Eh betul ker ikut saya ni?

Jan 12, 2008

Jom Masak : Kaya Ball

Kaedahnya, nak masak style ni la...sebiji2...tp bila nak masak tgk acuan tak leh guna lak..so tukar la guna acuan kek...bab2 sukatan resipi tu jgn cakap la.mmg tak ikut pun...semua guna separuh saja....tp hasilnya agak memuaskan utk 1st time buat...mulut leh kunyah...setakat ni perut tak sakit lagi...leh cuba lagi..hehe
lagi satu lupa nak habaq...yg susu segar tu digantikan dengan susu cair dlm tin...:)



ni la hasil aku punya Kaya Ball (atau aku punya Kaya Box?)....:)





resipi dan gambar di atas ambik dari zanaz70
leh cari link kat sebelah ni....

KAYA BALL
Bahan-bahan : 250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
125g mentega
75g gula kastor
4 biji telur
200ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
Serikaya

Kaedah penyediaan :
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan 1/4 susu, putar, masukkan 1/4 campuran tepung, selang-seli hingga habis.
5. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Sudukan bancuhan agak-agak separuh acuan, sudukan pula sedikit kaya dan tutupkan dengan lebihan bancuhan.
6. Panaskan ketuhar pada 145 C dan bakar pada rak tengah selama 10 - 12 minit.

selamat mencuba...!

No comments: