Eh betul ker ikut saya ni?

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Feb 6, 2012

Mari Memasak : Roti Telur Cheese

masak lagi.....nak habiskan stok roti

its a simple menu...menu org malas....

roti
telur (dipukul)
1 keping cheesedale
sedikit mayonis
sosej
kacang panggang

**roti dibelah dua...sapu mayonis dan sedikit cheesedale dlm roti tu..sapu telur dgn berus (cara sapu telur ni leh jimatkan telur..1 biji leh guna utk 8-9 keping roti). masak dlm stick pan
**goreng sosej...masak skjp kacang panggang tu...lebihan telur tu leh buat scramble egg..

******* dan siap!



Feb 5, 2012

Mari memasak : Roti Cucur

Salam...

dah lamanyer tak update blog...
kesian kat blog ni...
insyallah akan usaha gak utk memeriahkan blog ni lagi nyer....

so 1st n3 utk 2012 ni....jom masak2...

pernah dengar roti cucur? ni la 1st time buat...bahan2 dan cara buat sama saja mcm kita buat cucur biasa....cuma bahan utamanyer ialah roti..kalau adal ebih roti tu dah tak tau nak buat apa...buat la cucur ni...sedap dimakan panas2..dan boleh cicah dgn sos cili..

ambik resipi dr banyak blog..leh google..(i pun google tau!)...
ada yg letak udang...ikan bilis...daun bawang..nak bg tambah sedap....

bahan2:
roti yg dicarik2
telur
tepung gandum
air
garam

bancuh semua bahan...mcm kita buat cucur biasa...pastu goreng....






selamat makan!

Aug 14, 2009

Aku rindu....

....nak memasak.....nak cari bahan2...nak pulun tgk blog/fp/web masakan setiap hujung minggu (sila refer pada link 'dari dapur' sebelah kanan blog ni,byk tau blog masak2 aku selalu singgah dulu,cidok resipi tu pun byk kat situ..)...pastu pikir nak masak apa....pastu nak hidang pada family...tgk family makan..tgk depa habiskan makanan...rindu nak ambik gambo masakan pastu letak kat blog....aku rindu semua tuuu....(sila lihat label makan..aku rajin apa masak dulu...huhu)

bila balik duk KL ni payahnyer nak masak balik..nak masak meggi pun rasa mcm payah...tu pun aku duk makan apa yg SIL aku masak..dia mmg rajin masak...sampai anak2 dia pun sihat mcm maksu depa ni hehe...bila aku kata rajin....kalau tgh makan tu anak dia nak telur goreng pun dia leh bangun tolong gorengkan...mmg betul la aku kata dia mmg rajin masak dan anak dia mmg rajin makan...hehe


yer la duk rumah orang...dapur orang..bahan2 pun orang punya..payah la nak masak...nnt kalau aku masak tak makan pulak...tak ikut selera depa...ntah la payah la...kalau kat kampung best saja masak..walau bahan2 tak semewah pasaraya kat KL ni...tapi ada la gak benda yang leh masak....tp sekarangggg...aku tgk dapur saja la.....minggu lepas leh la lepas gian sat sbb aku dok sowang2 kat rumah....depa p cuti2 mesia...aku masak burger dan nasi goreng cina...pues jugak hati aku walau masih lagi ada kekurangan nyer...hmmm..kurang feel nak masak :(

dulu..syok tgk mak dan ayah aku makan..walau depa ni kena berhati2 dlm makan...yer la chese cake..aiskrim..puding manis2 gila tak leh la selalu aku masak...tp ok aper..ada gak aku cuba resipi baru...resipi yang aku tak pernah buat....arghhhh rindunyerrrrr...
bulan puasa ni..1 ramadhan aku balik kampung...dah bgtau kat mak aku..aku nak buat nasi ulam..jangan sapa2 cuba nak curi slot aku nak masak benda lain lak hr tu..ramadhan kedua pun aku dan nak chop..aku nak buat spagetti...tak pun laksa goreng...aku tak kira...aku nak konker masak hari tu..aku nak lepas rindu dan gian nak pegang senduk!

