Eh betul ker ikut saya ni?

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Aug 22, 2008

Masa untuk beramal....



Sempena Bulan Ramadhan yang akan menjenguk nnt...dengan gaji yang bakal diterima la kan...apa kata meh kita ramai-ramai derma kat Islamic Relief Malaysia (IRM). Derma RM 50.00 untuk satu keluarga berbuka sepanjang bulan puasa nnt. Apa la sangat dengan duit tu yang confirm kita leh dpt bulan-bulan dengan org lain yang daif dan susah sepanjang masa. Ambik la berkat untuk kita berbakti di bulan puasa nanti. Kalau nak info lanjut sila klik sini.

Makasih pada Cik Puan Mantan yang perkenalkan web ni. Duk jauh2 pun teringat gak kami kat sini yang susah...hehe

Jul 24, 2008

Tujuh Ayat Munijat

Dipetik dari email Opis
Tujuh ayat al-Quran yang digabungkan dengan diberikan nama sebagai Ayat Munijat telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. dan orang terdahulu yang alim serta warak sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai sesusahan dan kesulitan . Bacalah pagi dan petang. Insya Allah anda akan mendapat pertolongan Allah apabila menghadapi sebarang kesulitan atau masalah dalam menangani tugas-tugas seharian bagi menjana kehidupan ini.

AYAT TUJUH DAN MAKNA

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٥١)

Ayat Pertama. Petikan dari Surah At-Taubah Ayat 51 yang maksudnya: Katakanlah (wahai Muhamad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.


وَإِن يَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ۬ فَلَا ڪَاشِفَ لَهُ ۥۤ إِلَّا هُوَ‌ۖ وَإِن يُرِدۡكَ بِخَيۡرٍ۬ فَلَا رَآدَّ لِفَضۡلِهِۦ‌ۚ يُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ‌ۚ وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (١٠٧)

Ayat Kedua. Petikan dari Yunus Ayat 107 yang maksudnya : Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


۞ وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَا‌ۚ كُلٌّ۬ فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٦)

Ayat Ketiga. Petikan dari Surah Hud Ayat 6 yang maksudnya : Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).


إِنِّى تَوَكَّلۡتُ عَلَى ٱللَّهِ رَبِّى وَرَبِّكُم‌ۚ مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلَّا هُوَ ءَاخِذُۢ بِنَاصِيَتِہَآ‌ۚ إِنَّ رَبِّى عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٥٦)
Ayat Keempat. Petikan dari Surah Hud Ayat 56 yang bermaksudnya : Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.


وَڪَأَيِّن مِّن دَآبَّةٍ۬ لَّا تَحۡمِلُ رِزۡقَهَا ٱللَّهُ يَرۡزُقُهَا وَإِيَّاكُمۡ‌ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٦٠)

Ayat Kelima. Petikan dari Surah An Kabut Ayat 60 yang bermaksudnya : Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


مَّا يَفۡتَحِ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحۡمَةٍ۬ فَلَا مُمۡسِكَ لَهَاۖ وَمَا يُمۡسِكۡ فَلَا مُرۡسِلَ لَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۚۦ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢)

Ayat Enam. Petikan dari Surah Fatir Ayat 2 yang bermaksudnya : Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ قُلۡ أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ إِنۡ أَرَادَنِىَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ هَلۡ هُنَّ كَـٰشِفَـٰتُ ضُرِّهِۦۤ أَوۡ أَرَادَنِى بِرَحۡمَةٍ هَلۡ هُنَّ مُمۡسِكَـٰتُ رَحۡمَتِهِۦ‌ۚ قُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ‌ۖ عَلَيۡهِ يَتَوَڪَّلُ ٱلۡمُتَوَكِّلُونَ (٣٨)

Ayat Ketujuh. Petikan Surah Az - Zumar Ayat 38 yang maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhamad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu?
Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.

Di baca ayat tersebut diatas sebanyak tiga kali berturut .Amalkan dengan penuh keyakinan dan istiqamah, anda akan rasakan manfaatnya InsyaAllah. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan.

Jul 17, 2008

Dari Email : Sepuluh tip mengurangkan tekanan

Dapat dr email opis...panduan utk semua org dan juga aku secara amnya....

SEPULUH TIPS MENGURANGKAN TEKANAN

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja dalam kehidupan seharian kita Antaranya ialah PERTAMA - Biasakan diri berada dalam keadaan berwudu - Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudu sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wudu sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

KEDUA - Perbanyakkan membaca Al-Quran - Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

KETIGA - Banyakkan Solat Sunat - Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

KEEMPAT - Selalu Berdoa Kepada Allah - Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

KELIMA - Bersangka Baik Dengan Allah - Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

KEENAM - Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah - orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

KETUJUH - Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat - Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis atau penyakit tiga serangkai.

KELAPAN - Menangis Dengan Sepuas Hati - Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja secara kebetulan penulis saksikan sendiri.

KESEMBILAN - Hargai Kebolehan Diri Sendiri - Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

KESEPULUH - Cintai Diri Sendiri - Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya - Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya, InsyaAllah
.

Jun 28, 2008

MAHASABAH DIRI



' Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalunya tidak sempurna sebagaimana yang kita lalui sekarang '……
Pandangan mata selalu menipu,Pandangan akal selalu tersalah,Pandangan nafsu selalu melulu,Dan pandangan hatilah yang hakiki,kalau hati itu bersih..Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...
Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.Tetapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T
Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang-ulang ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad - Petikan Hadis Al-Ghazali.
" Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."Kalau kita berada di alam tabi yang indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tetapi jiwa kitalah yang tidak indah..Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu,Mati ilmu kerana tiada amalDan mati amal kerana tiada istiqomah.Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.

