Eh betul ker ikut saya ni?

Dec 31, 2008

Setahun berlalu....



Selamat Tahun Baru semua...
dan juga selamat menyambut maal hijrah 1430H.......
harap tahun 2009 akan memberi banyak kenangan manis dan murahkan rezeki...

hmm...rasa mcm sekejap saja setahun berlalu...
rasa mcm baru semalam aku dok tergedik2 nak dengar bunyi mercun kat ni..
rasa mcm baru semalam sambut besday aku yg ke 20..(ahaks...hehe)
banyak azam buat thn lepas...tp rasanya mcm tak tercapai lak thn ni...
kurus badan? (bertahun dan punya azam tak tertunai pun..cuma maintain saja)
kahwin? (no komen.....)
bertambah kaya (cukuplah setakat ni..tp diberi rezeki yg lebih thn depan Alhamdullilah)
p umrah? (2 thn tertangguh...harap thn depan terlaksana)

dan apa lagi nyer..banyak lagi kot...simpan saja la..sbb dah tau tak tercapai pun..hehe

apa2pun pokok pangkalnya niat dan hati kita..jika hati inginkan perubahan dan disertai niat yg betul insyallah akan ada perubahan dalam hidup kita. Semuanya bermula dari KITA sendiri.....

esok...aku akan bertolak ke KL...mula2 rancang nak p kemarin tp abg aku byk kerja so postponed ke hari ini..so thn 200- ini bermula dgn perjalanan kerjaya ku yg baru (cuma berubah tempat saja) takut gak nak menghadapi apa yg akan datang. aku tak kisah ke mana-mana pun..cuma aku sedih nak tinggalkan ayah dan mak aku. kesian aku tgk depa.kalau sihat walafiat tak aper la jugak.ni ayah aku dikerusi roda setiap masa dan mak pun mcm tu la..sakit org tua mana la nak larat jaga semua tu. pastu bibik aku pun nak habis kerja kat sini..esok pulak bertolak balik ke Lombok...aduhhh...
Ya Allah...jika Kau ingin menghukum hamba2mu ini..hukumlah aku..janganlah Engkau tambah lagi derita keatas kedua Ibu Bapa ku...Amin...

Dec 30, 2008

FM baru...


Ni FM yg aku baru dpt. Actually ni hadiah harijadi dr BG. TQ so much



Lagi FM baru.....



Lagi satu FM for my besday....

Dec 29, 2008

Berhenti berharap...

Monolog I
payah nak tafsir...salahker kalau kita mengharap pada sesuatu atau seseorang? payah ker pengharapan itu dibalas dengan sesuatu yang romantik?salahker jika menyatakan sesuatu yang benar...katakan lah walau ia pahit supaya kita tak perlu lagi mengharap dan menanti akan suatu kepastian.
mungkin silap aku mengharap sesuatu yang pernah mengecewakan aku suatu masa dulu. mengharap agar dia berubah, berubah dan belajar dari kesilapan. tp malangnya dia tak pernah berubah dan tak mahu belajar dari kesilapan lalu. baginya tak guna merayu,memujuk dan membuat sesuatu untuk menunjukkan kasih sayangnya...cukuplah hanya dia saja yang mengerti apa yang tersimpan di dalam hati dia..dan apa yang tersimpan dalam hati aku..biar aku sahaja yang pandai mengolahnya bersendirian.
senang sekali menghampiri bila dia perlu dan aku pula harus terkontang kanting bersendirian bila aku memerlukan seseoarang.payahnya nya nak bersandar ke bahu orang yang disayangi (?)..payahnya mencari dia mana kedudukan aku di hati dia...payahnyaaaa kenal dengan dia...payah sepayah payahnya....silap aku..bodohnya aku kerana mengharap dia lagi...bodohnya akuuu!
bukannya aku mengharap kiriman bunga setiap hari..sms setiap saat....panggilan setiap tika...perjumpaan setiap waktu...cuma dia ada bila aku memerlukan dan aku juga ada bila dia memerlukan..makin lama aku kenal dgn dia makin banyak cerita yang aku rasa tertinggal..makin banyak ruang kosong antara aku dan dia...siapakah dia sebenarnya...?
susahnya menjadi perempuan yang kesorangan...susahnya menjadi perempuan yang bertindak perigi mencari timba..susah lagi menjadi perempuan yang hanya bertepuk sebelah tangan..yang memulakan semuanya...yang menyumbang pada perhubungan ini seorang diri...dan payahnya menjadi manusia....
sedihnya aku...aku yg memulakan sesuatu yang 'putus' dulu...dan aku sangka dia menyahut kembali dengan 'menerima' semula...tp hampa hanya kerana dia 'suka berdiam diri'..suka biar aku terkontang kanting sediri..suka aku tertanya-tanya maka aku layarkan lagi kata putus pada dia di awal pagi subuh tadi...dan macam biasa dia akan membisu..suka biar aku menangis seorang...suka bagi aku layan perasaan aku ni sendirian....mungkin payah untuknya memujuk aku..payah utknya menunjukkan kesungguhan dia pada aku..payahnya dia menunjukkan kesungguhan dia pada aku...
dan n3 aku ni adalah bersambung dari n3 ini http://mscinderella77.blogspot.com/2007/10/aku-ingin-sendiri-part-2.html..Tarikh post aku ini adalah pada Oktober 2007..dan aku dan dia 'diam' seketika..dia mula sms aku balik pada Februari 2008 (sewaktu raya cina) tanpa rasa serba salah dan aku balas dengan sedikit amarah aku..dan kemudian Disember 2008 aku cuba menghidupkan balik perhubungan ini dan akhirnya ia menjadi satu yg klise antara aku dan dia...pengakhiran yang mengecewakan....
cukuplah...sekali aku leh memaafkan...kali kedua aku boleh melupakan...kali ketiga ia adalah TITIK..