................apa2 pun dah kenyang makan jgn lupa terawih nyer......

Dec 24, 2008

Jom Masak : Roti Goreng Sosej


Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Sosej
Serbuk roti
1 biji telur


Cara buat:
Leperkan roti gardenia terlebih dahulu sambil tu rebus sosej
Setelah sosej masak masukkan sosej roti tersebut ke roti dan gulung dgn kemas
Celupkan roti tersebut ke telur yang telah dipukul dan salutkan kepingan roti tersebut dengan serbuk roti
Goreng sehingga masak
Boleh dimakan dengan sos cili


maaf gambar kureng menarik..ambik dgn hset...huhu

Dec 22, 2008

Jom Masak : Blueberry Muffin

Ptg ni try buat bluebeery muffin. Ni kali kedua aku try buat. Ni buat pun sbb nak habiskan susu dgn tepung muffin tu (tp masih ada baki lagi la pulak). Senang jugak buat muffin ni. Tak mcm buat kek. Nak kena kacau dgn mesin lagi. Ni tak payah pun. Dgn senduk saja pun boleh. Tapi aku nak muffin mcm ni..naik tinggi saja muffin tu pastu ada mcm merekah skit la...




tapi jadi mcm ni pulak....


tak menarik kan...tp yg penting sedapppppp...hehe


aku ambik dr resipi dr youtube ni...senang saja nak buat...inti tu cuma aku beli yg mcm jem tu pastu aku masak pulak inti tu dlm beberapa minit. Baru la sedap. Cuma melekat lak isi muffin tu kat kertas dia. Mungkin nak kena bubuh mentega tu kot.

Bahan-bahan:
1 3/4 tepung muffin
1 camca baking powder
1/2 camca garam
1/4 butter
1/2 cawan gula
3/4 susu segar
1 susu esen vanilla
1 biji telur
1 mangkuk inti blueberry
Cara-cara:
Satukan tepung,baking powder dan garam dalam satu bekas. Bekas yang lain lak satukan telur,butter,gula dan susu segar. Satukan kedua-dua bekas dan kacau sehingga sebati. Masukkan bancuhan tadi dalam bekas muffin dan letakkan inti blueberry. Pastu tutupkan inti blueberry itu tadi dgn lebihan muffin. Bakar dlm ketuhar dlm 20-25 minit sehingga masak.

Dec 21, 2008

RFC @ Kangar Perlis

RFC (REAL fried chicken) ni kiranya 1st kat Perlis la atau kat Mesia. Aku rasa baru buka beberapa bulan kat sini..Mcm kfc gak tapi kurenggg skit dr kfc. Setakat nak makan ayam ala2 kfc tu dgn harga yg murah dan nak bertukar selera leh la menjamu kat sini. Kedai ni dekat dgn Hotel Putra Palace dan depan Taman Sena Indah. Kalau dr roundbout besar tu nak ke Arau kedai ni sebelah kanan dan mmg akan nmpk tepi jalan tu. Parking agak senang tak la payah sgt cuma keberangkalian nak parking depan kedai tu mgkn payah skit.

Menu dia mcm kfc cuma tak ada bun dan burger. Harga dlm lingkungan RM 1.++ hingga RM 29.++. Cukai tidak dikenakan. Rasa tuuuu mungkin leh diperbaiki lagi. Not bad la...Aku leh bagi dlm 3.5 dr 5. Service pun aku leh bg dlm 3.5 dr 5 jugak. Kena bayar bila time order tp makanan akan dihantar ke tempat anda. 1st time p tak ramai org, so cepat la dpt makanan tu. Bila second time p, utk farewell aku lambat lak makanan sampai sbb nak tunggu ayam digoreng dulu. Lain kali kena prepare la time2 nak ramai org pastu time org nak dpt gaji kan..kena la sedia terima tempahan yang tak cukup tangan nyer...Overall..not bad la..leh singgah lagi...kalau ada rasa duit lebih sila la berkunjung ke KFC nyer...hehehehehehehehe

Ni aku tempek gambo waktu aku kesana...1st time aku p dgn geng2 forum CARI...second time aku belanjer kawan2 aku sempena farewell aku nak ke KL..huhu..we have so much fun there...

