Eh betul ker ikut saya ni?

Dec 14, 2008

The Reds ke Malaysia?

LIVERPOOL bakal menjejak kaki ke bumi Malaysia.
Jika segala-galanya berjalan lancar, aksi kelab gergasi Liga Perdana England itu mungkin dapat disaksikan buat pertama kali di negara ini apabila skuad tersebut bertandang ke Stadium Shah Alam menentang Selangor bagi sesi memanas badan untuk kempen musim 2009/2010.

Pengurus Selangor, Zakaria Rahim berkata, hasil perbincangan dengan pihak promosi kejohanan, Football Focus Group Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong, mereka berminat untuk membawa pasukan dari utara England itu ke Selangor.

"Cuma masalahnya, kalau ikut peraturan tempatan mereka tidak boleh menggunakan lambang penaja (sebuah syarikat arak) pada jersi mereka sekiranya bermain di Malaysia," katanya.

"Syarikat promosi itu dipercayai sedang berbincang dengan pengurusan kelab Liverpool berkaitan perkara itu.

"Saya difahamkan mereka boleh mengambil beberapa opsyen yang tidak menyalahi peraturan di Malaysia."

Zakaria berkata, sekiranya semua masalah berkenaan dapat diselesaikan, Liverpool dijangka bertandang ke Malaysia pada penghujung Julai atau awal Ogos tahun depan. -

dipetik : kosmo 14/Dis 2008

============================================

wahhh betui ker ni..?
dulu nak mai tp tu la terhalang dgn iklan penaja kat jersi tu..
kalau mai best nyerrr aku...harus la aku menempah tiket awal2...utk kali ini tak syak la nak habiskan beratus pun..hehe
kalau company aku ada terlibat skit pun jadi la..leh tumpang kaki sama..jd mak sanggup tunggu depa kat apot pun aku on....
harap2 la jadi kenyataan.....Amin

No comments: