Eh betul ker ikut saya ni?
Jul 15, 2010
Jika itu takdirnya...........~
Jun 25, 2010
Kini tiada lagi..........................
Jun 23, 2010
Dari Rencana : Meninggal Dunia Selang 15 minit
zulsham@kosmo.com.my
KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------
JASIN - Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.
Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.
Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.
Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.
Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.
Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.
"Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.
"Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Kesang Jaya di sini semalam.
Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.
"Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.
Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.
"Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.
"Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya
===========================================================================
Sebak baca berita ini pagi ini..terus teringat arwak mak dan ayah aku (walhal mmg hari2 aku selalu teringatkan mereka ). Kisah mereka sama saja...sehidup semati..arwak mak aku yang agak sihat pergi dulu tanpa sebarang pesan kemudian diikuti arwah ayah aku yang memang sakit 33 hari selepas itu....sekejap mmg sekejap..ayah mmg nampak kesunyian dan aku tahu dia pendam dalam hati..terlalu memendamsehingga dia pergi pun tanpa pesanan...kami sangkakan dia sihat setelah keluar dr hospital tapi cinta dan rindu ayah terhadap mak bawanya pergi meninggalkan kami...
ohhhh..aku dipejabat sekarang...cuba mencari seuatu utk aku hilangkan keresahan hati ni..kerja aku kemana..fokus ku hilang...aku cuba menyibukkan diri tapi hasilnya tetap tidak ada..kosong jiwa aku...aku tak terdaya lagi menulis catatan ini...biarlah aku simpan sedikit demi sedikit coretan dan akan aku kumpulkan disini...
maaf nyer....
Jun 16, 2010
Maaf....
Jun 1, 2010
Berapa lama............
seminggu.............?
sebulan.................?
setahun..............................?
selama-lamanya................................?
May 31, 2010
aku ingin sembunyi....
Alangkah bagusnya kalau aku dapat menyembunyikan isi hati aku..riak sedih wajahku dari tatapan orang lain...Dugaan lagi.....
nak balik jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!!!
May 17, 2010
aku tak mampu.....
aku rasa nak lari dari sini..lari dr semua orang2 yg mengucapkan salam kepada ku..
aku rasa nak mati...utk bersama arwah..
aku rasa nak lariiiiiiiiii..
aku tak terdaya..aku tak mampu.........
aku..aku anggap ini hanyalah mimpi...
ya mimpi..Arwah akan kembali..kembali ke alam nyata................
Mar 4, 2010
Pindah rumah............
Feb 22, 2010
Dari Berita : Perancis beli memoir Casanova
PARIS 21 Feb. - Perpustakaan Negara Perancis membeli memoir kaki perempuan terkenal kurun ke-18, Giacomo Casanova yang pada mulanya disangka telah musnah ketika Perang Dunia Kedua berakhir.
Memoir Casanova yang mengandungi 3,700 muka surat yang pudar dan kekuningan berjudul Histoire de ma Vie (Kisah Hidupku) itu ditemui terbungkus di dalam berpuluh-puluh kotak yang telah dipindahkan ke kawasan yang selamat beberapa hari sebelum Jerman dibom pada tahun 1945.
"Semasa Perang Dunia Kedua tercetus, Leipzig telah dibom tetapi kotak tersebut ditemui di tingkat bawah tanah sebuah bank di mana ia telah disimpan.
"Semuanya berada dalam keadaan yang baik," kata kurator perpustakaan tersebut, Marie-Laure Prevost kepada TV Reuters.
"Semua orang ketika itu sangat terharu apabila manuskrip itu ditemui. Malah, Churchill turut bertanya sama ada memoir itu terselamat daripada pengeboman tersebut," katanya.
Pihak perpustakaan negara Perancis membayar kira-kira 7 juta euro (RM32.3 juta) untuk memoir tersebut, yang ditulis oleh Casanova semasa bekerja sebagai pustakawan pada tahun 1789.
"Manuskrip Casanova itu merupakan pembelian yang sangat penting yang dibuat oleh pihak perpustakaan... Dan pastinya ia adalah sebuah sejarah hebat dari sudut pandangan warisan dan kebudayaan," kata ketua perpustakaan, Bruno Racine.
Casanova menceritakan kisah asmaranya dalam memoirnya itu, yang diubah secara berturutan sehingga kematiannya pada tahun 1798.
"Ia merupakan antara teks yang diterbitkan di dunia dengan ratusan penerbitan dan... ia seringkali diperbaiki, dipinda dan dipalsukan.
"Jadi, apa yang penting untuk kami ialah untuk mencari yang tulen," kata Racine.
Pembelian itu dibiayai oleh sumbangan peribadi dan pihak perpustakaan berharap pameran manuskrip itu dapat diadakan pada musim luruh 2011.
Casanova atau nama penuhnya, Giacomo Girolamo Casanova de Seingalt lahir pada 2 April 1725 dan meningkat pada 4 Jun 1798 pada usia 73 tahun.
Memoir tulisannya itu disifatkan sumber paling sahih yang menggambarkan mengenai adat resam dan nilai yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Eropah pada kurun ke-18.
Casanova juga sangat terkenal sebagai seorang kaki perempuan, sehinggakan namanya kekal sinonim dengan perlakuan seumpamanya ke hari ini. - Reuters
=====================================================================================
Aku teruja baca berita ini..Sebabnya pertama mereka2 yang mengabdikan diri dalam Sejarah telah berjumpa dengan memior yang hebat yang ditulis oleh seorang yang 'hebat. Yang kedua, aku mmg percaya memoir ini yang ditemui semasa perang Dunia ke dua itu telah ditangisi oleh mereka pecinta sejarah kerana.....ahhh hasil sejarah ini tidak boleh diungkapkan dengan kata..speechless..dan yang ketiga memoir ini dikatakan menerangkan dengan tepat sejarah peradaba, sosial, cara hidup masayarakt Eropah pada abad ke 18. Banyangkan memior ini mengandungi hampir 3,700 muka surat sudah tentu ia menceritakan secara terperinci luahan hati sang penulis. Lupakan yg beliau adalah seorang kaki perempuan atau lebih tepat lagi Casanova yang penting hasil tulisannya memberikan imaginasi kepada kita tentang masa lampau..
Dan aku adalah seorang peminat masa2 lampau ini...kehidupan pada abad 15,16,17,18 dan 19 memang mengasyikkan aku..malah banyak koleksi DVD aku berkisar mengenai zaman lampau jadi pilihan utama. Dan aku plan dalam masa 5 tahun akan datang aku akan ke Scotland/England/Ireland/Vienna untuk melihat istana-istana lama dan meninjau tinggalan sejarah di sana...itu matlamat aku....ada sapa2 nak ikut???
So meh layan gambo Casanova ni...
Ni gambo dikatakan Giacomo Casanova tu..hamsem dak?
Yg ni...hansem?
Klu yg ni...opkos la maintain hansem..hehehe