Eh betul ker ikut saya ni?

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Nov 28, 2009

Nur Kasih : Part 1

Akhirnya...27/11/2009 berakhir sudah 'mania' Nur Kasih (NK) kat Mesia...aku la termasuk antara jutaan penonton setia NK ni..kalau termiss pun pasti akan melayan balik kat web TV3..mula2 nak manjadi 'mania' ada org tempek kat utube...pastu tv3 kot tak bagi upload kat utube..so lps tu ramai la yg layan kat web tv3...jadi la rating naik kat web tu..tak pa la janji yg terlepas leh tgk balik..tak la ralat sgt kalau termiss pun...

aku mula layan cter ni rasanya di episod kedua atau ketiga...sblm tu aku tak pnah tgk promo kat tv..tiba2 ada tunjuk scene mcm kahwin paksa ant Nur dgn Aidil...dgn iringan lagu yg best dr Yassin..terus aku melekat cter ni...mmg ada adengan kahwin paksa ni..aku lak best klu ada babak ni..syok tgk mcm mana org yg kena paksa kahwin ni jalani hidup depa...tp tu la bkn dgn aidil tp dgn adam.....:)

bg aku drama ni mmg best...sarat dgn mesej keluarga...mesej islam...mesej cinta...mesej kehidupan....konflik keluarga bukan lagi berdasarkan berebut harta...konflik cinta bukan lagi tertulis dgn ayat2 yg jiwang karat yang melarat...tp penuh dgn mesej yg mendalam..mesej agama yang disampaikan terang,jelas dan mudah dipahami..bhs2 pun walau ada bunga2 skit tp tak la mendayu..antaranya aku suka dialog antara ayah dan mak adam/aidil...

"isteri orang ada intan..berlian...isteri abang?"

"isteri abang...ada abang........"

best kan...ayat biasa saja tp ada maksud mendalam kan..?

byk lagi la ayat2 yg best..scene yg best.....gambar2 pun ader...nnt aku akan tempek kat sini lepas mintak kebenaran dr tuan badan...aku punya minat cter sampai jadi ahli kelab remy ishak...friend dgn Tiz dan Remy kat FB..selalu masuk bod forum kat Cari...ringtone pun lagu Nur Kasih..status update kat FB jgn cakap la mesti la cter pasal NK..mula2 tgk benci kat adam....pastu lepas dia ok suka lak kat adam...hehehe..kira dia pandai la menjiwai watak dia...Sara pun sama...mmg jadi kebencian org dgn watak kepochi dia...tp Aidil ttp maintain..dr mula sampai last mmg aku suka dgn watak dia...cukup lembut dan berdiplomasi...kesian dia kan tgk kekasih hati jd adik ipar..pastu leh tau dia tak bahagia lak..lagi la sakit di hati...sebagai anak yg soleh dia tetap terima dugaan..sampai ke akhir adik dia masih lagi nak membalas pengorbanan yg abg aidil buat tu...

apa lagi nak dibincangkan atau diceritakan ttg drama ni..?mmg byk dah org bg pandangan...mmg ramai peminat..arahan Khabir Bhatia ni sentiasa mendapat pujian...dan rasanya payah nak cari drama yang leh ganti kehebatan drama ni..klu ada pun pasti ambik masa yang lama..dgr ura2 lak cte rni akan disambung ke filem...bagus la cuma Khabir kena kekalkan pelakon dia...kalau ditukar bye2 la peminat nak tgk..walaupun semua ni dikatakan pelakon baru, tp tetap tidak mengecewakan...setanding dgn pelakon lama...apatah lagi lakonan Dato Jalaludin, Liza Othman, Sheila Mambo..mmg marveles...thn depan anugerah skrin mesti meletop punya la...

dan lepas ni leh la nak buat aktiviti sampingan di malam jumaat...kalau dulu nak keluar time malam jumaat pun mesti lepas kul 10...ohhh aku akan tetap merindui NK ni....

Aidil..Adam..Nur...

Nov 25, 2009

2012..






aku baru tgk cter ni semalam...kat Times Square dgn Mila and Nuar...dah book awal tp dpt seat 3 dr screen..erk ok la skit tak la nak dongak sgt..semalam rasanya mcm full house..seat depan saja yg kosong..

bg aku cter ni agak best...dan aku rasa pelakon utama nya bukan John Cusack @ Jonanthan Curtis tetapi lebih kepada Chiwetel Ejiofor @ Andrian Helmsley. Andrian ni mucnul dr awal cerita sampai habis cerita.Dia la yang tahu ttg teori yang dunia akan musnah dalam 2012, menjadi penasihat kepada Presiden USA dan menjadi 'hero' kerana membenarkan ratusan jutawan2 yang teperangkap utk masuk ke kapal setelah ditinggalkan pada saat2 akhir dunia akan berakhir. John Cusack muncul jadi hero di saat2 akhir apabila menyelamatkan kapal yang dinaiki mereka tersekat daripada satu mesin mengerudi. Kapal yang mereka akan naiki tidak boleh memulakan perjalanan selain daripada menutup pintu gerbang yang terperangkap.Waktu tu la John Cusack pergi menyelamatkan keadaan. Bagi aku John Cusack hanya pelengkap cerita, menceritakan view dr pandangan org awam yang tertipu oleh kerajaan yang sudah mengetahui akan bencana ini dari tahun 2009.

