
there are so beautiful.....free from any pollution...free from anything that man can destroy it...
and for that i had my collection for period movies and book..full of collection of picture on my pc..
and also my favourite radio is also Opus fm!
oh..if i could be there...and my lips are speechless.............

Aug 6, 2010

Mak.....


Hari ni 6 Ogos 2010...genap 3 bulan pemergian arwah mak...
makin lama makin hati ini rindu pada arwah..tersangat rinduuu :(
hanya Allah saja yang mengetahui isi hati ini...


Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu yang lemah ini...
Tempatkanlah arwah di tempat orang2 yang beriman..
Arwah banyak berkorban di dunia ini.


Ya Allah...bahagikanlah arwah Ibu ku di sana......

Jul 15, 2010

Jika itu takdirnya...........~

aku sebenarnya sedang mencari seribu kekuatan untuk menulis entry kali ini. Memang aku jarang mengupdate blog..kalau ada nak update idea tiba2 hilang..kalau ada pun malas lak melanda..kali ini entry ini adalah seuatu yang tak ku sangka akan menulis dalam masa ini..walau ia tetap akan terjadi..namun aku gagahinya jugak...kerana aku perlu meluahkan sesuatu...sesuatu yang sering aku monolog sendirian dalam tempoh dua bulan ini...


aku rasakan tahun ini adalah tahun yang malang bagi aku..bermula dari awal tahun, sampai pertengahan tahun aku rasakan malang bertimpa2 melanda aku...dan yg paling tragik dan tragis adalah pada pertengahan tahun ini..Mei dan Jun atau lebih tepat lagi pada 6 Mei dan 9 Jun 2010...tarikh pemergian kedua-dua arwah ibu dan ayahku. Ibu ku terlebih dahulu mengadap ilahi pada 6 Mei dan disusuli pemergian arwah ayah aku 33 hari selepas itu pada 9 Jun 2010. Tak habis tumpah airmataku ini kerana pemergian arwah mak, kini airmata ku bersambung pulak ke atas arwah ayahku. Sudah dua bulan permergian mereka, hati dan perasaan ini masih belum dapat menerima kenyataan yang aku telah hilang tempat bergantung. Iyer...aku memang sudah dewasa, ada kerja tetap ada kereta sendiri tapi aku masih berseorangan. Hidupku hanyalah kepada kedua2 arwah...



Arwah ibu ku meninggal ketika aku bertugas di World Expo Shanghai...sebelum aku ke Shanghai aku akan balik ke kampung dan mcm biasa cuaca di kampung terlalu panas. Maka aku mintak pada arwah mak untuk tidur dalam bilik dia sbb bilik arwah mak dan ayah ada penghawa dingin. Sempat aku tidur sana dalam dua malam. Tapi aku rasa pelik yg arwah mak dapat cari tempat yg elok utk aku tidur. Sebelum ini payah aku nak tidur dalam keadaan yang tidak menganggu arwah mak kerana arwah mak kerap bangun pada waktu pagi sbb nak tolong arwah ayah yang terjaga utk buang air kecil. Aku tidur dalam kesejukan dan rasa yang sungguh nyaman. Dan waktu aku balik kali terakhir hr tu, arwah mak sering memuji dan barangkali bersyukur kerana aku balik waktu tu. Adanya aku dapat la menolong dia menjaga ayah. Aku ini anak yg bongsu kan..so senangla kalau depa nak mintak tolong apa2. Kalau kudrat ku kuat sudah tentu senang aku nak mengangkat arwah ayah bangun dr katil atau naik ke kereta. Setakat menyorong kerusi roda ayah ke bilik, buka econ bilik sblm ayah masuk dan paling best aku tolong masak apa saja menu yang aku ingin masak dan pergi ke kedai membeli makanan yang diminta oleh kedua2 arwah. Walau kadang2 rasa mcm bebanan lebih pada aku, tp aku rasa biasa dan cemuhan tu hanya datang sekejap di hati kerana orang yang aku tolong ini, orang yang aku susah payah menjaga adalah ayah dan ibu sendiri...darah daging sendiri..orang yang melahirkan kita di dunia..jadi apa lagi nak dirungutkan...bukanlah satu pahala dan kewajipan menolong mereka.?



aku mula2 terima sms dari abang aku mengatakan yang mak dimasukkan ke hospital sbb sakit perut, tp abg kata sakit mak tak serius dan akan menjalani pembedahan keesokan harinya. Abg bgtau lagi mak suruh jgn bgtau kat aku sbb ini hanyalah masalah kecik saja. Tp abg aku bgtau jugak.Dan aku yang kejauhan ini, yg anak manja mestilah risau sangat sampai aku menangis semahu-mahunya dalam sebuah bilik. Hampir sejam gak terkurung dalam bilik menangis. Sambil menangis tu aku mintak mak pada abng aku suruh mak telefon aku sebelum masuk pembedahan. aku mintak2 jugak sbb hset aku tak ada roaming. Nasib baik la sempat beli no china kat sana. Dan aku gak pertolongan kawan aku untuk sama-sama mendoakan supaya mak aku sihat menjalani pembedahan. Nah! kawan aku siap pergi email pasal ni kat satu opis aku..satu dunia tau pasal ni. Aku terkejut gak tapi terharu.