Monolog II
semalam 27 Disember 2008 adalah harijadiku yang ke 31. Aku tak buat apa2 persediaan seperti tahun-tahun yang lepas. Cuma menerima hadiah dari budak gatal dan rakan sekerja aku. Juga ucapan dari kawan di Friendster dan Facebook. Terima kasih untuk ucapan dan hadiah itu semua. Aku menghargainya...


Monolog III
Esok aku akan berangkat ke KL. Menyambung mencari rezeki di sana nanti. Sehingga ke saat ini aku belum membuat apa2 persediaan pun. Baju pun tak ada lagi ku masukkan ke dalam beg.Aku kecewa,marah,sedih,gembira, semuanya ada. Hanya TUHAN saja yang tahu apa yang bersarang di hati ku....


Monolog IV
Aku tiba-tiba ingin pergi jauhhhhh dari sini...

Dec 26, 2008

Sekadar renungan....

"Sesungguhnya kalau manusia menyelidiki dunia ini, tidak lain hanyalah dipenuhi dengan segala macam ujian. Sama ada kehilangan orang yang dikasihi atau mengalami perkara yang dibenci. Kesenangan dunia adalah khayalan mimpi tidur. Sekiranya kamu ketawa sedikit, kamu akan menangis banyak Sekiranya kamu bergembira sehari, kamu akan bersedih setahun. Kamu tak akan sentiasa dalam nikmat kesenangan melainkan disertai tangisan. Dan tidaklah kami bersuka-suka suatu hari melainkan suatu hari yang mencelakan..."

Pesanan Ibu Qayyim

"Susah nak jumpa lelaki yang baik. Lelaki yang baik tak datang selalu. Sekali dan sorang saja pada satu-satu masa. Jadi, kita kena bijak memilih...."


Dialog Tuk Bayah

Sumber : Novel Syurga di Hati karya Salina Ibrahim

Dec 24, 2008

Jom Masak : Roti Goreng Sosej


Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Sosej
Serbuk roti
1 biji telur


Cara buat:
Leperkan roti gardenia terlebih dahulu sambil tu rebus sosej
Setelah sosej masak masukkan sosej roti tersebut ke roti dan gulung dgn kemas
Celupkan roti tersebut ke telur yang telah dipukul dan salutkan kepingan roti tersebut dengan serbuk roti
Goreng sehingga masak
Boleh dimakan dengan sos cili


maaf gambar kureng menarik..ambik dgn hset...huhu

Dec 22, 2008

Jom Masak : Blueberry Muffin

Ptg ni try buat bluebeery muffin. Ni kali kedua aku try buat. Ni buat pun sbb nak habiskan susu dgn tepung muffin tu (tp masih ada baki lagi la pulak). Senang jugak buat muffin ni. Tak mcm buat kek. Nak kena kacau dgn mesin lagi. Ni tak payah pun. Dgn senduk saja pun boleh. Tapi aku nak muffin mcm ni..naik tinggi saja muffin tu pastu ada mcm merekah skit la...




tapi jadi mcm ni pulak....


tak menarik kan...tp yg penting sedapppppp...hehe


aku ambik dr resipi dr youtube ni...senang saja nak buat...inti tu cuma aku beli yg mcm jem tu pastu aku masak pulak inti tu dlm beberapa minit. Baru la sedap. Cuma melekat lak isi muffin tu kat kertas dia. Mungkin nak kena bubuh mentega tu kot.

