Eh betul ker ikut saya ni?
Aug 31, 2008
Dah setahun dah......
Aug 30, 2008
Aug 28, 2008
Cuti-cuti Mesia Vol III
yg ni semua aku beli kat KLCC...pun byk pilihan jugak....yg FM kayu tu beli kat kedai handicraft...semua barangan diperbuat dr kayu...ada lagi aku beli nak bg kat member forum...
pastu ini FM yg mahal aku beli...harga RM 41.30..setelah less 10%..yg ni FM aku letak kat atas fridge sekali..tak ada la tangan2 kecik yg memegang nnt...
yg ni la aku kata nak exchange....ada sapa2 yg berminat?...semua set la...kalau nak exchange 6 set tu kena la exchange 6 set jugak...hehe
dan ini la koleki FM aku setakat hari ini...tgh tunggu lagi 3 FM yg bakal tiba....nnt thn depan aku turun lak KL shoping FM lagi....yehaaa.....
selain tu kat KL...sempat gak tgk wayang cter wall-e...best sangat...nak beli dvd lak nnt utk anak sedara tgk..mmg tak rugi tgk cter tu....
sempat gak singgah The Mall...beli Popia Indon dan Rojak Singapore...pastu beli buku RAM 3 buah. Buku Satu Janji tu aku baca dr pukul 10.00 mlm smapai 3.00 pagi tanpa 1 helai aku skip pun. Mmg best...Buku Cinta Sang ratu kena kiv sbb buku tu ada sambungan. Yg aku beli tu no dua kena la cari yg no1 tu...tgk2 lak dah keluar sambungan ke tiga...aduhh..nak kena cari lagi...
mcm biasa...mcdonald....hehehehe..1st day makan kat hotel ayah dan mak aku menginap..mkn ramai2..pastu on the way balik ke perlis kemarin...makan lagi kat dlm kereta...
yg tersembunyi di bawah tu, ayam dua ketul, fillet 0 fish dua biji dan utk aku double cheese burger... bukan aku mkn sowang tau...mak dan ayah aku mkn sama la...
yg ni mkn ramai2 kat hotel...utk aku mcm biasa Big Mac...hehehehe...
puas hati la jugak misi kau tercapai kat KL tu...rasa lega tak dengar leteran dr ratu ular 2 minggu..tp balik ni kena la tahan telinga dengaq..mau dia ungkit aku ambik cuti seminggu ni...lantak hang laaaa........
Aug 22, 2008
Cuti-cuti Malaysia Vol II
Masa untuk beramal....
Sempena Bulan Ramadhan yang akan menjenguk nnt...dengan gaji yang bakal diterima la kan...apa kata meh kita ramai-ramai derma kat Islamic Relief Malaysia (IRM). Derma RM 50.00 untuk satu keluarga berbuka sepanjang bulan puasa nnt. Apa la sangat dengan duit tu yang confirm kita leh dpt bulan-bulan dengan org lain yang daif dan susah sepanjang masa. Ambik la berkat untuk kita berbakti di bulan puasa nanti. Kalau nak info lanjut sila klik sini.
Makasih pada Cik Puan Mantan yang perkenalkan web ni. Duk jauh2 pun teringat gak kami kat sini yang susah...hehe
Aug 19, 2008
Jom Makan: Chicken Chop
Waktu aku kat KL dulu, aku selalu p makan dgn mmbr2 kat Pandan Indah. Ni gerai bekas anggota kumpulan Kool dulu. Gerai dia betul2 sebelah jalan masuk ke LRT Cempaka. Dekat gerai tu ada pulak kedai basuh kereta. So sambil makan kalau nak cuci kereta leh la. Banyak pilihan makanan kat situ..dr satey, makanan bergoreng, nasi semua ada..So sapa yg ada kat area situ sila sinngah. Chicken chop dia mmh sedap. Mmbr aku yg dok Shah Alam sanggup turun Pandan Indah sbb nak makan chicken chop. Dulu selalu makan tp tak ada lak nak ambik gambo sbb waktu tu budak2 inesen gitu..kamera phone pun tak kenal lagi..miahaha
Tapi aku diperkenalkan lagi chicken chop yg best. Ni kalau tak silap aku kat area Gombak. Aku tak ingat exactly tempat dia. Ya Allah..pues hati aku makan...Kenyang sampai ke pagi esok nyer...Dia punya sos pun marveles...Baru mkn sekali..terus termimpi2..pastu p KL second time singgah la gerai dia. Aduhhh tak ada lak chicken chop tu..kempunan aku dtg jauh2 ni...huhu. Gerai dia speciality char-keawtiew. Kalau order yg special ada la tambahan ayam goreng. Mmmg marveles...Harga pun ok..sesuai dgn kuantiti makanan dia.. walhal aku makan kat Kangar, kat Kopitiam Repoh depan Istana Repoh tak la mcm yg kat KL ni.Dah la harga agak mahal..menu pun kureng skit tp suasana dia mmg best la...leh makan sambil tgk bola...
Ni Chicken Chop kat Repoh Kopitiam..harga bawah RM 10.00..lebih kurang sama dgn y g aku makan kat KL ni
Ini yg aku makan kat area Gombak ni..tak tahu la bila aku leh sampai lagi...huhu
Bon-apetie!...
Best dan tak best...
Aku baru balik kursus grooming ni..ok la jugak kursus ni. Tak ada la nak ajar mekap2 sangat. Ada la ajar skit pasal tatacara pakaian utk laki dan pompuan.Kita ni kena la tau jenis warm atau cool. So dr situ leh pilih pakaian yg mcm mana. Aku ni rasa jenis warm, so kena pilih warna baju,mekap,tudung dr warna yellow,orange,off white,green,vage,peach and so on. Warm ni based on warna matahari dan bumi. Dan aku banyak baju warna coklat2 ni, tak minat corak terang sesuai dgn aku yg agak gelap. Pastu tatacara pakaian ke pejabat dinasihatkan jgn pakai merlip merlap sgt kat opis,pakai yg biasa saja tp nampak elegen,sbb nnt dah pergi ke function apa2 dah tak berseri dah. Wajah dan solekan sama, siang malam asyik melaran saja so tak ada perubahan. Pastu kalau pakai pakaian ni khusus utk perempuan jangan lebih dr 8 item di atas badan. Tudung,brooch,baju,gelang,rantai,subang semua tu dikira satu item. So kalau terasa lebih kat badan tu buang la mana2 yg patut...gelang pakai satu saja ka..cincin tu pun jgn lebih dr dua dan brooch pun jgn terlebih sangat sampai semua penjuru tudung nak diklipkan...
Aug 15, 2008
Ini adalah n3 yg ke 100
So ahad ni....jom tengok Chong Wei lawan Lin Dan kat astro channel 822...RTM mesti buat final ni live..kalau yg tak ada tv..leh tgk live result kat sini live badminton result jam 8.48 malam..
Malaysia Boleh!!!!
Aug 13, 2008
kalah lagi!!!!!!!!
tensionnnnnnnnn............
marahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
awat badminton kalah niiiiiiiiiiiiiiiiiii
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Aug 9, 2008
Cuti-cuti Malaysia Vol I
Aug 7, 2008
Hujan yang turun bagaikan mutiara....
aku dapat pasan dalam kul 7 pg hujan turun dgn lebatnya..
bestt sangat kalau leh sambung tido...
dan di pejabat..mcm biasa, boss aku buat peel
dia kelam kabut nak kena siapkan presentation kat menteri habis kami semua kena maki
tambah lagi la aku, nak siapkan report kewangan mcm2 haramjadah dia buat.
memandai saja dia p ubah format.aku p siap tunjuk lagi format yg HQ bagi, dia lak kata HQ yg silap. kalau mmg reti tak pa la jugak, ni mmg bodoh tahap piang betui!
malas nak bertekak aku diam dan ikutkan saja,nnt pandai2 la dia p cakap dgn org HQ. Aku janji kerja dah buat. Buat bagus pun tak guna, last2 SKT aku gak dia buat naya..
pastu nak petang lak, HQ admin call kata aku ada dlm list naik pangkat...
wahhhhh.terkejut den...SKT teruk pun leh ditimbang lagi ker?
kalau betui aku dipanggil untuk temuduga nnt, mmg aku nak luah perasaan betui. aku nak cter betui2 masalah jiwa dan raga aku kat sini..sampai leh terfikir nak harakiri pun ader...huhu...dan aku tak akan terima kenaikan pangkat aku jika aku masih dibawah yg boss yang sama, nak bawa aku p sabah sarawak pun sanggup..nak p hulu dunia mana pun aku mau, janji jauh dr boss aku skrg ni...biarlah aku masih di takuk lama janji aku tak tertekan lagi, staff yg dia nak pun ada masalah dgn dia, inikan lak aku..dan aku mmg tak harap sangat panggil utk interview ni, ni dah 2 kali panggil..tak tau lak nasib kali ini..ada ke tak ada sama saja kan....huhu
apapun tunggu la nnt...sama ada berita baik ke buruk..
namun aku tetap sayang dgn tourism ni..kerja ni bawa aku merantau ke seluurh malaysia..p sowang2 round satu sabah sarawak sana...mmg best..kalau ada rezeki leh jejak kaki p luar lak...janji duk divisyen IP...jwtn pegawai atas leh merasa dah...hehe
Aug 4, 2008
Hatiku Di Harajuku
Aku baru habis baca buku ni. Buku ini dipinjam dari perpustakaan kerana aku teringinnnn sangat nak baca novel dan aku mmg pokai habis bulan ini. Tak ada duit dah nak enjoy ke apa. Cukup utk makan dan minyak kereta saja....:(
Seperti yang aku tulis kat atas, aku paling tertarik dengan babak pertemuan antara Watanabe dan Noriko. Bagaimana mereka bejumpa, bercinta dan kemudian bergaduh kerana perbezaan pendapat. Bila bergaduh ni korang tahu la kan kalau dua2 samurai ni bergaduh. Opkos la pegang pedang. Kalau imaginasi penulis ini digambarkan di layar perak, mmg mengasyikkan..lelaki dan perempuan yang pernah bercinta berlawan pedang kerana emosi kecewa dan marah bersatu Fuhh...mmg best. Aku pulak terbayang2 kalau cter ni berlaku pada zaman2 dahulu, mesti lagi gempak. Ditunjuk Noriko dan Watanabe bergaduh di padang hijau yang meluas di bawah berguuran Bunga Sakura, dengan angin yang sepoi2 bahasa...lepas tu tunjuk Watanabe naik kuda mencari Noriko di Hajakuru,mcm ni
dengan Noriko lengkap pakaian macam Samurai zaman dulu kala,mcm ni la....
manakala Sabrina sanggup merantau dari benua lain berbulan2 lamanya untuk mencari Watanabe, kumpulan Yakuza jugak berbunuh sesama lain dengan hanya menggunakan pedang, dan lain-lain lagi la...Aku mmg terbayang suasana cter ni pada zaman2 dahulu...penuh dengan kesuican dan adat resam Jepun yang begitu tinggi. Depa dua ni ada pulak pedang cinta depa yang dibuat oleh Datuk Noriko merangkap mahaguru Watanabe yg diberi nama Tou Aii..mcm ni, hehe
Jadi jika tak pernah baca buku En RAM ini dan terjumpa karya2 beliau, maka ambik la baca satu kerana bagi aku mmg tak mengecewakan. Aku mmg akan mencari karya beliau lagi..Mesti bila dah start baca tu nak tau siapakah Ryu_Watanabe tu....
Dan lepas baca ni..mcm nak p melancong ke Harajuku lak....dan boleh la jumpa pakwe2 kat sana pastu bolehla aku bermonolog mcm Watanabe ni...Hatiku tetap di Harajuku
mcm best lak kalau Watanabe mcm ni...hehe....(imagin jgn tak imagin...kuikuikui)
Ok..ini sinopis dia....
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?
Halaman :588
Aug 1, 2008
Jom Makan : Cucur Ikan Bilis, Nasi Goreng Cina, Pizza Arab
Jom layan cter makan2..
Minggu ni aku puasa..
So selasa hr tu, buka puasa dgn pizza, roti bakar, air kacang soya dan tau fu fa...
Pastu cuti Iskraj Mikraj aku tak puasa...tp pg tu masak nasi goreng cina dan petang tu buat cucur ikan bilis....nyam nyam...lapaq nak makan benda2 yg pedas dan panas...
Lepas tu, khamis aku berbuka dgn Pizza Arab. Kenapa Pizza Arab? Ni resipi maksu aku, buat inti untuk pizza, pastu letak atas Roti Arab tu..maka jadi la Pizza Arab...hehe
Mula2, aku rebus dulu hotdog tu dan masak sekejap sos prego dlm tin tu. Ni sbb aku cuma masak dlm microwave saja, tak letak dlmoven, malas nak bak keluar dr rak.Letak sos, tabur sayur campur dan hotdog yg dihiris nipis dan letak keju. Masak dlm 3 minit dan makan. Sedap makan panas2...
Gambar bawah sebelum di masak..dan bawah sekali setelah dimasak dan boleh dimakan....
Tapi hari ini, atas sebab-sebab yang tak dpt dielak aku tak puasa...kalau tak cukup la puasa ganti aku ni. Eh! lagi sebulan tau nak masuk bulan Ramadhan...kena la ganti cepat2 kan...
Bon Apetie!