Dan esoknya aku bekerja macam biasa, dan awal pagi aku kerja aku dapat panggilan telefon,rupanya mak yang telefon. Hanya sekejap saja mak bercakap dgn aku. Tp aku rasa puas...dan aku tak sangka itu yang terakhir..Petang tu setelah habis bekerja shift pagi, aku dan rakan sempat lagi menjamah makanan china di kedai dan kami balik awal gak hr tu, tak p shopping pun. Aku masih ingat time tu di apartment kamu, aku sempat jenguk FB dan sambil dengar lagu Nobody, mula2 aku dapat panggilan dr Abg sulung katanya mak masuk ICU..somtehing like that..pastu aku rasa cuak dah aku terus call kawan yg kerja opis kat sana kata aku nak balik tgk arwah mak (waktu tu aku xtau mak dah jd arwah)..dalam masa yg sama dalam hatiku aku mintak arwah mak bertahan dan tunggu sampai aku balik...aku mendoakan kan agar keadaan arwah mak tak serius...pastu selang beberapa saat saja aku dpt panggilan dr kawan aku yg lain yg kerja kat sana gak bgtau perihal arwah mak..menangis aku ketika itu dan perasaan aku memang bercelaru dan tak boleh nak pkir apa dah.Yang aku tau pejabat sana sedang menguruskan kepulangan aku ke Malaysia.Aku pun blur nak pack barang, nasib baik ada kawan yg sudi tolong...dan aku cuma pack barang utk hand carry saja..aku tak nak masuk barang dalam kargo sbb aku tau mesti aku kena tunggu lama. Dan waktu tu aku sms semua ahli keluarga aku suruh depa tunggu aku jangan kebumikan jenazah arwah mak sebelum aku sampai. Abg aku kata dia akan tunggu cuma aku kena sampai di rumah sebelum kul 12 esoknya. Dan aku janji aku akan sampai sebelum kul 12...dan akhirnya penerbangan yang aku dapat adalah pada jam 12.00 tengahmalam menaiki Singapore Airline terus ke Penang. Aku transit di Singapore.



Sepanjang menaiki kapal terbang...tunggu di airport jangan cakaplah beberapa kali derai airmata ni turun. Aku menangis dengan bertemankan baju sejuk pemberian arwah mak sebelum aku ke Shanghai. Aku menangis sampai ditegur oleh Pramugari SIA..terima kasih sbb dia sudi meneman aku seketika, membawa beberapa helai tisu dan memberitahu dimana surau terletak. Terima kasih dik! Aku mmg tak boleh tidur dan tangisan tika itu hanyalah penguat aku. Aku rasa mcm mimpi...aku masih tak percaya yg arwah dah tak ada.



Akhirnya aku sampai ke Penang dalam jam 9.30 pagi. Kawan aku dari pejabat lama tolong jemput aku dr Penang Airport. Alhamdullilah, timing flight aku tak delay pun maka cukup2 masa aku sampai ke rumah. Dalam perjalanan dr Penang-Perlis yang boleh mengjangkau 2 jam leh menjadi 1 1/2 jam sahaja..alhamdullilah sekali lagi aku selamat sampai ke rumah. Bila aku sampai ke rumah, aku dah lihat banyak orang..aku masih tak percaya di hadapan rumah ku terbentang jasad mak..aku melangkah longlai dan aku tak ingat sapa yg berjalan beriringan bersamaku..aku berhenti di satu sudut sebelum melangkah melihat jasad ibuku...aku masih tak percaya..aku menangis..aku lihat semua adik beradikku, sedara ku dan arwah ayah ku berdiri diseblah jasad arwah mak..sedih melihat aku menangis kerana akula anak mak yang terakhir datang melihat mak. Aku masih tak percaya..apa la daya yg ku buat waktu tu hanya mampu menangis...aku nak meraung..menangis..menjerit tp tanpa kusedar aku dimintak oleh kawan kakak ku supaya bersabar dan pergi membersihkan diri...dan tolong mandikan arwah mak bersama...ya itulah kali pertama aku mandikan jenazah...aku berpisah dengan mak hanya dua minggu dan kali terakhir aku melihat mak..mak sudah tak bernyawa... Aku masih ingat kata2 arwah ayah waktu tu, 'Adik...sabarlah...baguslah adik dapat tidur dgn mak 2 malam'..

lepas aku sampai rumah...semua siap2 kan mandikan jenazah mak...aku mandikan bersama...aku gengam erat kaki dan tangan mak..belai rambut mak..seperti yang aku selalu buat bila mak suruh aku urutkan kaki dia..sapukan ubat di badan dia..aku menangis lagi...aku lihat badan mak bengak besar..tak kusangka begitu berat sakit mak yg dia tanggung..tp dia diamkan saja sbb tak mau susahkan kami sekeluarga tambah lagi ayah...mak tak mau tak ada org yg jaga ayah nnt kalau mak kena masuk hospital..itulah pengorbanan mak...

setelah selesai mandi...dikapankan pulak mak..ohhh inilah suasana yg paling sedih..satu persatu kain putih menutupi badan mak dan akhirnya kami semua mengucup mak untuk kali terakhir..wajah mak yang bersih dan suci kami semua tatap buat kali terakhir....kami takkan tatap lagi wajah mak lagi..takkan dengar lagi suara mak yg selalu menelefon anak2 nya setiap hari..tiada lagi panggilan 'Mak' dr ku utk seseorang wanita yang bergelar Ibu Kandung...itulah penderitaan dan kehibaan yang boleh di ragut daripada seorang anak...

dan kemudian...kami semua anak2 bersembahyang jenazah....penghormatan terakhir dari seorang anak kepada seorang ibu..

aku kemudian menaiki van jenazah bersama bibik dewi dan anak sedara ku...tiba2 hati bertambah pilu walau hanya melihat papan keranda...oh sungguh sayu hati aku...terasa mcm nak peluk saja walau hanya papan keranda pun.....

jenazah mak akhirnya dikebumikan di bahagian dalam tanah perkuburan kampung aku pada jam 3.00 petang hari Jumaat, 7 Mei 2010. Setelah selesai tahlil dibacakan, aku masih lagi rasa sebak dan berat hati nak tinggalkan mak seseorang di tanah sana...

Mak...ampunkan adik mak selama 32 tahun menjadi anak mak..adik masih rasa tak puas berbakti pada mak..selama ini hidup adik hanya utk mak dan ayah...mana2 adik pergi mesti ingatkan mak...beli makan itu ini semua hanya utk mak..lepas ni mak dah tak ada nak tanya adik nak makan apa..adik pun dah tak ada orang yang adik sanjung nak tunjuk skil adik masak..mak pun dah tak ada nak telephone adik selalu tanya adik dah sampai ker kat KL..tanya adik kat mana waktu adik bawa kereta dr KL-Perlis-KL, adik dah tak ada orang nak suruh buat laksa, makan pulut dan durian....semuanya mak...adik rindu saat2 itu..kenapa Allah tarik itu semua dari adik...adik anak yg jahat ker Mak?

Mak...berbahagialah mak disana..adik mendoakan mak agar sentiasa tersenyum di sana..mak berhak dapat semua itu..pengorbanan mak menjaga ayah selama 10 tahun tanpa mengeluh adalah pintu ke syurga utk mak...mak..adik rindu..rindu sangattt...adik keseorangan..adik akan cuba menjadi anak yang solehah untuk mak...........


mak..adik tunggu mak nanti.............


~BERSAMBUNG.........................................~

Jun 25, 2010

Kini tiada lagi..........................

Rindunyer kat arwah mak dan ayah........dulu kalau rindu skit kat kampung aku akan call kat mak tanya mcm mana keadaan ayah..apa dia makan..apa dia masak...apa gossips ke apa...pastu aku luah la skit perasaan kat mak pasal org itu org ini....tp x la banyak sgt pun nak luah sbb aku ni jenis memendam dan suka settle sendiri...lagipun antara aku dan mak tak la sampai nak luah semua masalah problem kat depa tak nak la depa susah hati sgt pasla problem yg kadang2 kita create sendiri...tapi x la sampai aku dan mak jarang bercakap...hari2 aku akan bercakap dgn mak...


kadang2 mmg sibuk dengan kerja sampai sehari atau dua hari tak call...dan hati mula la tak sedap...mula la rasa cuak...mula la rasa tertanya kenapa la kita ni anak boleh sibuk sekali sampai tak tak ada masa nak menelefon keluarga....


pastu...kadang2 pagi ahad..pagi sabtu..kul 8 pg tgh sedap tidur lagi..mak pun call...selalu call..saja nyer dia kata......


dan kini tiada lagi...............tiada lagi..............


rinduuuuuuuuuuuuuunyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
:(

Jun 23, 2010

Dari Rencana : Meninggal Dunia Selang 15 minit

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin.



