Eh betul ker ikut saya ni?

May 18, 2008

Baru balik ni huhu.........


aku baru balik dr trip p KL,Melaka dan Desaru
penat seh....tp penat berbaloi..hehehe.....

mula2 nak kena p KL saja..
sbb ada seorang yg sengal dlm group aku tu...
dia sorang yg sibuk....tak leh ikut program sampai habis....tp buat keputusan sendiri..
yg lain2 tak tahu lak rancangan dia ni..
aku mmg geram dah....dah la p KL sehari saja..jumaat tu kena masuk opis balik...berbaloi ker?
so bila kat KL kena buat arrangement lain lak...sbb takkan pasal dia sorang yg lain tak leh ikut...
so cakap2 dgn boss aku..dan boss aku leh pulak mood elok time tu...bg depa p sampai habis program....semua pasal minah berlagak bodoh ni..
buang masa driver..buang duit ofis aku..buat susah aku sbb baju aku pack cukup2 utk 2 hari...aduhhhdan paling bengang aku...dah malam launch program tu..leh p sendiri...tak ikut group..dah tu buat alasan bodoh kena masuk p tempat tetamu...sbb p dgn driver menteri...piiirahhhhhcakap pandai lak dgn jumpa dgn boss aku...
mmg mulut org politik betui....

pastu nak balik...call nak check out...mula2 x angkat..pastu bila call kata tgh pack barang...pastu tunggu punya lama sampai semua group dah p dah....tinggal kami semua geng LO saja...call x angkat lagi..tgk2 muncul kat pintu hotel..bila masa yg keluaq aku pun x tau..sejam tunggu dia haram x nmpk muka dia keluaq pun...call lagi lambat kata tgh duk kat pintu lift..ada la 15 minit duk kat pintu lift tu...tgh dok cari nombor kat pintu lift kot..mana2 la kot2 bengap nak tgk nombor..dah turun selamba badak leh habaq kat aku suruh driver balik sendiri...sbb kononnyer ada program dgn Puteri UMNO..ello!..dasar menumpang betui...dah mmg tau saja nak mai KL sbb ada program lain...dah tu menyusahkan..bagi la peluang kat org lain..mcm la pegang jawatan baguih sangat kat puteri umno tu..walhal jd ahli biasa ciput saja..harem betui...dah tu p pulak kat MTC sendiri...dah hang ikut ofis aku mai sini..ikut la itineri yg dah bg....eeee malas aku nak bertekak dgn org mcm ni..aku bukan mcm boss aku suka marah org depan org ramai...kerja aku senang saja..pasni aku black list hang dr program ofis aku..kalau boleh mmg aku akan black list dr program puteri umno hang tu...ingat tak leh buat ker..menyusahkan betul la...last2 ptg sesi dialog dgn menteri langsung x mai...gaya nak jd org kuat menteri..dah tu awat hang tak ikut menteri sampai abis..Senator lain pun leh ikut program sampai abis...apa punya manusia daaaaa....

so trip aku bermula dr KL satu malam..pastu ptg p Melaka...naik Cruise River...dinner dan bermalam di Melaka..pastu pagi tu bertolak p Desaru..lunch kat Tanjung Balau..ptg lepak kat Desaru sempat tgk kekalahan Badminton Piala Thomas Malaysia...(aku tertidur waktu tgk Choon Hang lawan...boring siot..tp segar tgk balik time beregu no dua lawan..) Malam tu dinner kat Desaru..hebat betui makanan dia..pagi tu check out dr hotel p Homestay Felda Semenchu dan lunch kat Kampung Punggai...sempena besday seorang kanak2 comel yang sungguh bertuah ni..hmm...aku nak tempek gambo kat kenduri besday tu mcm takut2 lak...tak per la..simpan dlm kenanngan saja la...nnt tempek kat Forum Cari dah ler..ngeh ngeh ngeh..yg lain2 ok kot...nnt la aku upload...tak pack apa2 lagi ni....

