Eh betul ker ikut saya ni?

Sep 20, 2008

EG Gift @ Forum Cari.com.my


Dapat EG dr kak nanie hr ni..EG ni actually yg kita org buat kat forum Cari.com. Aku la yang mengepalainyer sbb aku Mod kat situ..hehehe..Mula2 daftar nama pastu dah cukup masa undian akan dibuat menentukan pasangan (aku la tu yg cabut undi..hehe). Pastu mula la sesi membeli dan memberi serta menerima hadiah dr pasangan masing-masing. So pasangan aku ialah Hananie dan orang yang aku kena bagi hadiah ialah Gutes_madchen. Selamat dah semua aku buat. Tunggu yang lain pulak. Kalau ada yg tak settle lagi selepas tarikh tutup aku akan potong kedit depa sebanyak 50. 50 banyak tu tau kat forum.Sampai ada gaduh2 la kat forum pasal potong2 kedit ni..sensitif wooooo

So kak nanie bagi kat aku,kotak make up, FM dr Port Dickson, Novel dr Norhayati Ibrahim dan 4 jenis buku masakan beserta dgn kad raya...tq soooo much...hehe




yg ni la yg aku bg kat Madc ni..abaikan kucin tu..dia saja post gambo jam dgn kucing yg selalu dok gaduh dgn dia..hehe....





Sep 18, 2008

Reunion SMKAP

Td dpt call dr mmbr aku Fid..katanya nak buat reunion geng2 smkap raya ketiga ni..nasib baik la aku cuti kalau tak, harusla tak leh jumpa geng2 ni balik...last buat reunion 2 thn lepas tu pun tak byk yg dtg sbb last minute rancang, tp berbaloi gak la sbb dpt la jumpa geng2 walaupun tak ramai. So sapa2 yg rasa dia tu pernah sekolah kat SMKAP Kangar, Perlis ambik SPM tahun 1994, kalau free hadirla reramai, bila lagi la kita jumpa kan.Dah dekat 14 thn rasanya dah meninggalkan alam persekolahan menengah. Time ni la nak jumpa kan...Tp semua jumpa nnt dah ada anak laki...aku saja sowang2...huhu...So..kalau ada yg kenal geng2 SMKAP Kangar, sila la contact aku dgn YM aku atau hantar email....nnt aku akan roger lain any perkembangan pasal reunion ni.

Acara : Reunion SMKAP
Tempat : Pizza Hut Perlis
Jam : 10.00 pagi (akan dipinda jika ada permintaan)
Hari : Raya Ketiga (Jumaat) bersamaan 3 Oktober 2008 /3 Syawal 1429
Bayaran : RM 20.00 (akn dipinda mgikut bil peserta)

Sep 16, 2008

Mood Raya




Baru dpt kad raya dari opis hari ni...tp dpt skit saja..huhu..
So sapa yang nak dpt kad raya ni leh email/YM alamat rumah/opis nak hantar kad ni, terhad kepada 5 org sahaja..Tawaran ini tidak terbuka pada BG nyer :P

Cakap pasal raya2 ni kan...hmmm..Yer la org kata bermaafan sesama kita kan. Mulakan hidup yang baru,buang yang keruh ambik yang jernih and bla bla bla..Tp aku dgn ratu ular ni tidaknyer mengharap nak mintak maap ke aper..sbb aper, 2 thn lepas sewaktu aku dgn dia sahaja, aku ada menghulur tangan nak mintak maap kat dia waktu raya la, tp dia x mau tauuuuu..malu aku hanya tuhan saja yg tahu. Nasib baik aku dgn dia saja waktu tu, kalau org lain nmpk aduhaiii...dan sejak hr tu mmg terasa sgt dgn dia walau aku mmg hari2 terasa dgn perbuatan dia selama ni. Thn lepas, leh pulak kata suruh aku maafkan dia sbb dia takut nnt dia tak lepas kat akhirat.Helo! kau ingat dgn aku sowang sja yg kau berdendam? Ramai tauuuuuu...Duk negeri kecik ni pun kau dah bermusuh dgn brapa belas org.Huh...kalau jenis tak sedar diri ni kan..Thn lepas aku tak salam dgn dia pun..aku lari kat belakang opis dia buat2 cari aku. Heran apa aku, malas nak buat baik dgn dia...Ni bulan posa pun mulut tak bertapis. Laser mcm tu jugak. Thn ni tak tau la pulak kat mana aku nak mengelak dgn dia...eeee kalau diingatkan2 mmg cemuih sgt ni...ish!