Dec 6, 2008

Jom Masak : Spaghetti Carbonara (bolognese?) Tesco





Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 tin mushroom bulat - dibelah dua
1 botol sos spagethi - ketiga2 bahan ni beli kat Tesco jenama Tesco nyer
Sedikit daging cincang
fish ball secukup ramuan
sosej secukup ramuan
sayur campur secukup ramuan
garam
2 biji tomato - diblend sehingga hancur, jgn letak air banyak sgt nnt cair sgt
sedkit oregano
1 helai daun bay
1 biji bawang besar utk menumis
sedkit sos tomato dan cili secukup rasa

Cara masak:
tumis bawang, tumis daging sehingga masak
masukkan sos spageti dan biarkan sehingga masa
masukkan fish ball, sosej, sos cili dan sos tomato serta mushroom
perasakan garam rasa dlm sos yang dituang tadi
masak biar mendidih
masukkan sayur campur, daun bay dan sedikit oregano dan masak beberapa minit
tuang atas spageti yang telah direbus tadi dan boleh dimakan

==dinamakan spageti tesco sbb bahan utama beli kat tesco.dan ini percubaan pertama yang aku buat style carbonara ni.selalu buat spageti goreng saja. dan Alhamdullilah percubaan ni aku berjaya dan berjaya mendapat pujian..ngeh ngeh ngeh. dan bahan2 lain mcm fish ball aku letak ikut suka aku tak ada nak bilang berapa biji. kita yg masak kita le tgk sendiri cukup ke tak nyer...selamat mencuba ====

Aug 19, 2008

Jom Makan: Chicken Chop

aku suka makan chicken chop. Kalau p western food restaurant mesti order ni. Sbb apa...? sbb murah la antara menu2 western tu...hehe
Waktu aku kat KL dulu, aku selalu p makan dgn mmbr2 kat Pandan Indah. Ni gerai bekas anggota kumpulan Kool dulu. Gerai dia betul2 sebelah jalan masuk ke LRT Cempaka. Dekat gerai tu ada pulak kedai basuh kereta. So sambil makan kalau nak cuci kereta leh la. Banyak pilihan makanan kat situ..dr satey, makanan bergoreng, nasi semua ada..So sapa yg ada kat area situ sila sinngah. Chicken chop dia mmh sedap. Mmbr aku yg dok Shah Alam sanggup turun Pandan Indah sbb nak makan chicken chop. Dulu selalu makan tp tak ada lak nak ambik gambo sbb waktu tu budak2 inesen gitu..kamera phone pun tak kenal lagi..miahaha
Tapi aku diperkenalkan lagi chicken chop yg best. Ni kalau tak silap aku kat area Gombak. Aku tak ingat exactly tempat dia. Ya Allah..pues hati aku makan...Kenyang sampai ke pagi esok nyer...Dia punya sos pun marveles...Baru mkn sekali..terus termimpi2..pastu p KL second time singgah la gerai dia. Aduhhh tak ada lak chicken chop tu..kempunan aku dtg jauh2 ni...huhu. Gerai dia speciality char-keawtiew. Kalau order yg special ada la tambahan ayam goreng. Mmmg marveles...Harga pun ok..sesuai dgn kuantiti makanan dia.. walhal aku makan kat Kangar, kat Kopitiam Repoh depan Istana Repoh tak la mcm yg kat KL ni.Dah la harga agak mahal..menu pun kureng skit tp suasana dia mmg best la...leh makan sambil tgk bola...


Ni Chicken Chop kat Repoh Kopitiam..harga bawah RM 10.00..lebih kurang sama dgn y g aku makan kat KL ni

Ini yg aku makan kat area Gombak ni..tak tahu la bila aku leh sampai lagi...huhu

Bon-apetie!...

