Eh betul ker ikut saya ni?

May 25, 2008

Rencana : Lembing Awang pulang ke Dayang


Lembing Awang terbang tikam mangsa

Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tiga segi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunangan Awang dirampas anak penghulu, Bachuk

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 232 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.

Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang membalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakan pemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.

Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang.

Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yang mengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor, Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasi terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

“Sebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjikan untuk pulang tepat pada masanya,” katanya.

Sebaik saja Awang mengetahui tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus ke rumah pengantin dan melihat orang ramai memenuhi segenap ruang menyaksikan persandingan dua mempelai itu.

Ketibaan Awang mengejutkan banyak pihak terutama keluarga pengantin. Awang mencabar Bachuk bertarung di gelanggang dan belum sempat pengantin baru menyahut cabaran, lembing Awang terus menikam dadanya.

Bachuk sempat mencabut keris di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tetapi terkena tetamu lain. Lembing itu dicabut mangsa kedua dan dibaling semula ke arah orang lain, seolah-olah lembing terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu dan yang terakhir ialah bapa Dayang.

Bapa Dayang menyerahkannya kepada Dayang yang sedang menangis melihat tragedi berdarah tidak disangka berlaku di depan matanya. Anehnya, lembing itu seolah-olah mati sebaik saja berada di tangan Dayang. Antara yang terkorban ialah bapa Dayang, ibunya, ibu bapa Awang dan ibu bapa Bachuk.

Disebabkan lembing meragut 99 nyawa itu diserahkan kepada Dayang, pengkaji sejarah menamakan tragedi itu sebagai Lembing Awang Pulang ke Dayang.

“Semua mangsa dikebumikan dalam kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digelar Makam 99. Kubur itu tidak bertanda tetapi penduduk di situ percaya ia memang terletak di situ,” katanya.

Akhirnya, Awang lari membawa diri dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.

INFO:
Kejadian berlaku di Padang Terbakar, Muar

Semua mangsa korban dikebumikan di sebuah kebun di Parit Raja dan dikenali sebagai Makam 99.
====================================================================

menarik betui kisah ni. Ni aku ambik dr Akhbar Berita Minggu 25 Mei 2008 ruangan Imbauan. Kisah ni pasal cinta tiga segi. Bila pasangan dah ditunangkan, yg lelaki kena merantau 3 tahun untuk cari pengalaman. Wah hebat bukan!Kiranya kena ada persediaan dr segi mental dan fizikal sblm berkahwin. Selain itu, mungkin nak uji tahap kesetiaan pasangan tersebut. Tp adat ni cuma pada penduduk kampung terbabit. Kampung lain pd zaman tersebut tak tahu la ada ke tak. Pastu bakal pengantin balik dan tau tunang dia dikahwin dgn org lain maka berlaku la peristiwa berdarah balik. Insiden itu melibatkan sebahagian besar tetamu kenduri terbabit. Ramai gak org kampung pd waktu tu. Yerlah majlis kenduri anak ketua kampung mungkin dibuat besar-an. Dan insiden itu berakhir dengan 99 kematian yang melibatkan ibu bapa pasangan pengantin dan pemuda tersebut. Mmg sadis kan. Dan si gadis kira mcm dipaksa berkhawin sbb waktu tu dlm usia 15 thn kalau tak kahwin kiranya anak dara tua. So sbb tak nak dihina kerana kematian tunang, maka Dayang pun terima la pinangan Bachuk. Maka berlaku la insiden menyayat hati tu di hari persandingan. Huhu....Aku nak tau jugak apa yang berlaku kepada penduduk kampung terbabit selepas insiden tersebut. Zaman tersebut kematian dalam angka banyak tu kira banyak gak la. Lain la kalau ada perang saudara....tak tahu lak angkanya betul ke tak. Tp penduduk disitu kata mmg ada kubur disitu, tp tidak bertanda. Tp i mmg sebahagian dr kisah sejarah yang tak patut kita lupakan...

p/s: kalau dibuat filem gempak gak ni....pembuat filem dr Johor tak nak buat cerita ni ka dlm betuk filem....?hehe

11 comments:

. said...

nanti nak jadi hero watak awang (^_^)

MsCinderella said...

BG..badan kena tegap..tak leh cekeding tau nak jd pahlawan ni...hehe

. said...

isk..isk..kutuk ler mentang² kita buruk...nak cari dada ler nak mengadu nasib & nangis..uwaaaaaaaaaaa...

MsCinderella said...

baru kena kutuk skit dah nak teriak...doraemon pun tak teriak mcm tu tauuuuu

Unknown said...

hi..saya br lps tgk citer ni kt astro..trus surf net nk tau psl sejarah ni n jumpa blog u..hmmm dasat.sayang citer ni tk meletup kt wayang....

MsCinderella said...

salam arbaeyah....thanks for stopping by...mmg best kalau dgr kisah ni..tp saya pun tak sempat jenguk lagi kat tv..

Ann said...

aku tinggal kt muar..umah aku pon dkt dgn tmpt ni..seram!!!

Dylla Desa said...

menarik.. =)

Tuan Nadim said...

kalau nak tgok lembing yg berkaitan tu, bleh layari blog saya..http://maharajamistik.blogspot.com. click menu sebelah kanan 'koleksi senjata maharaja'..lembing 2 ad dalam koleksi tu.tp saya xtulis penama lembing tu.

Unknown said...

aku dah tgk lembing nie live dpn2 dan pegang dlm 4 thun lepas,mase tu hari keturunan semua berkumpul...

mannuella said...

Apa istimewanya lembing awang itu hingga dayang boleh memegangnya..kenapa lembing itu pulang ke Dayang? Subtext ini yang kami sedang cari..mungkin cerita lisan itu gambaran luar tapi kenapa awang yang merantau hanya bawa lembing selain harta utk mas kawen..banyak yang ahli sejarah kena kaji bukan hanya luaran tapi dalaman sejarah keistimewaan lembing itu sendiri.