Utk cter lebih lanjut...rasanya lebih baik pergi tgk di wayang...sbb cter ini mmg patut ditengok kerana kebijaksanaan pengarah mengunakan teknik komputer yg superb...mmg marveles..dr awal dah suspend...bangunan,jalan raya,kereta apatah lagi manusia ditunjukkan mengalami bencana mcm real...mmg kagum..aku bg 5 bintang utk itu...

Dan aku pulak...mmg mudah mengalir air mata..so bila babak sedih harusla mengalir air mata..paling sedih bila John Cusack dgn family dia,4 org awam dr Tibet dan Tamara (girlfriend Jutawan Rusia) terperangkap dlm bahagian kedap udara yg mengagalkan kapal mereka bergerak...John Cusack p nak menanggalkan benda yg buat pintu gerbang terperangkap..selepas pintu gerbang leh tutup...enjin kapal leh start....Anak laki Cusack yg p tolong Cusack muncul...tp Cusack belum muncul lagi...waktu tu org2 kapal leh tgk (ada cctv) keadaan depa waktu tu...dgr suara anak2 Cusack menangis panggil ayah mereka...wife dia pun panggil....sedih dgr suara Amande Peet waktu ni...mmg real sangat adengan ni...waktu tu semua kemungkinan akan berlaku...tak mustahil kalau Cusack leh mati...penonton leh tertunggu...dan akhirnya........

hehe...kalau ada masa sila layan cerita ini di pawagan...(leh dload dr internet..tp kat rumah kalau ada tv 42 inci ok la nak tgk..yg penting kepuasan nak tgk kan...)


kita layan gambar skit nyer...








Lead actor (for me..) Chiwetel Ejiofor @ Andrian Hemsley














credits : movie.sulekha.com, 2102spplies.com

Feb 13, 2008

Kepoweran Tina,Beyonce,Alicia & John

aku tak ada benda nak update ni...ada benda nak cter tp tak ada ayat nak karang la..so layan saja la yotube ni...show dr Beyonce & Tina Turner, Alicia Keys & John Mayer kat Grammay Award 2008 semalam...bestttt....power lagi sora Tina Turner tu....

layannnnn...............





Feb 5, 2008

fuyoooooo Bob...........cayalah!



ada sapa2 yg tgk Bob tak waktu kat AJL hr tu? Ya Allah..best kan.....sedap betui sora dia..betui meresap dlm jiwa bila dengar dia nyanyi...walau tu lagu org...cara dia sampaikan tu mcm lagu dia sendiri...mmg mengasyikkan...bak kata kat ogy dlm AF, feel tu sampai pada penonton..dan penonton tu aku la tu...hehe

waktu aku tgk Shari nyanyi lagi Kaer tu..aku kata kat kakak aku...best lagi kalau bob nyanyi...tup tup last2 tgk bob ganti ajai yg nyanyi...dia dpt tau kena ganti sehari sebelum AJL tu lak....brani tak bob tu kan..?

tp silap skit..Bob ada kesilapan skit waktu awal tu...kalau tak dia leh menang arward vokal terbaik..dia leh keep up lagi dna yakin walapun tersilap dan tak nmpk kekok dgn kesilapan yg dia buat...tu dikatakan pro!

sampaikan Ramli MS pun puji dia dlm komentar di akhbar b-pop..malah dia kata orkestra dia pun salute Bob dgn ketuk kayu kat buku not muzik tu..arghhh aku tgh mencari rencana pasal ni..tp tgk kat web tak ada la pulak...nnt da ada update kat sini...

btw...layannnnnnnnnnnnn lagu yg Bob nyanyi ni....

Jan 26, 2008

Heath Ledger (1979-2008)



Terkejut aku dengan berita ini...salah seorang pelakon kegemaran aku...1st time aku lihat dia dalam filem 10 things i hate about you..kemudian Casanova....semua itu memberi kesan kepada aku kerana lakonan dia..dengan loghat australia dia tu....tp bakat dia..kelebihan dia..rezeki dia...akhir dengan tragedi...


Kenapa begitu mudah kematian ini aku rasakan..
Sememangnya kita tengok hidup orang2 terkenal ini mesti dilimpahi dengan kemewahan..apa yang diinginkan ada di depan mata..tapi sebenarnya kita tak tau bahawa mereka ini hanya manusia biasa...ada perasaan sama dengan kita...ada kelemahan sama seperti kita dan ada juga kelebihan..juga seperti kita...


maka tak ada apa yang perlu dibanggakan kalau ada wang berjuta-juta dan kemewahan yang tiada batasan..kalau pengakhiran malam kita tidur kesorangan dan esoknya bangun hanya untuk membahagiakan orang lain.bukan diri kita...
tak guna hidup dalam tekanan sebab akhirnya memakan diri..


begitu juga dgn Heath,dikhabarkan beliau menghadapi masalah tidur dan sering bergantung kepada ubat hanya utk mendapatkan lelap yg selelapnya..beliau mungkin terlalu bekerja keras untuk menempatkan diri dia dalam dunia Hollywood yang mencabar..mungkin ya mungkin tidak...tidak sapa tahu apa yang tersirat dalam hati dia...kesian anak dia Matilda...si kecik yang kehilangan ayah buat selama-lamanya...dari kecik sudah merasa penceraian ayah dan ibu..
akhirnya tidur nyenyak yang dia inginkan... 'tercapai' jugak....