so kesimpulan...program ni pada mulanya mmg tak ada kaitan dgn ofis aku...tp kalau bab berjalan2 ni mmg ada la skit dgn kaitan ...kami semua mcm biasa SYMP....LO dr HQ tak alert pasal timing....LO state saja yg nak kena alert bab2 ni...nak kata buang masa tu...ada la jugak...ada gak yg pengalaman yang leh diambil..contohnya Desaru mmg tak leh dibangunkan sangat...kawasan ni more to Eco-Tourism...utk pelancong berhibur agak payah...kalau nak tarik ramai pelancong mungkin ambik masa yg agak lama...tp kalau dibangunkan jangan sampai korbankan sangat alam sekitar..nnt jd bandar mengalahkan bandar JB lak...lagpun kami sempat tak merasa kenikmatan mandi di Desaru..group aku yg nak p mandi pun tak jd mandi sbb depa kata minyak apa tah...aku lak langsung tak jejak kaki kat pantai...gara2 layan badminton....huhu

sampai KL dlm kul 8..singgah sat Mydin...shopping skit2.....pastu balik Perlis..sampai rumah dlm kul 5 pagi..apa lagi qada tidur la aku pas tu...

kat KL tu..rindu sangat duk KL dulu...suasana kerja aku mmg jauh berbeza dgn suasana kerja aku sekarang ni...sbb tu aku rindu sangat nak dgn KL..ntah la mungkin aku rasa satu masalah aku kat sini lebih berat dgn 4-5 masalah yg aku hadapi waktu aku duk KL...mungkin aku rasa menyesal mintak balik sini walaupun niat aku mintak balik suci sebenarnya...huhu
tp apa boleh buat...keputusan dah dibuat..tak tahan pun dah 2 thn aku kerja dbawah boss aku..mmg banyak kebaikan yg aku dpt bila balik dr sini...yer la kerja kat KL mmg la standard...jumpa org sana sinun..ada mcm2....kampung aku ni apa la yg ada...harap nak berhibur kat aloq setaq saja la..nasib baik dekat..dekat la kan..mcm KL nak p S.Alam dgn traffic jem atau tak jem...sejam lebih jugak jaraknya....kalau sini tak ada traffic jem nyer..smooth saja....jaraknya tetap sejam...so alasan yg kalau lambat bila duk sini yg langsung tak leh dipakai ialah Traffic Jem!

ok la..setakat ini saja...nnt kalau rajin aku upload gambo waktu kat sana nnt......
adiosss...sambung tido......!

May 9, 2008

Novel : Zahrah de Tigris


Ini adalah salah satu buku yang aku beli kat Pesta Buku Perlis...(jgn compare dgn pesta buku kat PWTC..jauh panggang dr api!)..tp kerana minat aku p jugak..nak cr novel tu of course la...pastu nak cr buku yg aku rasa bila aku pandang mmg aku akan beli walau tak ada karya hiburan atau tangkap jiwang atau buang duit...tp sedihnyer aku tak jumpa..cuma jumpa novel ZDT ni dgn Sepatu Biru dan Kopi Susu...dan aku beli satu kamus bhs ing - melayu...huhu


so...aku dah habis baca buku ini....bg aku mmg best..setiap saat nak tau saja apa yg akan terjadi pada herion tu dan of coursela pasal hero..tp jgn harap la dr awal sampai habis hangpa akan disoggokkan dgn cter2 romantika d' amour...cter ni berkisar pada watak utama tu yg ada semangat nak membantu sedara seislam yang ditindas..ada semangat sukarelawan..semangat kental..dan kadang2 seperti kata watak utama kadang bodoh sebab berani kerja kat Iraq dan menjadi sukarelawan kat sana...mmg menarik cara penceritaan dia...bila baca rasa leh tumpang sama rasa kesusahan penduduk Iraq sana...mmg payah duduk dlm suasana peperangan..dr mula2 takut dgr bunyi bom pastu dah boleh langli dgn bunyi tu semua...bayangkanlah yg perang dah menjadi satu kebiasaan dlm kehidupan di sana..


pastu aku tertarik bila cter bab 14 februari di Iraq...penulis mahu kita ingat 14 Feb tu bukan masa nak bercintan cintun..bagi bunga mahal2...ucap kasih sayang berbagai...tp kita kena ingat yg pada waktu itu beratus2 kanak dan perempuan Iraq mati terbunuh pd hr itu...mmg sedih kisah itu...so kalau nak tau lanjut baca la...:)

dan yang paling best..kisah tentang hero tu...
sadis wooooooo

ni aku ambik sedikit ulasan cter ni kat web jemari seni.com..


Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris… Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.

May 4, 2008

Ahli Keluarga Baruku....


Anak sedara baru ku..
Muhammad Fariss b. Ahmad Sufi
Diputerakan 25 April 2008 jam 12.55 tgh...
Cucu ke 5 ayah dan mak aku...
merangkap anak sedara ku yg ke 5..

Ni gambo waktu kat hospital..muka bulat ikut muka sapa tah...hehe

Ni kat rumah...tgh tunggu masa nak dibotakkkan...
Sedang dibotakkan.......


Sudah dibotakkan....tidur la pulak....mesti rasa ringan kot...



Nak dijadikan cerita...waktu last day kakak aku kat Hospital Besar Kangar, beg duit kena curi..kakak aku letak kat laci pun ada org yg ambik...ada suspect tp mcm biasa la kalau tanya takkan nak mengaku kot...so beware la kat cleaner2 atau nurse yg kerja kat hospital tu...


Ni pulak anak kucing ku...
baru ambik 2-3 minggu lepas kat pasar..
nama dia Sherry..
besday dia aku tak tahu bila..
abg aku yg gatal nak ambik dia...sbb semua kucing kat rumah hilang sbb hr tu ada kenduri kat rumah...lepas tgk ramai org terus depa hilang..takut punya pasal...
sekarang ni nak kena jaga dia lak seekor ni...
nasib baik mak dgn abg aku leh tolong gak..
payah gak sbb kena buli dgn 2 ekor kucing kat rumah aku ni..
tak tau la bila nak ok..
huhu


Apr 27, 2008

Jom Masak : Triffle


Triffle


Bahan-

1 paket Agar2
3 sudu gula
1 tin Susu cair
1 tin Fruit cokctail dlm tin
4 cawan tepung kastard
1 biji Kek gulung


Cara-cara

Potong kek gulung..letakkan dlm acuan
Masak tepung kastard bersama gula dan susu cair pastu tuang atas kek gulung tadi..
masukkan fruit cocktail tu atas curahan tepung tadi..
masakkan serbuk agar2 dan air sehingga mendidih tuang atas adunan tadi...
kemudian sejukkan..kemudian...apa lagi makan la....hehe

Apr 15, 2008

Dari Email : Maksud Nama.Huruf Pertama

Dapat dr email ni....
pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.


M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri


O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.


Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Ntah betul ke tidak tak pasti la..tp yg nama aku tu....ada yg betul ada yg tidak...hehe

have fun!

Apr 14, 2008

oh kucing2 ku....

haiya...
apa nak jadi kucing2 ku ini..
tak leh duduk sekali..
ada saja nak gaduh..

ni kucin yg baru abg aku ambik kat market..
lagi la kesian..
asyik kena kurung dlm bilik saja..
aku lak tak larat nak jaga dia..
huhu..

hangpa x leh nak berbaik ka....??
uwaaaaaa

Apr 12, 2008

Jom Masak : Pizza Tak Reti

Wkeends lepas aku buat piza..
Ni mak aku yg suruh ni..
yer la aku duk masak yg manis2..dia lak tak leh mkn banyak..
suurh aku masak yg pedas2 mcm pizza, pai itu semua..
so aku pun buat la..
walhal haram tak reti satu pun nak buat..
yg paling malas nak menguli2 ni semua..
penat beb!
tp mcm biasa..pizza ku habis dimakan...semua org leh makan..
tak ada apa2 effect kesan dr pizza tu semua..
sedap tak sedap tu belakang kira..janji leh makan dan habis...ngeh ngeh ngeh
so resipi ni aku amik de semua blog/fp makanan yg aku jumpa...
yg penting bhn doh tu..kalau lembik habis la..
toping tu sendiri punya suka..
so sesuai la aku namakan sebagai pizza tak reti...:)

Bahan-bahan doh
500 gm tepung roti
sedikit garam
10 gm yis
250ml air
sedikit minyak (minyak zaitun lagi ok)

bahan-bahan toping
Sosej
sayur campur
parmesan cheese
cheddar cheese
sos cili/tomato puri
(dan bahan2 lain yang difikirkan sesuai)

