Eh betul ker ikut saya ni?

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Dec 31, 2008

Setahun berlalu....



Selamat Tahun Baru semua...
dan juga selamat menyambut maal hijrah 1430H.......
harap tahun 2009 akan memberi banyak kenangan manis dan murahkan rezeki...

hmm...rasa mcm sekejap saja setahun berlalu...
rasa mcm baru semalam aku dok tergedik2 nak dengar bunyi mercun kat ni..
rasa mcm baru semalam sambut besday aku yg ke 20..(ahaks...hehe)
banyak azam buat thn lepas...tp rasanya mcm tak tercapai lak thn ni...
kurus badan? (bertahun dan punya azam tak tertunai pun..cuma maintain saja)
kahwin? (no komen.....)
bertambah kaya (cukuplah setakat ni..tp diberi rezeki yg lebih thn depan Alhamdullilah)
p umrah? (2 thn tertangguh...harap thn depan terlaksana)

dan apa lagi nyer..banyak lagi kot...simpan saja la..sbb dah tau tak tercapai pun..hehe

apa2pun pokok pangkalnya niat dan hati kita..jika hati inginkan perubahan dan disertai niat yg betul insyallah akan ada perubahan dalam hidup kita. Semuanya bermula dari KITA sendiri.....

esok...aku akan bertolak ke KL...mula2 rancang nak p kemarin tp abg aku byk kerja so postponed ke hari ini..so thn 200- ini bermula dgn perjalanan kerjaya ku yg baru (cuma berubah tempat saja) takut gak nak menghadapi apa yg akan datang. aku tak kisah ke mana-mana pun..cuma aku sedih nak tinggalkan ayah dan mak aku. kesian aku tgk depa.kalau sihat walafiat tak aper la jugak.ni ayah aku dikerusi roda setiap masa dan mak pun mcm tu la..sakit org tua mana la nak larat jaga semua tu. pastu bibik aku pun nak habis kerja kat sini..esok pulak bertolak balik ke Lombok...aduhhh...
Ya Allah...jika Kau ingin menghukum hamba2mu ini..hukumlah aku..janganlah Engkau tambah lagi derita keatas kedua Ibu Bapa ku...Amin...

Dec 7, 2008

Raya datang lagi.....


Mcm biasa...raya ni buat korban gak...ayah aku buat lembu..Alhamdullilah rezeki ..kakak ipar balik so aku suruh dia masak masak asam pedas melaka daging nnt...so gambo2 makan akan diupload nanti....insyallah....

Aug 31, 2008

Dah setahun dah......

Happy anniversary utk blog aku ni...tak sangka bertahan dah dekat setahun..malas2 nak update pun dah setahun dah kan..rasa lama jugak..sesungguhnya dunia blogger ni mmg menarik..tak pasal2 kehidupan seorang manusia boleh ditatapi oleh semua orang..dgn kata lain hampir sebelah kaki nak jadi org glamer...hikhikhik...
dan juga terima kasih jugak kepada semua rakan-rakan blooger sekelian...silent reader ker loud reader ker....berkembang lagi persahabatan maya aku ni..:)

Aug 30, 2008

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan





Aku Ingin Mengucapkan Selamat Merdeka dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada Semua Sahabat-sahabat Blogger....

Semoga Hati Kita Akan Terus Merdeka dan Ramadhan Kali Ini Akan Lebih Diberkati dan Dihayati...Amin...