Eh betul ker ikut saya ni?

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Jan 26, 2009

Laksamana Sunan....

ikut susunan.....Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta


Akhirnya...tercapai gak hasrat aku nak baca trilogi karya marveles Ramlee Awang Murshid ni.3-4 bulan lepas aku boleh p pinjam trilogi yg kedua iaitu Cinta Sang Ratu, tgk2 rupanya ada novel sebelum tu iaitu tajuk Bagaikan Puteri. Jenuh la cari cerita tu dr Perlis sampai ke KL. Kalau KL payah nak jumpa apatah lagi kat Perlis ni dah la waktu tu aku masih kat Perlis lagi. Bila aku start kerja kat sini baru la aku jumpa buku ni, akhirnya...............apa lagi pulun la baca...tak sampai seminggu habis aku baca ketiga2 trilogi tu. Mg marveles karya ni...banyak gak unsur2 mistik dan agama dlm karya ni. Awal2 lagi minda pembaca dah disogok dgn pertanyaan..kenapa Laksamana Sunan tidak diceritakan dalam sejarah melayu, walhal beliau pernah menjadi buruan Sultan Melaka dan pernah bertarung dengan Hang Tuah. Itu satu yang harus dipikirkan dengan lebih mendalam. Tapi tu la ni hanyalah sebuah novel, mungkin hanya rekaan mungkin juga ada kisah yang sebenar disebaliknya. Kalau korang boleh minat karya LOTR (lord of the rings) dan Harry Potter aku pasti korang leh juga menjadi peminat trilogi ini. Tak salahkan menyokong karya2 penulis tempatan? Lagipun cerita ini ada juga terselit kisah2 percintaan tak la a serius semata-mata. Banyak gak ilmu agama2 mengenai sihir dan cara hidup org2 melayu pada zaman kegemilangan Melaka dulu leh diambil panduan. Tak rugi membaca karya trilogi ini. Bacalah nyer..tak rugi...percayalah...

sedikit cerita mengenai karya ini...

Saifuddin telah difitnah oleh org kampung lalu dihukum oleh ayahnya yg merupakan penghulu di kampungnya lalu beliau pergi merantau sehingga ke Acheh. Disana beliau dikenali sebagai Laksamana Sunan(LS) mendalami ilmu persilatan dan ilmu agama dan sangat dikagumi oleh lawan dan musuh. Banyak musuh beliau terdiri daripada mereka yang mengamalkan ilmu hitam dan menjadi hamba kepada taghut (syaitan). Namun salah seorang dari musuh ini Sang Ratu akhirnya jatuh cinta kepada LS kerana kebaikan beliau dan kata-kata LS kepada beliau...sebagai manusia aku sayang kepadamu
Sebelum itu LS diketemukan dgn gadis dr zaman kini iaitu Haryani dan juga jatuh cinta kepada LS namun kerana Haryani perlu kembali kepada zaman asalnya maka cinta mereka 'habis'begitu saja. Wbgmnp, Haryani diketemukan sekali lagi dgn LS tp LS kini berada di zaman Haryani. Menarikkan?


Nak tau lebih lanjut lagi...belilah trilogi ini....Aku bila baca trilogi ni mmg tangkap cintan la dgn LS. Mmg tangkap syiok la...terawang2 baca. Hehe

Aug 28, 2008

Cuti-cuti Mesia Vol III

Aku ada kat rumah skrg ni..baru sampai dr KL kul 7 ptg semalam dgn parents dan abang aku. Hujan lebat sepanjang jalan..sampai ayah aku terketar-ketar duk dlm kereta...kesian kat ayah..aku lak layan blues kat dlm kereta sambil baca novel RAM..

mcm aku kata hr tu...plan aku tak brapa menjadi sangat nak hua-hua kat KL sbb mak dan ayah ada sama, aku kena spend some time kat Kelana Jaya tmpt ayah aku menginap..tp plan aku nak makan mcd, tgk wayang,beli FM berjalan dgn lancar..hehe. Sempat jugak singgah opis lama sekejap tu pun paksa diri sbb malassss berbeno nak p..kawan2 yg nak jumpa p rehearsel merdeka lak...banyak gak aku spend beli FM ni...ada la dekat RM 200 kot...tu tak campo dgn beli makan2 fast food lagi..beli novel lagi ish...harap2 la tak terpokai aku bulan ini, kena belajar buat perbelanjaan berhemah lagi ni..hmmm.

ni antara koleksi2 FM yg aku beli.......


ni beli kat Amcrop Mall...penjual dia kakak dr Indon...


ni beli kat Amcrop Mall...ni yg aku nak cari ni..susah betui nak cari kiosk dia...nasib baik kakak indon tu bgtau..naik turun la aku mencari....banyak pilihan betui...ada lagi 3 FM aku beli kat anak sedara...lupa lak nak ambik gambo...pastu aku beli 1 set anak patung pompuan...pasal apa yg leh aku beli pun tak tau..kelam kabut beli sampai tersalah buat pilihan..yg kawan kirim tak jd lak beli...:(...aku ingat nak exchange la FM tu....hmmm





yg ni semua aku beli kat KLCC...pun byk pilihan jugak....yg FM kayu tu beli kat kedai handicraft...semua barangan diperbuat dr kayu...ada lagi aku beli nak bg kat member forum...


pastu ini FM yg mahal aku beli...harga RM 41.30..setelah less 10%..yg ni FM aku letak kat atas fridge sekali..tak ada la tangan2 kecik yg memegang nnt...


yg ni la aku kata nak exchange....ada sapa2 yg berminat?...semua set la...kalau nak exchange 6 set tu kena la exchange 6 set jugak...hehe

dan ini la koleki FM aku setakat hari ini...tgh tunggu lagi 3 FM yg bakal tiba....nnt thn depan aku turun lak KL shoping FM lagi....yehaaa.....


selain tu kat KL...sempat gak tgk wayang cter wall-e...best sangat...nak beli dvd lak nnt utk anak sedara tgk..mmg tak rugi tgk cter tu....


sempat gak singgah The Mall...beli Popia Indon dan Rojak Singapore...pastu beli buku RAM 3 buah. Buku Satu Janji tu aku baca dr pukul 10.00 mlm smapai 3.00 pagi tanpa 1 helai aku skip pun. Mmg best...Buku Cinta Sang ratu kena kiv sbb buku tu ada sambungan. Yg aku beli tu no dua kena la cari yg no1 tu...tgk2 lak dah keluar sambungan ke tiga...aduhh..nak kena cari lagi...


mcm biasa...mcdonald....hehehehe..1st day makan kat hotel ayah dan mak aku menginap..mkn ramai2..pastu on the way balik ke perlis kemarin...makan lagi kat dlm kereta...

yg tersembunyi di bawah tu, ayam dua ketul, fillet 0 fish dua biji dan utk aku double cheese burger... bukan aku mkn sowang tau...mak dan ayah aku mkn sama la...





yg ni mkn ramai2 kat hotel...utk aku mcm biasa Big Mac...hehehehe...

puas hati la jugak misi kau tercapai kat KL tu...rasa lega tak dengar leteran dr ratu ular 2 minggu..tp balik ni kena la tahan telinga dengaq..mau dia ungkit aku ambik cuti seminggu ni...lantak hang laaaa........




Aug 4, 2008

Hatiku Di Harajuku


Aku baru habis baca buku ni. Buku ini dipinjam dari perpustakaan kerana aku teringinnnn sangat nak baca novel dan aku mmg pokai habis bulan ini. Tak ada duit dah nak enjoy ke apa. Cukup utk makan dan minyak kereta saja....:(



Ok...back to the book..ni 1st time aku baca karya Ramlee Awang Murhisd (RAM) walau dia mmg terkenal dalam dunia novel malaysia skrg ini. Beliau dikenali sebagai novelis thriller no1 di Malaysia (seperti yang ditulis kebanyakan di buku dia). Aku mmg minat kes2 pembunuhan atau thriller sbb tu aku peminat cter CSI, X-Files dsbnya. Tp dalam baca novel aku lebih suka memilh karya jiwang2 yang tak brapa karat dan jarang memilih karya thriller ni. Sbb aku tgk review kat forum Cari, dan banyak yang memuji karya beliau, aku memilih novel ini sesuai lak ada unsur2 ninja atau samurai dan cter ni banyak berlatangbelakangkan di Jepun atau lebih tepat lagi di Harajuku.

Cter ni ada unsur2 cinta tiga segi antara Watanabe, Noriko dan Sabrina, pembunuhan, ninja @ pedang samurai Tou Aii, pancung kepala, yakuza, hara kiri (bunuh diri), unsur agama. boleh belajar bahasa jepun skit2, unsur2 agama, suspend, dsb. Ini rasanya kali pertama aku baca novel aku menjerit bila tau ending dia yg sungguh tak disangka2. Dua kali aku jadi suspend baca buku ini. Kematian yang tak disangka2 dan perkahwinan yang tak diduga. En RAM bijak sungguh bermain dengan emosi pembaca.