Sep 9, 2008

Awards dan Tag

i.

Kisah Award....
Second time dapat award ni. Kali ini dari blog eiyra lak...thanks nyer.....


This award is for those bloggers who are nice people; good blog friends and those who inspire good feelings and inspir
ation also for those who are a positive influence on our blogging world. Once you’ve been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award.

Seterusnya nak bagi award kat geng2 ni pulak nyer..terima la nyer buat penganti duit raya...hehe

a. foxey
b.
BG
c.
Jujuamin
d.
Ayugirl23
e.
Mantan

ii.

Kisah tag.....

Bagaimana caranya
1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag

Dapat tag:

a.Yanti ::
www.loadpoint.blogspot.com/
b.Eiyra :: www.
mydailymenses.blogspot.com/

Seterusnya nak bagi tag pada:

a. 13May :: http://13maysakitkepala.blogspot.com/
b. Ebok :: http://duniaohdunia.blogspot.com/
c. Liyana :: http://saraliyana.blogspot.com/
d. BG :: http://ab-sy.blogspot.com/
e. Maid ::
http://amybarakbah.blogspot.com/

iii.

Kisah tag Vol 2..

Seterusnya tag jugak dr Liyana...ingatkan nak buat thn depan tp bersemangat lak nak menjawap ni...hehe

3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
1. mcm biasa la..mengelamun
2. buat kerja last minute
3. meniru...huhu (adik2 jgn ikut tau...hehe)

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??
1. BM sbb selalu score dalam karangan. Bila besaq ingat nak jadi penulis tp jd lain lak..hehe
2. English pun sbb selalu score dlm exam dr sekolah men sampai kolej. Tp skrg mcm kureng lak ckp english...huhu
3. Sejarah sbb suka baca kisah2 benar yang lepas.

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
1. Matematik sbb mengira..tak suker tauuuu dr dulu dan sekarang
2. P.Jasmani sbb badan tak brapa fit kalau nak p senaman..hahahaha
3. Lukisan sbb mnat melukis tp sampai skrg tak reti2 nak melukis so tak minat la...nyampah

MENARIK PADA KAMU...?
Sense of humor si dia.....waduuhhh

KAMU PALING SUKA...?
Makan dan masak dan tgk tv

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...
Nyawa..hmmm

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI...
Erk......kiv la thn depan jawap ni