Bahan-bahan:
1 3/4 tepung muffin
1 camca baking powder
1/2 camca garam
1/4 butter
1/2 cawan gula
3/4 susu segar
1 susu esen vanilla
1 biji telur
1 mangkuk inti blueberry
Cara-cara:
Satukan tepung,baking powder dan garam dalam satu bekas. Bekas yang lain lak satukan telur,butter,gula dan susu segar. Satukan kedua-dua bekas dan kacau sehingga sebati. Masukkan bancuhan tadi dalam bekas muffin dan letakkan inti blueberry. Pastu tutupkan inti blueberry itu tadi dgn lebihan muffin. Bakar dlm ketuhar dlm 20-25 minit sehingga masak.

Dec 21, 2008

RFC @ Kangar Perlis

RFC (REAL fried chicken) ni kiranya 1st kat Perlis la atau kat Mesia. Aku rasa baru buka beberapa bulan kat sini..Mcm kfc gak tapi kurenggg skit dr kfc. Setakat nak makan ayam ala2 kfc tu dgn harga yg murah dan nak bertukar selera leh la menjamu kat sini. Kedai ni dekat dgn Hotel Putra Palace dan depan Taman Sena Indah. Kalau dr roundbout besar tu nak ke Arau kedai ni sebelah kanan dan mmg akan nmpk tepi jalan tu. Parking agak senang tak la payah sgt cuma keberangkalian nak parking depan kedai tu mgkn payah skit.

Menu dia mcm kfc cuma tak ada bun dan burger. Harga dlm lingkungan RM 1.++ hingga RM 29.++. Cukai tidak dikenakan. Rasa tuuuu mungkin leh diperbaiki lagi. Not bad la...Aku leh bagi dlm 3.5 dr 5. Service pun aku leh bg dlm 3.5 dr 5 jugak. Kena bayar bila time order tp makanan akan dihantar ke tempat anda. 1st time p tak ramai org, so cepat la dpt makanan tu. Bila second time p, utk farewell aku lambat lak makanan sampai sbb nak tunggu ayam digoreng dulu. Lain kali kena prepare la time2 nak ramai org pastu time org nak dpt gaji kan..kena la sedia terima tempahan yang tak cukup tangan nyer...Overall..not bad la..leh singgah lagi...kalau ada rasa duit lebih sila la berkunjung ke KFC nyer...hehehehehehehehe

Ni aku tempek gambo waktu aku kesana...1st time aku p dgn geng2 forum CARI...second time aku belanjer kawan2 aku sempena farewell aku nak ke KL..huhu..we have so much fun there...

Dec 18, 2008

Hari ini....

I

Hari kedua terakhir kat opis. Boss tak ader ok la skit. Ptg ni farewell second time lak utk aku kat RFC (real fried chicken) lepas waktu opis. Harus la bergambar ramai2 dan makan setakat lahap yang mampu.

II

Alia (anak menakan) nangis2 malam td sbb nak balik. Suruh call ayah dia mai amik esok. Aku dengan kesedaran di awang-an leh
jawap
ingat KL-Perlis mcm Arau-Utan Aji ka?
Dia nak balik gak....aku kata lagi..

temankan lah maksu,2 minggu saja lagi.Minggu depan maksu cuti dua minggu maksu temankan lah alia kat sini..pastu thn depan lak maksu jauh dgn tok wan dan mak tok...uwaaa....
tidur terus

III

3 hari lepas berjiwang dgn lagu Jujur (Radja)...pastu kemarin berjiwang lak dgn entray kahwin, kenduri kahwin, nak kahwin, nak bertunang...awat emosi tah? perlu ke nak emosi semua tu...bukan kah ini semua kerja Tuhan?

