Eh betul ker ikut saya ni?

Aug 4, 2008

Hatiku Di Harajuku


Aku baru habis baca buku ni. Buku ini dipinjam dari perpustakaan kerana aku teringinnnn sangat nak baca novel dan aku mmg pokai habis bulan ini. Tak ada duit dah nak enjoy ke apa. Cukup utk makan dan minyak kereta saja....:(



Ok...back to the book..ni 1st time aku baca karya Ramlee Awang Murhisd (RAM) walau dia mmg terkenal dalam dunia novel malaysia skrg ini. Beliau dikenali sebagai novelis thriller no1 di Malaysia (seperti yang ditulis kebanyakan di buku dia). Aku mmg minat kes2 pembunuhan atau thriller sbb tu aku peminat cter CSI, X-Files dsbnya. Tp dalam baca novel aku lebih suka memilh karya jiwang2 yang tak brapa karat dan jarang memilih karya thriller ni. Sbb aku tgk review kat forum Cari, dan banyak yang memuji karya beliau, aku memilih novel ini sesuai lak ada unsur2 ninja atau samurai dan cter ni banyak berlatangbelakangkan di Jepun atau lebih tepat lagi di Harajuku.

Cter ni ada unsur2 cinta tiga segi antara Watanabe, Noriko dan Sabrina, pembunuhan, ninja @ pedang samurai Tou Aii, pancung kepala, yakuza, hara kiri (bunuh diri), unsur agama. boleh belajar bahasa jepun skit2, unsur2 agama, suspend, dsb. Ini rasanya kali pertama aku baca novel aku menjerit bila tau ending dia yg sungguh tak disangka2. Dua kali aku jadi suspend baca buku ini. Kematian yang tak disangka2 dan perkahwinan yang tak diduga. En RAM bijak sungguh bermain dengan emosi pembaca.

Awal pembacaan, ditunjukkan seorang lelaki yang sanggup masuk kumpulan Yakuza Amikie semata2 kerana terpaut pada kecantikan anak tunggal ketua kumpulan iaitu Noriko. Beliau sanggup menjadi Samurai walaupun beliau bukan or Jepun tulen. Menggunakan nama samaran Ryu_Watanabe, beliau diangkat menjadi Samurai dan terkenal di kalangan kumpulan2 Yakuza di Jepun sebagai Samurai yang paling digeruni di Jepun. Ingat tu..digeruni di Jepun walau beliau bukan org Jepun tulen. Malah darah jepun setitik pun tak mengalir di dalam diri dia atau pun nenek moyang dia. Ahaks...aku pun suspend nak tau sapa Ryu Watanabe ni dr awal sbb sblm dia boleh diterima menjadi Samurai, guru beliau menolak mentah2 kerana beliau adalah org luar. Kemudian cter ni ada sedikit imbas kembali sejarah Ryu_Watanabe dan sejarah percintaan beliau dengan Noriko.

Watanabe dan Noriko ini berpisah kerana Noriko berkahwin dengan lelaki lain. Oleh kerana sesuatu yang berlaku, Watanabe muncul. Plot pertermuan mereka berdua ni mmg mendebarkan. Kalah cter hindustan beb!Kemudian ditunjukkan bagaimana kumpulan Yakuza Amike dan Jiro bermaharajalela di Harajuku dan Tokyo dan juga bagaimana kumpulan ala-ala mafia ini membuat kerja mereka dengan kata lain membunuh manusia sewenang-wenangnya. Kalau nak aku cter mmg banyak unsur2 suspend dalam cter ni, dan kalau aku cter mmg tak suspend la pulak kan...So aku suggest hangpa beli/baca la buku ini pasti hangpa tak menyesal.

Seperti yang aku tulis kat atas, aku paling tertarik dengan babak pertemuan antara Watanabe dan Noriko. Bagaimana mereka bejumpa, bercinta dan kemudian bergaduh kerana perbezaan pendapat. Bila bergaduh ni korang tahu la kan kalau dua2 samurai ni bergaduh. Opkos la pegang pedang. Kalau imaginasi penulis ini digambarkan di layar perak, mmg mengasyikkan..lelaki dan perempuan yang pernah bercinta berlawan pedang kerana emosi kecewa dan marah bersatu Fuhh...mmg best. Aku pulak terbayang2 kalau cter ni berlaku pada zaman2 dahulu, mesti lagi gempak. Ditunjuk Noriko dan Watanabe bergaduh di padang hijau yang meluas di bawah berguuran Bunga Sakura, dengan angin yang sepoi2 bahasa...lepas tu tunjuk Watanabe naik kuda mencari Noriko di Hajakuru,mcm ni




dengan Noriko lengkap pakaian macam Samurai zaman dulu kala,mcm ni la....


manakala Sabrina sanggup merantau dari benua lain berbulan2 lamanya untuk mencari Watanabe, kumpulan Yakuza jugak berbunuh sesama lain dengan hanya menggunakan pedang, dan lain-lain lagi la...Aku mmg terbayang suasana cter ni pada zaman2 dahulu...penuh dengan kesuican dan adat resam Jepun yang begitu tinggi. Depa dua ni ada pulak pedang cinta depa yang dibuat oleh Datuk Noriko merangkap mahaguru Watanabe yg diberi nama Tou Aii..mcm ni, hehe


Jadi jika tak pernah baca buku En RAM ini dan terjumpa karya2 beliau, maka ambik la baca satu kerana bagi aku mmg tak mengecewakan. Aku mmg akan mencari karya beliau lagi..Mesti bila dah start baca tu nak tau siapakah Ryu_Watanabe tu....

Dan lepas baca ni..mcm nak p melancong ke Harajuku lak....dan boleh la jumpa pakwe2 kat sana pastu bolehla aku bermonolog mcm Watanabe ni...Hatiku tetap di Harajuku




mcm best lak kalau Watanabe mcm ni...hehe....(imagin jgn tak imagin...kuikuikui)

Ok..ini sinopis dia....

SINOPSIS: HATIKU DI HARAJUKU


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?


Harga: RM 19.90
Halaman :588


8 comments:

. said...

penah baca novel dari penulis nie, tak ingat tajuk apa tp kulit makhluk ganjil kaler hijau....psl dah lama giler dh baca tahun bila ntah...

suka genre novel yg mcm nie..

Sastri said...

hmmm... macam menarik je bunyiknyer...

MsCinderella said...

BG~tamborigou kot...tu ada 3 sambungan tu...banyak gak kata yg best

Fox~bg cin mmg best..menjerit cin bila tau pasal ending. :)

Faizah Binti Harun said...

cin, BG, makhluk warna hijau tu INCREDIBLE HULK namanya


hahaha lawak ja... "TOMBIRUO" namanya :)

. said...

btol ler..tombiruo..baca satu buku aje kot, teringin nak baca sambungan tu dulu tp ms dulu malas nak beli mcm bazir jerk beli novel...hahahaha...


tombiruno tu pinjam kat library UTM ms cuti sem sebulan LI kt situ..bosan giler tu bc novel..xde keje..hahahahaha....

Faizah Binti Harun said...

mana satu ni? TAMBORIGUO, TOMBIRUO, TOMBIRUNO
hehehe fenin2 :P

MsCinderella said...

hahahaha...BG dah fenin...dalam satu perenggan leh ubah2 tajuk..kekekeke

ish..pandai gak no ayu ni buat lawak...keke

Kyla Ayuzul said...

dh bce.. bess gile... jatuh CINTA!!!!!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~