Aug 1, 2008

Jom Makan : Cucur Ikan Bilis, Nasi Goreng Cina, Pizza Arab


Jom layan cter makan2..
Minggu ni aku puasa..
So selasa hr tu, buka puasa dgn pizza, roti bakar, air kacang soya dan tau fu fa...
Ni menu bukan aku sowang saja tau...sekali dgn bibik aku la...
Pastu yg lain2 tumpang mkn sama....opkos lepas aku rasmi makan la..hehe


Pastu cuti Iskraj Mikraj aku tak puasa...tp pg tu masak nasi goreng cina dan petang tu buat cucur ikan bilis....nyam nyam...lapaq nak makan benda2 yg pedas dan panas...

Lepas tu, khamis aku berbuka dgn Pizza Arab. Kenapa Pizza Arab? Ni resipi maksu aku, buat inti untuk pizza, pastu letak atas Roti Arab tu..maka jadi la Pizza Arab...hehe

Mula2, aku rebus dulu hotdog tu dan masak sekejap sos prego dlm tin tu. Ni sbb aku cuma masak dlm microwave saja, tak letak dlmoven, malas nak bak keluar dr rak.Letak sos, tabur sayur campur dan hotdog yg dihiris nipis dan letak keju. Masak dlm 3 minit dan makan. Sedap makan panas2...

Gambar bawah sebelum di masak..dan bawah sekali setelah dimasak dan boleh dimakan....



Tapi hari ini, atas sebab-sebab yang tak dpt dielak aku tak puasa...kalau tak cukup la puasa ganti aku ni. Eh! lagi sebulan tau nak masuk bulan Ramadhan...kena la ganti cepat2 kan...

Bon Apetie!

Jul 26, 2008

Musim buah kembali lagi....



Buah Dokong



Buah Rambutan


Buah Manggis dan Petai


Buah Kerkup

Alhamdullilah...berkat kesabaran ayah dan mak aku dalam 10 thn lebih ni hampir tiap2 tahun dapat la merasa buah-an tempatan sendiri yg dipetik dr belakang rumah. Banyak gak buah2 yg ada, aku tak sempat nak ambik gambaq...ptg tu tgk ada org kutip buah, ptg esok balik lak tgk tinggal separuh. Rezeki jiran2 dan sedara yg terdekat. 2 thn lepas abg ipar dgn kak aku buat jual buah rambutan...ratus ikat la jugak dpt tu. Thn ni buat 'jual' kat perut sendiri..hehe
Dan baru saja tadi abg dan family dia balik dr KL dan sempat la depa bawa balik semua buah-an tu...(mujur tak sempat kirim bubuh dlm kotak dlm bas) Merasa la jugak mak dan ayah aku makan pulut dgn durian dgn cucu2 depa...walau depa tak reti nak makan pulut..tp aku tgk hentam saja depa mkn pulut tu...
Dulu teringat kalau musim buah-an, aku dgn family sedara semua makan nasi kat dangau kat Kampung Kebun, Arau milik mak aku. Best jugak mkn sana.Dgn ada sungai kat belakang tu,pakat semua bawa makanan skit dan makan semua sekali dgn duk petik buah. Panjat pokok mmg selalu la...yg dok KL, semua pakat balik kampung sbb tau musim buah dah sampai. Aku syukur ada mak dan ayah yg berfikiran jauh ni...mmg hasil pada tanaman ni mmg menguntungkan. Aku saja yg kurang berminat.Kalau bab cucuk tanam ni, aku lebih suka tanam sayur saja. Tp kalau mintak petik buah aku tak kisah la...tp memandangkan aku dah semakin tua, ayah dan mak pun semakin uzur maka anak2 la yg akan ambik alih, so aku kena belajar skit2 bab tanaman ni..ulam-ulaman semua yg ada kat rumah.Skrg ni mak ada, mak yg urus semua, nnt dah tiada............
Sekarang ni dangau tu dah tak ada, tanah mak aku pun diambik kerajaan sbb nak buat tadahan utk elak banjir di Arau.Ayah lak di kerusi roda, mungkin payah skit nak makan2 lagi kat Dangau...kenangan yg abadi...:)