--------------------------------------------------------------------------------


JASIN - Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.

Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.

Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.

Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.

Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.

"Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.

"Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Kesang Jaya di sini semalam.

Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.

"Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.

Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.

"Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.

"Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya

===========================================================================

Sebak baca berita ini pagi ini..terus teringat arwak mak dan ayah aku (walhal mmg hari2 aku selalu teringatkan mereka ). Kisah mereka sama saja...sehidup semati..arwak mak aku yang agak sihat pergi dulu tanpa sebarang pesan kemudian diikuti arwah ayah aku yang memang sakit 33 hari selepas itu....sekejap mmg sekejap..ayah mmg nampak kesunyian dan aku tahu dia pendam dalam hati..terlalu memendamsehingga dia pergi pun tanpa pesanan...kami sangkakan dia sihat setelah keluar dr hospital tapi cinta dan rindu ayah terhadap mak bawanya pergi meninggalkan kami...

ohhhh..aku dipejabat sekarang...cuba mencari seuatu utk aku hilangkan keresahan hati ni..kerja aku kemana..fokus ku hilang...aku cuba menyibukkan diri tapi hasilnya tetap tidak ada..kosong jiwa aku...aku tak terdaya lagi menulis catatan ini...biarlah aku simpan sedikit demi sedikit coretan dan akan aku kumpulkan disini...

maaf nyer....

Jun 16, 2010

Maaf....

Maaf kawan2 ku semua...juga kepada mereka yang baru menjenguk ke blog ku...
blogku masih kosong untuk berbicara panjang...lidahku memang kelu..jariku membeku..otakku buntu...jiwa aku beku...
jika sebulan lepas aku terkapai2 kerana kehilangan seseorang yang berharga kepada ku...kini genap seminggu aku kehilangan lagi sebelah nyawaku...menjadi dua..'nyawa' ku umpama melayang......





















hibanya hidupku..kerana aku kini anak yatim piatu.....

Jun 1, 2010

Berapa lama............

diperlukan untuk hilangkan kesedihan kerana kehilangan orang tercinta..............................


seminggu.............?


sebulan.................?


setahun..............................?


selama-lamanya................................?


May 31, 2010

aku ingin sembunyi....

Alangkah bagusnya kalau aku dapat menyembunyikan isi hati aku..riak sedih wajahku dari tatapan orang lain...

aku mahu menangis..menangis semahu-mahunya..
aku mahu menangis..menangis luar dan dalam...menangis sampai bengkak mataku..sehingga menitis air mata darah...asalkan aku dapat mengembalikan semula ketenangan jiwaa......asalakan aku dapat menerima kenyataan hidup yg makin menyisakkan hati ku..buat ku rasa lemah...hari ke hari tiada gembira..tiada ketenangan...hanya kesedihan menyinggah hidupku....
hari ini masuk office pun aku tak daya nak buat kerja...punya la semangat berangan nak siapkan semua ekrja hari ni..tp mmg dah terdaya....hati dan mindaku teringat ayah dan arwah mak...teringat dan takut yg aku tak boleh berada di sana bila tiba masa...........
aku mmg dah tak ada gembira tinggal di sini...
bila di kampung.....'keseronokan' di Shanghai tiada makna..tidak leh lawan dgn keselesaan ku dikampung...ya kampung....walau hanya kampung itulah damai di hati ku........
aku rindu kat arwah Mak...sungguh rinduuuuuuuuuuuuuu

Dugaan lagi.....

Semalam..kul 11 malam aku balik ke KL naik bas...tidur terus dlm bas sambil nangis2 lagi ( biasa la tak cukup lagi sebulan..sedih kehilangan arwah ibu masih lagi terasa )...pastu kul 6 pg tiba2 saja terjaga..abg aku lak call yg ayah masuk wad...semalam sblm keluar dr rumah aku tgk ayah mcm tu biasa saja..sakit kaki..kebas....pening...sakit belakang....mcm tu gak..tp tak sangka lak ayah sakit, penat sampai kena masuk hospital....aku dah mula cuak ni..teringat yg aku tak ada disisi arwah mak...malah aku berada di luar negara waktu tu...kini aku berjauhan lagi dgn ayah..aku msg abg aku nak balik malam ni...tp abg kata tak payah....aku rasa mcm tak mau ikut cakap dia saja....mcm la hr tu dia sms aku bgtau pasal keadaan arwah mak..tup tup...hmmmmm


nak balik jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!!!