Cara buat:
Gaul semua bahan doh..dan uli jd leper...
pastu letak sos cili/tomato puri tu..
kemudian letak bahan2 toping mcm sosej,sayu campur dan akhir sekali keju..
dan bakar dalam 15-20 minit

siap!





ini la rupa pizza yg aku buat hr tu..
x menarik la sangat...
tp ok la utk 1st time...
:)

pastu kan..
it menu petang dan merangkap malam
pagi tu aku perkena laksa goreng...yg ni mmg dah terer la masak..hehe



pastu ptg semalam perkena cucur goreng jagung..ni mmg fav aku..
resipi? tak yah la...
aku nak tempek gambo saja...
:)



selamat masak...!

Apr 9, 2008

Kat ofis ni....

hehehe...
1st time update blog kat ofis...
boss tak ada...ambik kesempatan la...
dengan kerja yang tak banyak...relax saja
tapi tak ada idea yg best nak post kat sini..
idea merapu saja la...


mender nak copy paste pun tak ader..
cuma ingat nak update pasal masak2 wkeends hari tu saja la.
banyak gak masak....dan opkos la makan.....:P


dan 2 malam lepas ada buat kenduri kesyukuran depan rumah aku..
dapat la juga beramah mesra dgn MB baru Perlis...siap2 perli aku lagi tu...sabo saja la...tp best..mmg best dpt MB baru ni...mmg down to earth dan mmmg kenal rapat dgn family aku..maklumlan bekas second boss dia dulu..seperti yg dia ucap dlm ucapan dia mlm tu la...banyak gak juga yg hadir...gambar ada la skit2..aku pun rasa mcm segan nak ambik gambaq..sbb aku tgk yg lain tak ada pun nak ambik gambaq..cuma aku dgn sorang wartawan tu..yg lain semua duk terpaku kat kerusi...aku ambik pun ala kadar2 saja...gambaq makanan pun tak ambik sangat...nnt aku upload kat sini...

dan mlm tu aku balik kul 12...kul 1 baru leh tidur..mmg letih..lepas kenyang makan..kena penat lak menyimpan..nasib baik la esok tu kerja..ada la jugak alasan leh balik awal... aku nak kena tukaq kamera ni..pakai yg mcm photographer guna tu..
ada thrill skit nak ambik gambaq...org lain pun pandang kita semacam..mcm bangga skit..ye ker?mmg hr tu sempat guna kamera kawan...mmg best ambik gambaq guna kamera jenis DSLR ni..tp tu la kena kumpul dulu..rasanya thn depan kot baru leh beli :(
banyak sgt perancangan aku thn ni yg melibatkan duit..
apa2 pun rezeki itu di tangan tuhan...insyallah kalau berusaha lebih..mungkin dpt lebih....amin...


dan sebelum aku habis ni...
aku rasa nak mintak pindah pejabat ni..
posting tempat lain..
mungkin balik kerja KL..
:(

Apr 6, 2008

Aku kena tag for 1st time


Aish..malu sih....kena tag dr Ebok..pasal beg la pulak....dah la aku ni jenis tak suka bawa beg...tp dah kena, terpaksa buat la...apa2 pun sebelum aku tunjuk isi beg aku, dengan ini dimaklumkan bahawa aku ni jenis tak suka bawa handbag..suka bawa beg besaq.yg leh muat satu fail..mcm beg aku sekarang ni...kadang2 rasa segan lak nak keluaq p mana2...tp aku redah saja...yg penting leh bawa beg duit dan hset aku..opkos kat tangan kena ada gak kunci kereta tu..kalau tak mau meroyan satu perlis kalau tak ada kunci kereta walhal aku bawa kereta kalau p mana2...

ok ni isi beg aku....hangpa jangan gelak na.....




1. beg hitam tu..tu yg aku bawa merata..
2.dalam beg hitam tu ada beg duit, kunci ofis, hest kesayangan aku,name card dan beg mekap
3.dalam beg mekap lak ada lisptick,bedak miyami,minyak wangi murah,pelembap muka,ubat mata (aku guna buat apa tah),pastu ubat penat aku inhaler (nyawa aku tu)

itu saja la....sekian terima kasih...

hehe