Dan ini bukan buah..tp aku kumpul magnet peti ais @ fridge magnet. Updated 27 Julai 2008. Aku kena ambik gambaq nnt leh tau mana yg hilang. Dan leh pesan kat bibik aku kalau ada yg patah jgn rajin p lak buang kat tong sampah, leh prepare lagi kalau ada yg pecah. Tadi pun anak sedara aku bg pecah kepala kaple Vietnam tu..aku gamkan balik.Harap2 pas ni riwayat kaple tu berpanjangan...huhu
Kalau ada member2 yg selalu p overc yg sudi belikan FM utk aku..sila la..sila la...aku amat berharap leh kumpul koleksi ni..jgn bimbang, aku tak akan order dgn ayaq liuq ada bayaran la leh kasi....kalau bagi free pun aku lagi sukaaaaaaaaaaaaa....hehe

Jul 23, 2008

Jom Makan : Apple Pie, Nasi Goreng Tomyan dan Ayam Bakar Sos Lada Hitam




Saja masak 2 minggu lepas...Apple Pie ingat nak buat mcm Mcd punya..tp tak jd pulak..kalau Mcd inti dia lembut,ni keras skit, tp ok la 1st time try..
Pastu buat nasi goreng tomyam and then buat ayam masak sos lada hitam tu. Bila jamu semua tanya beli mana,walhal masak sendiri tauuuu..guna perencah sedia ada...yg depa tanya mungkin sbb ada aluminium oil tu, huhu......
apa2 pun mcm biasa yg penting habissssssssssssss..
nak resipi ker...kalau nak nnt tempek..mcm malas la pulak...ngeh ngeh ngeh

Jun 5, 2008

Menu wkends lepas....

Spageti goreng...



Ayam masak merah...(1st time buat sendiri tauuu..tp opkos la dgn bantuan ibu tercinta..hehe)


Nasi tomato..(pun 1st time buat sendiri...hehe)


mcm biasa....semuanya sedap dan semuanya habis di makan..
alhamdullilah....
Resipi tak payah la...benda senang saja...:)

wkends ni nak p cuci rambut dgn member opis...yg sowang tu nak p berurut,pastu kalau terajin mungkin buat pai epal ala mcd tu..dah jumpa resipi nyer....tunggu ajer la nyer...

May 30, 2008

Gath Mempelam Harumanis @ KP Forum Cari.Com.my


Layan gambar2 dulu....hehe
Kredit to : HANG,PROMULGATE dan MsCIN.. :)



































Laporan Gath Mempelam Harumanis
Tarikh : 24 Mei 08 (sabtu)
Jam : 3.00 - 6.30 ptg (Bhgn 1)
6.30 - 7.30 mlm (Bhgn 2)
Tempat : Rumah MsCin
Gerai Mee Jabar
Kehadiran : MsCin
Ebok
Noret
Hang
Adzril
Promulgate
Stoberikiut
UltraCoolGuy

Kali ni gath diadakan di rumah MsCin sempena musim mempelam Harumanis di Perlis. Ebok dan Noret mula2 sampai dlm kul 3. Terkujat sikit sbb ingat depa nak mai lambat. Nasib baik dah prepare semua. Depa senang nak cari rumah . Pastu sesi sembang 3 anak dara dr hal forum sampaila ke politik. Besttt...Pues hati sembang dgn depa. Pastu Adzril dgn Hang sampai sekali. HANG masih tak brapa ingat rumah lagi . Dalam masa sama duk try call Prom dgn Kak Senah. Tp tak angkat pulak .Takut lak kot2 Kak Senah pengsan ka apa sbb pg tu jumpa dia dia kata tak sihat. Call Ultra kata otak dia weng skit hr tu, nak tgk kalau dah ok mungkin dia akan sampai. Takut lambat depa sampai, maka jamu la depa yg sampai dulu. Ni antara menu2 hr tu:-
Pulut
Buah mempelam Harumanis
Durian
Dadih
Kentang Goreng Cheese
Kuih Tepung Talam
Ikan Kering
Kek (HANG yang bawa..tq)
Keropok (Ebok & Noret..tq)
Rojak Buah (Kak Senah..tq)