Awal pembacaan, ditunjukkan seorang lelaki yang sanggup masuk kumpulan Yakuza Amikie semata2 kerana terpaut pada kecantikan anak tunggal ketua kumpulan iaitu Noriko. Beliau sanggup menjadi Samurai walaupun beliau bukan or Jepun tulen. Menggunakan nama samaran Ryu_Watanabe, beliau diangkat menjadi Samurai dan terkenal di kalangan kumpulan2 Yakuza di Jepun sebagai Samurai yang paling digeruni di Jepun. Ingat tu..digeruni di Jepun walau beliau bukan org Jepun tulen. Malah darah jepun setitik pun tak mengalir di dalam diri dia atau pun nenek moyang dia. Ahaks...aku pun suspend nak tau sapa Ryu Watanabe ni dr awal sbb sblm dia boleh diterima menjadi Samurai, guru beliau menolak mentah2 kerana beliau adalah org luar. Kemudian cter ni ada sedikit imbas kembali sejarah Ryu_Watanabe dan sejarah percintaan beliau dengan Noriko.

Watanabe dan Noriko ini berpisah kerana Noriko berkahwin dengan lelaki lain. Oleh kerana sesuatu yang berlaku, Watanabe muncul. Plot pertermuan mereka berdua ni mmg mendebarkan. Kalah cter hindustan beb!Kemudian ditunjukkan bagaimana kumpulan Yakuza Amike dan Jiro bermaharajalela di Harajuku dan Tokyo dan juga bagaimana kumpulan ala-ala mafia ini membuat kerja mereka dengan kata lain membunuh manusia sewenang-wenangnya. Kalau nak aku cter mmg banyak unsur2 suspend dalam cter ni, dan kalau aku cter mmg tak suspend la pulak kan...So aku suggest hangpa beli/baca la buku ini pasti hangpa tak menyesal.

Seperti yang aku tulis kat atas, aku paling tertarik dengan babak pertemuan antara Watanabe dan Noriko. Bagaimana mereka bejumpa, bercinta dan kemudian bergaduh kerana perbezaan pendapat. Bila bergaduh ni korang tahu la kan kalau dua2 samurai ni bergaduh. Opkos la pegang pedang. Kalau imaginasi penulis ini digambarkan di layar perak, mmg mengasyikkan..lelaki dan perempuan yang pernah bercinta berlawan pedang kerana emosi kecewa dan marah bersatu Fuhh...mmg best. Aku pulak terbayang2 kalau cter ni berlaku pada zaman2 dahulu, mesti lagi gempak. Ditunjuk Noriko dan Watanabe bergaduh di padang hijau yang meluas di bawah berguuran Bunga Sakura, dengan angin yang sepoi2 bahasa...lepas tu tunjuk Watanabe naik kuda mencari Noriko di Hajakuru,mcm ni




dengan Noriko lengkap pakaian macam Samurai zaman dulu kala,mcm ni la....


manakala Sabrina sanggup merantau dari benua lain berbulan2 lamanya untuk mencari Watanabe, kumpulan Yakuza jugak berbunuh sesama lain dengan hanya menggunakan pedang, dan lain-lain lagi la...Aku mmg terbayang suasana cter ni pada zaman2 dahulu...penuh dengan kesuican dan adat resam Jepun yang begitu tinggi. Depa dua ni ada pulak pedang cinta depa yang dibuat oleh Datuk Noriko merangkap mahaguru Watanabe yg diberi nama Tou Aii..mcm ni, hehe


Jadi jika tak pernah baca buku En RAM ini dan terjumpa karya2 beliau, maka ambik la baca satu kerana bagi aku mmg tak mengecewakan. Aku mmg akan mencari karya beliau lagi..Mesti bila dah start baca tu nak tau siapakah Ryu_Watanabe tu....

Dan lepas baca ni..mcm nak p melancong ke Harajuku lak....dan boleh la jumpa pakwe2 kat sana pastu bolehla aku bermonolog mcm Watanabe ni...Hatiku tetap di Harajuku




mcm best lak kalau Watanabe mcm ni...hehe....(imagin jgn tak imagin...kuikuikui)

Ok..ini sinopis dia....

