Eh betul ker ikut saya ni?

Jan 26, 2008

Heath Ledger (1979-2008)



Terkejut aku dengan berita ini...salah seorang pelakon kegemaran aku...1st time aku lihat dia dalam filem 10 things i hate about you..kemudian Casanova....semua itu memberi kesan kepada aku kerana lakonan dia..dengan loghat australia dia tu....tp bakat dia..kelebihan dia..rezeki dia...akhir dengan tragedi...


Kenapa begitu mudah kematian ini aku rasakan..
Sememangnya kita tengok hidup orang2 terkenal ini mesti dilimpahi dengan kemewahan..apa yang diinginkan ada di depan mata..tapi sebenarnya kita tak tau bahawa mereka ini hanya manusia biasa...ada perasaan sama dengan kita...ada kelemahan sama seperti kita dan ada juga kelebihan..juga seperti kita...


maka tak ada apa yang perlu dibanggakan kalau ada wang berjuta-juta dan kemewahan yang tiada batasan..kalau pengakhiran malam kita tidur kesorangan dan esoknya bangun hanya untuk membahagiakan orang lain.bukan diri kita...
tak guna hidup dalam tekanan sebab akhirnya memakan diri..


begitu juga dgn Heath,dikhabarkan beliau menghadapi masalah tidur dan sering bergantung kepada ubat hanya utk mendapatkan lelap yg selelapnya..beliau mungkin terlalu bekerja keras untuk menempatkan diri dia dalam dunia Hollywood yang mencabar..mungkin ya mungkin tidak...tidak sapa tahu apa yang tersirat dalam hati dia...kesian anak dia Matilda...si kecik yang kehilangan ayah buat selama-lamanya...dari kecik sudah merasa penceraian ayah dan ibu..
akhirnya tidur nyenyak yang dia inginkan... 'tercapai' jugak....









1 comment:

MsCinderella said...

lagi gambaq tak nampak.........