Eh betul ker ikut saya ni?

May 9, 2008

Novel : Zahrah de Tigris


Ini adalah salah satu buku yang aku beli kat Pesta Buku Perlis...(jgn compare dgn pesta buku kat PWTC..jauh panggang dr api!)..tp kerana minat aku p jugak..nak cr novel tu of course la...pastu nak cr buku yg aku rasa bila aku pandang mmg aku akan beli walau tak ada karya hiburan atau tangkap jiwang atau buang duit...tp sedihnyer aku tak jumpa..cuma jumpa novel ZDT ni dgn Sepatu Biru dan Kopi Susu...dan aku beli satu kamus bhs ing - melayu...huhu


so...aku dah habis baca buku ini....bg aku mmg best..setiap saat nak tau saja apa yg akan terjadi pada herion tu dan of coursela pasal hero..tp jgn harap la dr awal sampai habis hangpa akan disoggokkan dgn cter2 romantika d' amour...cter ni berkisar pada watak utama tu yg ada semangat nak membantu sedara seislam yang ditindas..ada semangat sukarelawan..semangat kental..dan kadang2 seperti kata watak utama kadang bodoh sebab berani kerja kat Iraq dan menjadi sukarelawan kat sana...mmg menarik cara penceritaan dia...bila baca rasa leh tumpang sama rasa kesusahan penduduk Iraq sana...mmg payah duduk dlm suasana peperangan..dr mula2 takut dgr bunyi bom pastu dah boleh langli dgn bunyi tu semua...bayangkanlah yg perang dah menjadi satu kebiasaan dlm kehidupan di sana..


pastu aku tertarik bila cter bab 14 februari di Iraq...penulis mahu kita ingat 14 Feb tu bukan masa nak bercintan cintun..bagi bunga mahal2...ucap kasih sayang berbagai...tp kita kena ingat yg pada waktu itu beratus2 kanak dan perempuan Iraq mati terbunuh pd hr itu...mmg sedih kisah itu...so kalau nak tau lanjut baca la...:)

dan yang paling best..kisah tentang hero tu...
sadis wooooooo

ni aku ambik sedikit ulasan cter ni kat web jemari seni.com..


Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris… Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.

4 comments:

Anonymous said...

menarik

MsCinderella said...

yer neezie....mmg menarik cter ni..
btw..thanks for stopping by :P

cHoMeL'z said...

Cin, kite pn dh baca buku ZDT.. mmg best banget... Skrg nih tgh addicted baca novel dr jemari seni..

MsCinderella said...

betul T..sbb tu leh kenal dgn khairyn ni...buku dr JS kebanyakkan mmg best..nak beli pun sng tak payah p kedai dah...hehe