SINOPSIS: HATIKU DI HARAJUKU


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?


Harga: RM 19.90
Halaman :588


Jul 3, 2008

Disaat2 MC hari ini...

Hari ni aku kat rumah...
MC..tp sempat lagi tu update blog dgn masuk forum..hehe
lagipun aku sakit perut pastu nak rehatkan kepala otak dan jiwaku..
so mc la....tu pun sempat lagi aku dengaq khutbah dr makcik tu sblm balik rumah..hampeh gas betulla..

dan balik rumah tgk ada lak parcel yg aku tunggu2..
syoknyerrr...




ni buku yg dpt kemarin...terima kasih Juju @ CariForum yg sudi tolong belikan..mmg payah nak dpt buku ni..aku p KL hr tu payah nak jumpa..best seller la katakan...
semalam baca sampai ke bab 5..mmg best...dpt tau kisah kehidupan org Mesir mcm mana...samping tu leh la belajaq skit bhs arab dll..mmg banyak ilmu yg leh dpt,terutama ilmu tgg Agama...setidak-tidaknya novel2 cintan cintun skrg ni tak la terlalu fokus pd kisah uda dan dara yang terlalu over, ada gak isi2 yg logik dan bernas leh dpt. Cuma kena pandai cari pengarang yg betul2 berwibawa saja la.Dan buku ni lahirnya filem ayat-ayat cinta yang tgh tunjuk kat wayang skrg, mai tang aku buku tak habis baca lagi,wayang pun tak tgk lagi..so tak leh nak review mana2 pun..nnt dah habis baca baru leh stori mori kat sini skit...



pastu hari ni dpt lagi 3 buku dr JemariSeni...baru saja sampai...so tak belek2 lagi....
paling teruja nak baca kisah gurindam jiwa tu...karya hlovate...pasti gempak...



pastu ni FM yg aku baru beli.....cantik tak? comel sgt yg kucin2 tu...yg gambo KLCC tu dpt free sbb opis yg buat.... tu cuma sebahagian saja dr koleksi FM aku..best jugak kumpul FM2 ni...tak la mahal sgt..dan hanya memerlukan peti ais utk menampal koleksi2 anda itu semua....


pastu beli benda hiasan ni kat wanitamelayu.com. Link dia ada kat menu bawah tajuk FORUM sebelah kiri blog ni. Yg panjang2 tu aku panggil cucuk2 pokok. Tak tau kat mana nak letak,nmpk gaya mcm nak kena beli pasu dgn bunga baru pulak. Tunggu bulan depan saja la,budget dah terlebih sudahh.

So hari ni aku nak masak, baca novel dan tidur skjp..masih lagi rasa sakit nyut nyut ni...tidur mesti best sbb hujan...fuhh..

so selamat berMC kepada yg MC hari ini..
ngeh ngeh ngeh

May 9, 2008

Novel : Zahrah de Tigris


Ini adalah salah satu buku yang aku beli kat Pesta Buku Perlis...(jgn compare dgn pesta buku kat PWTC..jauh panggang dr api!)..tp kerana minat aku p jugak..nak cr novel tu of course la...pastu nak cr buku yg aku rasa bila aku pandang mmg aku akan beli walau tak ada karya hiburan atau tangkap jiwang atau buang duit...tp sedihnyer aku tak jumpa..cuma jumpa novel ZDT ni dgn Sepatu Biru dan Kopi Susu...dan aku beli satu kamus bhs ing - melayu...huhu


so...aku dah habis baca buku ini....bg aku mmg best..setiap saat nak tau saja apa yg akan terjadi pada herion tu dan of coursela pasal hero..tp jgn harap la dr awal sampai habis hangpa akan disoggokkan dgn cter2 romantika d' amour...cter ni berkisar pada watak utama tu yg ada semangat nak membantu sedara seislam yang ditindas..ada semangat sukarelawan..semangat kental..dan kadang2 seperti kata watak utama kadang bodoh sebab berani kerja kat Iraq dan menjadi sukarelawan kat sana...mmg menarik cara penceritaan dia...bila baca rasa leh tumpang sama rasa kesusahan penduduk Iraq sana...mmg payah duduk dlm suasana peperangan..dr mula2 takut dgr bunyi bom pastu dah boleh langli dgn bunyi tu semua...bayangkanlah yg perang dah menjadi satu kebiasaan dlm kehidupan di sana..


pastu aku tertarik bila cter bab 14 februari di Iraq...penulis mahu kita ingat 14 Feb tu bukan masa nak bercintan cintun..bagi bunga mahal2...ucap kasih sayang berbagai...tp kita kena ingat yg pada waktu itu beratus2 kanak dan perempuan Iraq mati terbunuh pd hr itu...mmg sedih kisah itu...so kalau nak tau lanjut baca la...:)

dan yang paling best..kisah tentang hero tu...
sadis wooooooo

ni aku ambik sedikit ulasan cter ni kat web jemari seni.com..


Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris… Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.

Feb 20, 2008

Novel aA + bB



Hari ni aku baru habis baca novel ni..aku order dlm 2 minggu lepas..dpt semalam dan inilah novel pertama beli melalui online http:/// ni semua hasil dr 'hasutan' member2 kat forum....hehe
dan mmg hasutan depa tu mmg mengena betui...aku sgt teruja baca novel ni...gaya bahasa santai...tak ada madah berhelah apa kebenda...tak ada tulisan memuji cantik dan hansem watak utama tahap tinggi KLCC...(aku cukup menyampah kalau baca novel pasan lebih mcm ni)..dan semua bg aku dr page pertama sampai habis..santai....dan dgn kata lain...direct..
mula2 baca novel ni mcm pening skit bila jumpa nama Addin...mcm laki kan nama ni..tp sebenarnya pmpuan..pastu muncul lak watak Benz..nama pun moden...mcm nama kereta Merc lak...tu tak termasuk lagi nama kawan2 mereka ni..gelaran abg kembar Addin..(kucai)..sapa mag 7....dsb..
selalunya kalau aku bc novel...tang part2 yg tak best...yg tak kaitan dgn perjalanan cter mmg selalu aku langkau...utk novel ni semua patah perkataan aku baca...sekali lagi dgn hadis2 yg ada...mmg menarik..dan penulis ni bijak juga buat klimaks cter ni tidak terlalu awal dan cepat...
ending dia mmg santai....mmg menarik...dan pada pengemar novel...aku recomended novel ni 100%!....enjoyyyyy


alkisah novel ni...memaparkan mengenai Addin dan Benz yang bersekolah sama tp sentiasa ada dendam antara mereka...kemudian berjumpa secara tidak langsung di luar negara apabila sambung belajar...bila masing2 balik ke Malaysia...mereka 'dipaksa kahwin' oleh keluarga masing2..dlm hal ini Addin mmg tidak bersetuju dgn perkahwinan ini kerana dendam terhadap Benz sewaktu sekolah dulu dan tidak bg Benz yang memang menyimpan perasaan pada Addin...bila berkahwin dan masih duduk sebumbung perkahwinan ni cuma atas kertas...banyak masa diperlukan utk Addin menerima Benz..Addin masih lagi 'melayan' Benz mcm house-mate dia dulu...berkongsi bayar sewa rumah,api dan air...menutup aurat bila dlm rumah...dan opkos la tidur lain2 bilik dgn Benz...waktu ni la menarik sekali penulis mengambarkan situasi antara Addin dan Benz...dan mcm mana dgn kehadiran adik Benz sikit sebanyak leh merapatkan hubungan antara depa dua serta peristiwa yg membolehkan Addin rapat dgn Benz dan menjadikan Benz sebagai Her Shoulder To Cry On...yer la...duduk sebumbung...jumpa2 hari...dr tak sayang..dr tak pandang...leh jd sayang dan rindu bila menatap wajah....dan pada masa yg sama Addin ada kawan dlm alam siber yg bernama Aie...dan inilah kemuncak novel ini bila mengetahui siapakah Aie sebenarnya....dan mcm mana rapatnya Addin dan Aie....dan sapa Aie pada Benz....ahaks...



cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

Nov 16, 2007

Bahagian Pertama

Embun pagi masih menitik.Aku masih terawang-awang dibuai lena.Cuti hari ini buat aku malas nak berada jauh dari katil dan bantalku.Rasa macam nak bawa kemana saja dua benda ni.Aduhh...bebanan kerja semalam masih menghimpit kepalaku.Dan hari ni walau aku bercuti masalah kerja masih lagi berewang di otakku.Arghh..cuti adalah cuti.Jadi hal kerja ku tolak ketepi.Aku bingkas bergerak ke bilik air.Buat apa yang patut.Tunaikan kewajipan.Kemudian terus ke dapur.Kat dapur ku lihat teman serumahku dah terlebih awal siapkan sarapan.