Agama menjadi sendi. Pengaruh menjadi penjaganya.Kalau tidak bersendi runtuhlah hidupDan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat.Kerana orang yang terhormat itu,..Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.
Inginkan mutiara selamilah lautan,Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan........
" People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."Live needs sacrifice, Sacrifice needs fight, Fight needs courage, Courage needs confidence, Confidence determine success, Success lead us to happiness...
Hidup memerlukan pengorbanan,Pengorbanan memerlukan perjuangan,Perjuangan memerlukan kekuatan,Kekuatan memerlukan keyakinan,Keyakinan menentukan kejayaan,Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah matiCita-cita tanpa usaha adalah mimpiIlmu penyuluh hati yang bersih,Pengorbanan memerlukan usaha yang gigih,Natijahnya kejayaan bakal diraih,Kutuman senyuman akan tersurih,Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...
Diam merupakan sebuah keputusan hukumSebaik baik perkataan adalah yang sedikitNamun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannyaSiapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannyaYang lahir dari hati adalah keikhlasanYang datang dari akal adalah kewarasanBersatulah hati dan akalMelawan nafsu yang bakal memusnahkan


Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk
Malu daripada lelaki adalah baikTetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baikTetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baikTetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baikTetapi daripada orang miskin lagi baik"
Tunjangkan resah mu di dada solat, himpunkan peritmu di genggaman doa, tutupi kekecewaan dengan taqwa, dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati ". Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan...

Bunuh diri......


Pengenalan

Bunuh diri adalah perbuatan dengan niat untuk menamatkan riwayat /nyawa. Apabila perbuatan itu gagal, ianya dipanggil cubaan membunuh diri.
Kadar membunuh diri berbeza mengikut negara bangsa dan budaya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun
Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan.
Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.


Bagaimana mengenal pasti seseorang yang berisiko membunuh diri?
Semua percubaan membunuh diri perlu diberi perhatian!

-Seseorang yang bercakap tentang idea atau hasrat untuk membunuh diri.
-Seseorang yang pernah mencuba membunuh diri.
-Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga bunuh diri.
-Mempunyai tanda-tanda kemurungan seperti tidak mempunyai harapan
-Penyalahgunaan dadah
-Seseorang membuat rancangan untuk membunuh diri seperti mula mengagihkan harta dan menulis 'suicide note'

Komplikasi
Mereka yang membuat cubaan membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ia mungkin menimbulkan perasaan bersalah dan marah. Ia boleh mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan, penyakit mental yang teruk seperti kemurungan dan penyalahgunaan dadah dan sebagainya

Rawatan
Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan ingin membunuh diri?

-Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.
-Simpan ubatan di tempat yang susah di capai sekiranya anda berniat untuk mengambil dos yang berlebihan.
-Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.
-Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan
-Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda.
-Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon
-Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya


Bagaimana anda boleh membantu seseorang yang ingin membunuh diri?
-Ambil berat/serius luahan/aduan
-Jangan mengkritik
-Jangan berjanji tentang kerahsiaan
-Dapatkan bantuan profesional
-Pelajari tanda-tanda awal
-Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri
-alternatif lain untuk mengatasi masalah
-Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.



Mar 28, 2008

Renungan di hari Jumaat : Khasiat Surat Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran atau pembuka rezeki hambanya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya “. (Petikan dari Hadis Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Petikan dari Hadis riwayat Ibnu Ady).
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.
Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, telah menjadi amalan orang terdahulu yang alim lagi warak dalam menuntut keredhaan illahi yangmana terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.


Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi Muhamad S.A.W. sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.


Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Bagi yang sakit migrine bacakan surah Al-Waqiah Ayat 19 yang berbunyi
seperti berikut sebanyak tiga kali atau tujuh kali melalui air yang bersih lalu disapukan dibahagian kepala diulang selama tiga hari atau sehingga sakitnya hilang.

Maksudnya : [19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya zahir dan batin .Insyyallah………..Aminnn

Sep 2, 2007

Balasan cinta-Nya


Dapat dari majalah Nur bulan ni. Harap dapat memberi petunjuk dan panduan kepada semua..terutama kepada ku...

Allah berfirman yang bermaksud. "Aku selalu mengikut sangkaan hamba-Ku. Dan Aku sentiasa bersama-samanya. Ketika itu mengingati-Ku dalam diri-Nya, Aku pun akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-Ku sepanjang sejengka, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari
.
(Hadis Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


Kehidupan di dunia tidak lepas daripada ujian Allah. Tetapi percayalah, seberat mana pun orang Islam diuji, mereka tetap disayangi Allah, tetap dilindungi dan dipelihara. Hidup mereka tetap dilimpahi rahmat dan jalan kenaikan tetap terbuka.
Syaratnya sangat mudah! Andai kita mengingati Allah, maka Dia juga mengingati kita. Andai kita tidak jemu beribadat pada-Nya, Dia juga pasti tida kjemu pada kita. Andai kita cintai Dia, Dia juga pasti mencintai kita semula. Itulah janji Allah yang tidak pernah mungkir.



Bisikkan ke Hati,
'Ya Allah, padamu aku curahkan kasih sayang dan kesetiaan ini. Engkau tempatku mengadu. tempatku meminta dan berharap. Engkau satu-satu penghibur hatiku, penyelamatku kala kedukaan dan penenteram, hatiku dalam kedukaan. Engkau segala-galanya bagiku.



Kredit : Majalah Nur September 2007