Makan dan sembang dalam lebih kurang sejam pastu, Promulagate call kata nak mai.Alhamdullilah. Kak Senah pun sms bgtau nak mai lepas Ansar. Syukur...Sambil duk tunggu yg lain, sembang2 skit duk usik HANG dgn kedai kek dia tu. Siap promote lagi kedai tu kat noret dgn ebok. Mmg sedap kek Tiramisu tu. Ralit sembang kentang goreng habis satu pinggan. Licinnnn.Pastu Promulagate sampai terus p goreng ikan kering utk dia sbb dia sowang saja tak makan buah. Aduh...dah goreng ikan kering Noret dan Ebok terus tergoda. Tahan2 Ebok nak makan kali kedua sbb 1st round dah makan durian 8 ulas dgn pulut dua kali tambah. HANG pun sama tambah pulut. Diam2 saja mamat tu mkn....hehe...Adzril tgk saja depa makan sbb tak makan pulut. (x tau lak dia x mkn pulut..hmm). Noret tgk saja, dlm hati no komen..!Tahan godaan ikan kering tu. Pastu Kak Senah mai, bawa rojak dan bukan Roti Jala....hehe. Noret diam2 second round pulut dgn ikan kering saja.....Layannnn....Sembang lagi.....Sambil sembang Prom bawa keluaq kamera photographer dia...Ebok siap posing lagi sbb Prom kata leh transform dia jd kecik skit dr biasa.... Sambil tu Prom pomot dia leh buat projek ambik gambaq utk tunang dan kahwin. (tul kan?)Sembang lagi masuk bab politik, Kontraktor Kelas A dan F..hehe..pasal forum.....mcm biasa...Pastu geng2 perlis duk goda ebok nak p rasa Mee Goreng Jabar.HANG goda ebok p kedai kek awek dia. Pastu Ebok kata terliuq tgk gambar mee goreng Jabar kat thread ni. Apa lagi pujuk punya pujuk Beok setuju. Noret ikut saja. Dok tak mau2 p tu p jugak kat Mee Jabar. Dalam nak p tu, Ultra call kata nak mai. Tunggu dia pulak. Dia sampai minum saja. Tak duk lama second round Gath p Gerai Mee Jabar. Prom pulak kata nak ambik gambaq ramai2.

Cayalah.....Tunggu nak tgk gambaq dia ambik.hehe..Otw ke Gerai Mee Jabar, sempat tunjuk Kedai Kek dan Gerai Nasi Halba dengan Fatin Corner.Pasni Ebok dgn Noret tak sesat lak mai Kangaq kan.Prom tak jd p gerai, dia balik ofis.Kak Senah,Cin,Ultra,Adzril order ayaq saja. HANG order bihun goreng.Ebok dgn Noret order keawtiew goreng. Sesi merasa antara depa. Sempat gak merasa Bihun Goreng yang HANG pesan (kena bg rasa la jugak kan takut kempunan balik kedah nunnnn).Dalam duk makan tu adala statement kelauq dr mulut Ultra, Ebok sentap!hehehe...Tp sentap manja2 kan....tp tak reveal kat sini..rahsiaaaaaaaaa....diam2 tak jumpa terus Ebok kena sakat dgn Ultra...hehe.....Dalam dok kenyang Ebok tu, keawtiew habisssss gak makan...Noret order balik Mee Goreng, Kak Senah bawa balik Pasembor dan Cin Keawtiew Goreng. Noret belanja minum. Dok bayaq duit tu, Ebok sekali lagi kena sakat dgn Ultra...heheheDalam kul 7.30 mcm tu...semua balik ke destinasi masing2...


Nota gath:
Setiap yang hadir, Mod Noret dn bantuan Mod Cin sedia beri kedit 500. Cayalah....
HANG mcm biasa setiap 5 minit sembang pasal nak paw kedit.
Terima kasih pada yang semua hadir. (dah lama tak sembang sesama kan?)
Persetujuan secara lisan gath Raya akan dibuat di Rumah Ebok (mcm thn lepas..dan menu mungkin sama mcm thn lepas jugak)
Selepas gath ini, gath Lunch akan dibuat di kawasan Alor Setar.
Utk musim mempelam Harumanis thn depan, para forumer leh buat tempahan secara PM,YM dan SMS terus kepada Forumer Stoberikiut...hehe