'Eh....nasi goreng kunyit lagi ke cik kak?'.Aku soal Fis tanda gurau."Oi...syukurla sikit.Ni besar rahmat aku tolong masak kat hang.Banyak songeh lak!'.Fis selamba membalas kata-kataku.Aku hanya mampu tersenyum.Antara aku dengan Fis sudah memang begitu.Tiada batasan gurauan antara kami.Persahabatan aku dengan dia selama 10 tahun cukup untuk kami kenal diri masing-masing.Dan sehingga aku dan dia habis belajar dan mendapat rezeki di KL ni, kami masih rapat dan sudah tentu tinggal serumah.

'Sha...malam ni aku ada dinner dengan Mr Han.Nak ikut tak?' 'Tak nak arr...apa kess aku nak ikut hangpa dua p makan.Baik aku tiduq dari aku tgk muka Fong Sai Yuk tu!' Aku bingkas menolak.Sememangnya aku tak gemar dengan Mr Han.Riak muka dia buat aku geram saja.Ada saja jelingan dari dia.'Wey..bukan aku dengan dia saja la.Satu opis aku.Kami nak celebrate boss baru nak sampai.Mr Han nak buat makan-makan skit.Nak terima orang baru.Semua geng opis aku ada partner.Aku takkan nak p sorang saja kot.Hang teman la aku.Ok?...leh arr.....lehhh arrr..'Fis pantas merayu.Kesian lak aku tengok muka sardin separuh masak dia tu.Terkenang lak akan kisah putus cinta dia dengan Shafi dulu buat aku terfikir yang dia memang keseorangan.'Hmm...ok la...aku ikut...tapi kalau aku nak balik..hang mesti balik gak!Ada paham?!'Aku jengilkan mataku pada Fis.Fis terus peluk aku tanda gembira.

Perkarangan hotel The Seri Pan Pacific agak sibuk.Mana datang orang yang ramai ni pun aku tak pasti.Macam-macam corak pakaian dan jenis rambut dan ditambah dengan jenis haruman mula buat aku pening.Inilah yang buat aku malas kalau keluar dari rumah.Sememangnya KL memang penuh dengan watak-watak warganya. Fis menguis aku.Suruh aku masuk ke cafe.Katanya dia ada hal sekejap.Mintak aku tunggu dia disana.Aku dengan muka alang-alang macam rusa baru masuk kandang terus ke cafe.Lantas labuh tubuhku di meja yang kosong.Aku hanya membuat kerja kusendiri dengan membelek hset ku yang sudah beratus kali sudah ku belek.Sebab keseorangan ni la modal nak kaver keboringan aku kat sini.Tiba-tiba aku rasa ada seorang datang hampiri aku.Aku buat-buat tak perasan.Terus tengok hset aku.Rasa dekat lagi..dan lagi..."Oii jom...' Fis tarik tangan aku.Salam apa ke tak terus terpa aku.Terkejut sekejap aku.Nasib baik kat tempat orang.Kalau tak mau kena selekah minah ni.

'Hai..Sha....datang jugak u nyer.I ingat u tak nak datang dah tengok muka kung-fu i ni.Rindu ker?'Uwekkk...mau nak termuntah aku dengar pepatah dari mulut cina bukit ni.Macam perasan bagus.Ingat kaya semua pompuan nak tergedik-gedik kat dia ka?Bukan aku la...Perempuan lain leh la..tapi yang pasti bukan aku.

'Hai....It's you....Dah lama kan..?' Ya Allah...suara tu...wajah itu...tubuh itu...seolah-olah kembalikan kenangan lama.Aku terpaku.Betul-betul rasa macam kaki kena paku.Mulut pun sama.Dalam masa yang sama aku sempat tengok muka Fis yang tersengih-sengih sebelah Mr Han.Mr Han nampak hairan lak aku tengok gelagat aku dengan Fis.Dan jejaka depan aku ni masih berdiri didepan aku.Tertungu-tunggu.Aku diam.Cuma dalam hati aku...Fissssssssss..........!!!!!!Jaga kau........!!!!!!

ini hanyalah cubaan dan khayalan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup dan mati dan tidak ada kena mengena dengan kesenian aku yang tumpul ini.Ini hanyalah cubaan semata-mata.Harap maklum.
ngeh ngeh ngeh
sila la kritik..jangan malu2...
:)