Nak bg tag lak kat sapa ni..
erkkkk tunggu thn depan....hehe


Sep 6, 2008

3 hari 2 malam di Perlis Vol II

2-3 hari lepas krew tv9 mai lagi kat perlis utk shoot rancangan ni. Host dia Dr Fazley dan artis undangan Sarah Raisuddin dan adik dia. Aku sempat jenguk depa time berbuka puasa kat Kuala Perlis saja. Yg lain2 mmbr aku yg ikut. Nak dijadikan cerita malam tu kat restorant tu agak kelam kabut skit sbb makanan lewat sampai. Tapi tak la lewat sampai berbuka pun lewat. Orang lak ramai sbb kat area tu cuma gerai tu saja yg buka. Mmmg ramai dan makanan yg kami order pun lewat sampai walau dah order 2-3 hari sblm tu. Aku dgn geng biasa saja tak la kelam kabut sgt. Tak nak timbul kekecohan. Tp same time duk push jugak gerai tu masak cepat skit. Sambil tu mkck tu pun sampai la kat gerai dlm kul 7 lebih. Dia tgk meja pun tak brapa nak setting dgn menu yg tak siap atas meja, meraban lak gak dia. Tp volume suara tu slow la skit mungkin sbb artis ada kan...mungkin dia nak kaver. Aku dgn geng mmg dah cuak dah..dah la makanan lewat sampai pastu dgn peel dia. Terus hilang teruja nak jumpa Dr Fazley dgn Sarah tu..nak ambik gambar pun tak...rasa tak syok lak dia ada dgn peel kelam kabut dia tu..dah la tu siap bg warning kat tawkey kedai tu pulak...hmmmmm...sampai producer pun leh tau peel dia walau 1st time jumpa...mlm tu kami mkn ala kadar saja dan cuma leh salam saja dgn Dr Fazley and krew sekejap saja..x dan nak sembang2 apa :(..mmg kebiasaaan kalau ada mkck tu mmg hilang terus mood nak bekerja...kalau lebih2 mau setahun dia mengungkit..nnt ckp nak lawan pengarah lak...huh!

second day...depa ikut p shoot lagi...yg juga merupakan last day..last day tu jugak depa p berbuka kat Teratai Putih Restaurant..dan kami lak tak di ajak...uwaaaaaaaaa frust aku dgn geng...kalau tak mau aku p jugak....tak per la apa nak buat kan...hasil dr penceritaan mmbr aku mmg Dr Fazley and Sarah mmg sempoi tak ada la berlagak2 ke aper..mmg depa best..dan ada gak satu dialog Dr Fazley cakap dgn budak praktikal aku tu...hhehehhehe tp rahsia takut jd cter sensasi lak...kuikuikui..

apa2 pun ini gambo yg sempat di ambik oleh mmbr aku waktu last day tu....hmmmm layan ajer la...







So jangan lupa tonton rancangan ni kat Tv9, 21 September ni kul 9.00 malam....and Dr Fazley mmg hansem bangattt..........:P

Sep 3, 2008

Bila blog pun berpuasa....

Maka sunyi la blog ini tiada teman..
tuannya asyik pening2 dan blur kaedahnya...
nak menulis pun jari2 tiba menjadi kejang..
merapu saja inti2 blog itu nanti..
biarlah...
mungkin masa tidak sesuai....
mungkin masa tidak mengizinkan...
mungkin masa...tidak ada masa...

jadi..............................?


erk......!


toing...toing...toing...
(pinjam ayat juju sat)

Sep 1, 2008

Cuti..Kerja...Puasa...erkkkkk??

Hari ini 1st day umat Islam berpuasa...aku pulak tak brapa nak feel puasa sbb masalah2 kronik yg tak dpt dielakkan..hehe..Harap 2-3 hari lagi aku akan dpt menghayati dan menjalani ibadah puasa dengan sempurna,Insyallah..
Setelah 5 hari bercuti dgn plus 5 hari cuti hujung minggu dan am...Ya Allah, aduhaiii malasnyer nak ke opis esok...rasa mcm nak berhenti kerja pun ada, yer la sbb nak jumpa boss aku la tu punca dan sebab utama malas nak kerja ni. Tp clerk aku bgtau dia cuti 3 hari start esok, tp tak tau la cuti tu ada kat sini ker kat kampung. Kalau saja ambik cuti tp duk Perlis lagi alamatnya dia akan mengadap ke opis gak la tu. Dah la tu bulan Puasa ker Raya ker...apa ker kalau nak sembur org dgn mulut yg ada panahan laser tu mesti ada. Hr tu mintak cuti 5 hari pun mai opis jugak, dah la mai opis semua staff kena marah..Adehh..parah mcm ni..harap la makcik tu balik kampung terus dan terus tak balik2 Perlis dah, huahuahua..
Malasssss...ni br 5 hari..kalau cuti bersalin 2 bulan pastu nak p opis...aduiii mcm mana la rasanya....
apa2 pun, kerja..kerja..kerja....