Pastu tiba2 ada rasa Ingin Sedang Bercinta...

miahaha


IV

Menghitung ke jam 5.30 ptg...lambat lagi lol

Dec 16, 2008

Kasut utk dijual?pakai? baling??????




eh eh kesian kan.....tak pasal2 kena baling kasut..tp aku rasa Bush ni mmg dah aware pasal ni..takat baling kasut no hal la kan....nak kena tembak..letak bom pun org2 dia dan aware..jadi presiden ni kena la bersiap sedia kan....perjuangkan sesuatu yang baik pun kena bunuh gak..tp dlm kes bush ni dah lain dah...mmg patut kena pun..setakat baca paper..tgk berita org berarak kondem USA pun tak ada makna bg dia...bg direct on the spot lagi bagus....best gak bac aberita pasla ni..utk penduduk US anggapla ni hadiah awal krimas korang..utk penduduk Iraq..dulu nak sgt kan org ni..sekarang ni dah bertukar sudah.....yg penting jgn berTuhankan mereka itu semua!


apa ko rasaaaa Bushhhhhhhh?

Dec 14, 2008

The Reds ke Malaysia?

LIVERPOOL bakal menjejak kaki ke bumi Malaysia.
Jika segala-galanya berjalan lancar, aksi kelab gergasi Liga Perdana England itu mungkin dapat disaksikan buat pertama kali di negara ini apabila skuad tersebut bertandang ke Stadium Shah Alam menentang Selangor bagi sesi memanas badan untuk kempen musim 2009/2010.

Pengurus Selangor, Zakaria Rahim berkata, hasil perbincangan dengan pihak promosi kejohanan, Football Focus Group Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong, mereka berminat untuk membawa pasukan dari utara England itu ke Selangor.

"Cuma masalahnya, kalau ikut peraturan tempatan mereka tidak boleh menggunakan lambang penaja (sebuah syarikat arak) pada jersi mereka sekiranya bermain di Malaysia," katanya.

"Syarikat promosi itu dipercayai sedang berbincang dengan pengurusan kelab Liverpool berkaitan perkara itu.

"Saya difahamkan mereka boleh mengambil beberapa opsyen yang tidak menyalahi peraturan di Malaysia."

Zakaria berkata, sekiranya semua masalah berkenaan dapat diselesaikan, Liverpool dijangka bertandang ke Malaysia pada penghujung Julai atau awal Ogos tahun depan. -

dipetik : kosmo 14/Dis 2008

============================================

wahhh betui ker ni..?
dulu nak mai tp tu la terhalang dgn iklan penaja kat jersi tu..
kalau mai best nyerrr aku...harus la aku menempah tiket awal2...utk kali ini tak syak la nak habiskan beratus pun..hehe
kalau company aku ada terlibat skit pun jadi la..leh tumpang kaki sama..jd mak sanggup tunggu depa kat apot pun aku on....
harap2 la jadi kenyataan.....Amin

Dec 13, 2008

Radja - Jujur



Duhai kekasih pujaan hatiku
Dapatkah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Chorus:
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku, lupakanlah aku
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Dec 12, 2008

Syoknyer leh edit2 gambar ni...

Aku suka edit gambar..jeles lak bila tgk kawan2 yg edit gambar cantik sekali...at least tak ada la sangat nampak biasa bila tempek gambar ni...dulu aku cuma tau software paint saja..pastu software Photoshop. Yg tu kalau cekap guna mmg salute la..tambah lagi kalau dah mmg jd photographer pro. Aku dah pernah guna sekali tapi payahnyer...rumit la pulak. Tapi aku ada jumpa software ni.mudah dan simple...sesuai utk beginner...ni pun hasil dr info member forum aku Jujuamin...mmg menarik la...habis gambar budak praktikal tmpt aku aku buat demo edit semua benda ni...ralit la pulak.Tp jgn la harap benda ni canggih mcm photoshop tu, bagi aku ok la kan kalau saja buat benda ni sebagai hobi..

ni aku bagi dia punya web dia :-
http://www.photoscape.org/ps/main/download.php
download saja la nyer..pastu pandai2 la korang godek sendiri...percayalah tak payah sgt pun... just for fun....

contoh gambar ada kat entry zoom!@ perlis tu...best kan...

Dec 11, 2008

ZOOM! @ Perlis

Minggu lepas aku,boss dan budak praktikal iring Maria Tunku Sabri sebagai pengacara and krew buat shoot kat Perlis utk kempen pengiklanan zoom. Best gak la and Maria ni tak la sombong sangat....peramah lagi.Mulut dia mmg kepoh skit tp dia mmg pandai melawak...One thing yg aku perasan pasal dia,bila dia minum gaya dia mcm kat rancangan Jalan-jalan cari makan. Dengan tangan pegang straw dgn tangan satu lagi pegang gelas, mmg lawak dan cute sangat...hehe

Utk rancangan ni, depa cuma shoot kat Taman Negeri,Gua Kelam 2,Ladang Anggur,Rimba (Taman Herba) dan Gerai Ikan Bakar kat Laman Brasmana, Kuala Perlis. Rancangan ni cuma tunjuk 2 minit saja. Waktu tayangan kat tv3 sebelum buletin tengahari dan selepas buletin utama versi Bhs Melayu. Pastu kat 8tv sebelum berita mandarin kul 8 tu versi Inggeris. Minggu lepas depa tunjuk kat Perak kat tv tu. Minggu ni Perlis,mungkin minggu depan tunjuk yg depa shoot kat Kedah pulak. So sapa yg suka cuti2 ni 5tgk la rancangan ni nyer..mana la tau ada tempat2 yg menarik dlm Mesia yg korang berminat nak melawat.

Pastu ada la pulak muka aku masuk kat tv...Kira boss aku dan budak praktikal tu, Siti pun kena tempias gak la masuk kat tv tu..So kalau korang perasan ada pompuan pakai baju kuning tu..yg tak comel tu...aku la tu...hehe..bukannya ada apa2 pun sgt jd watak tempelan saja.....biasa saja :P

Tapi bg aku ni pengalaman yang best la...sblm ni aku bergaduh dgn boss aku..dekat sebulan tak cakap dlm opis tu tau..pastu bila aku dpt surat posting Ke KL elok la skit mood dia tu. Tambah pulak mmbr aku yg lain tak ada kat opis time tu so aku la kena arrange semua. At least ada gak kenangan manis sblm aku tinggalkan Perlis..uhuk..walaupun boss aku ada sepanjang masa tak ada la nak cemuih sangat yg kami selalu rasa kalau dia ada, mungkin sbb aku nak blah dah dr Perlis pasni pastu tak ada la masalah waktu shoot tu so aku pun rasa tenang, cuma mcm biasa la boss aku tu kalut skit. Biasa la tu..huhu

tapi biarlah...jd kenangan manis tu....hehe

so kita layan gambar nyer.....enjoy.....!



Dec 7, 2008

Raya datang lagi.....


Mcm biasa...raya ni buat korban gak...ayah aku buat lembu..Alhamdullilah rezeki ..kakak ipar balik so aku suruh dia masak masak asam pedas melaka daging nnt...so gambo2 makan akan diupload nanti....insyallah....

Dec 6, 2008

Jom Masak : Spaghetti Carbonara (bolognese?) Tesco





Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 tin mushroom bulat - dibelah dua
1 botol sos spagethi - ketiga2 bahan ni beli kat Tesco jenama Tesco nyer
Sedikit daging cincang
fish ball secukup ramuan
sosej secukup ramuan
sayur campur secukup ramuan
garam
2 biji tomato - diblend sehingga hancur, jgn letak air banyak sgt nnt cair sgt
sedkit oregano
1 helai daun bay
1 biji bawang besar utk menumis
sedkit sos tomato dan cili secukup rasa

Cara masak:
tumis bawang, tumis daging sehingga masak
masukkan sos spageti dan biarkan sehingga masa
masukkan fish ball, sosej, sos cili dan sos tomato serta mushroom
perasakan garam rasa dlm sos yang dituang tadi
masak biar mendidih
masukkan sayur campur, daun bay dan sedikit oregano dan masak beberapa minit
tuang atas spageti yang telah direbus tadi dan boleh dimakan

==dinamakan spageti tesco sbb bahan utama beli kat tesco.dan ini percubaan pertama yang aku buat style carbonara ni.selalu buat spageti goreng saja. dan Alhamdullilah percubaan ni aku berjaya dan berjaya mendapat pujian..ngeh ngeh ngeh. dan bahan2 lain mcm fish ball aku letak ikut suka aku tak ada nak bilang berapa biji. kita yg masak kita le tgk sendiri cukup ke tak nyer...selamat mencuba ====